8 December 2015

Alive 3D Art Gallery, Lukut

Assalammualaikum,

Hari tu before pergi PD, husband dah tanya siap2 apa plan kat sana. Mandi pantai ke apa.  I pun cepat2 cakap nak pergi 3D muzium kat Lukut tu. Lepas baca blog Sepet Noh pasal muzium tu, terus teringin nak pergi. Pada yang tak tau, muzium ni terletak di Lukut. Dalam 15km dari Pantai Teluk Kemang. Landmark dia ialah Giant Lukut dan Guest Hotel. Walking distance je muzium tu dengan landmark tu. So pepandai la guna Waze. Muzium ni terletak di kawasan shoplot ye. Bukan satu kawasan khas macam ko pergi Muzium Negara ke apa. Baris shoplot je. Bayaran masuk dia RM20 untuk dewasa (GST inclusive). Untuk kanak-kanak 90cm ke bawah adalah free. Senang cerita dalam 2 years above baru kena bayar. Nak masuk tu kena buka kasut dan simpan dalam locker disediakan beserta bayaran RM2. Ye, simpan kasut pun kena bayar. Puihh..Hahahaha..
Disebabkan cuti sekolah, ramai jugak la orang kat situ. Nak amik pic pun kena ikut turn. Tak semua pic la kitorang try. Mana yang best je. Zhafran pulak muka bosan. Takde mood je. Nasib tak meragam sangat. Tapi dengan muka takde mood dia tu, bila tengok dalam pic "eh jadi pulak". Meh kita tengok pic2 kat sana.

Tengok la dia tu. Ralit dengan mainan. Tak heran pun diri tu dah sampai puncak menara. Hahaha

Yang ni bila dah amik pic nampak real pulak bila Zhafran pandang sana. Beria sebelum tu suruh dia pandang camera. 

Masa ni Zhafran menangis2 tengok Umi tinggal kepala je. Hahahaha!

Alolololo..

Yang ni paling cun. Elok lak dia pandang atas tu.

Surfing anak beranak.

Babahnya ooii..Hahahaha!

Anney! Teh tarik satu!

 Menuju puncak! Gemilang cahaya...

Gambar ni paling kelakar! Beria2 babah dukung dari bawah. Hahahaha..Badan kecik kaki panjang.

Tanjung Katong airnya biru....

Ni nampak realkan?

Cuci gigi meh?

Ko mampu surfing terlentang camtu?

Genie in a bottle..Sangatttt

Zhafran taknak berenggang dari babah. Jadilah cenggini.
Hahaha


Tu je la pic yang rajin untuk diedit. Lepas keluar dari muzium ni kitorang gi makan kat Burger King. Sederet je dengan muzium ni. Then terus balik. Kitorang tak terus balik Sentul. Tapi tidur Bangi pulak. Opah nak celebrate besday Zhafran. Esoknya baru balik Sentul. Sekian.

-peace-


ALIVE 3D ART GALLERY

Address: NO 38-40, JALAN DS 2/1, BANDAR DATARAN SEGAR, LUKUT, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia



Thistle Port Dickson Resort and Spa

Assalammualaikum,

Aduiii dui duiii..Kemain lemau nak update blog. Sempena 2015 yang bakal menutup tirai lagi berapa minggu je, marilah sini I hiasi sikit blog ni dengan gambar-gambar percutian 2D1N ke Port Dickson (macam jauh jeeerrr). Actually Fikri yang dapat holiday voucher ni dari Boss dia. Last year dia dapat voucher ke Sunway Lagoon Hotel. This year ada few choices but kitorang pilih PD je. Senang. Hotel yang kitorang entitled untuk stay di PD ialah Thistle Port Dickson Resort and Spa. Dah lama sebenarnya nak rasa stay kat hotel ni. Tapi tak pergi2 pun. Dah dapat peluang ni syukur Alhamdulillah sangat la. Hahahaha..

Kitorang check in 27hb November Jumaat. Esoknya 28hb November tu birthday Zhafran ke-2 tahun. So ni kira birthday trip untuk dia la. Padahal mak dia je excited lebih. Kekekekeke..Tak susah pun nak cari hotel ni. Lebih kurang 5km dari Pantai Teluk Kemang. Straight je then akan nampak signboard ke jalan masuk Thistle ni besar2. So far puas hati dengan hotel ni. Urusan check in cepat walaupun kat kaunter tu nampak ramai je orang baru sampai. Tapi bad luck sebab dapat bilik view pintu masuk ke hotel. Kat lobby tu.. Kah kah kah..Tak dapat view swimming pool. Room condition pun ok. Ada iron. Hahahaha..Makanan breakfast esok tu pun ok. Room service dia agak mahal. Tak jadi nak try. Heh. Petang lepas check in tu kitorang just lepak hotel. Turun mandi pool awal jugak dalam pukul 3 lebih. Kitorang je ada time panas2 tu then datang 3 beranak Chinese family. Fikri yang ajak turun awal sebab petang2 kat situ hujan. Memang betul pun. Kitorang stop dalam pukul 5 sebab dah gelap and takde warning apa terus zassss hujan lebat. Hahahaha..Nasib dah puas mandi. Naik bilik, mandi and bagi Zhafran makan and menyusu. Dalam pukul 5.30 tu kitorang turun untuk round kat area hotel tu. Luckily kat situ ada playground dan jugak Lego Room. Zhafran apa lagi. Nampak gelongsor je terus tak ingat dunia. Turun naik banyak kali pun tak bosan. Lantak situ. Asal bahagia. Hahahaha..Dah puas main, dalam pukul 6 lebih kitorang naik bilik sebab Umi Zhafran mengantuk sangat. Nak kena tidur dulu before gi makan malam. Ingat nak tidurkan Zhafran je, dengan kitorang sekali tertidur. Sedar2 dah Maghrib. Lepas solat terus keluar pergi makan. Dah decide nak makan kat Mimi's Seafood. Dekat dengan Kemang Indah Apartment. Pernah makan situ sekali. Sedap especially ayam black pepper. Tu yang repeat. Malas nak pikir tempat lain. Lepas makan terus balik hotel. Sebelum naik bilik, bawak Zhafran main kat Lego Room pulak. Sampai pukul 10. Then naik bilik, tidur, Esoknya lepas breakfast, mandi swimming pool kejap. Naik bilik, mandi then tidurkan Zhafran dulu before check out. Destinasi kitorang lepas check out ialah Alive 3D Art Gallery dekat Lukut. 

See ya in next entry!


Katil dia besar jugak. Tak dan nak amik pic bilik. Sampai2 makan nasi ayam yang dah tapau siap2.

Thistle Port Dickson

3 petang

Penselfiean

Layan Zhafran mandi. Air tu paras dia je. Hahaha..Takyah pakai pelampung pun

Anak beranak

Motifnya nak amik pic aeroplane tu je. Nampak?

Babah je rajin layan. Umi busy amik gambar

Sejenis kawad??

"Bang,bang"..ujar Zhafran merujuk kepada kapal terbang. Hahaha

"Ye Umi panggil Zhafran?"

My Sweetheart

Run Baby Run!

Cantik kan?

Ni la playground tu. Not bad la.

Time dinner dekat Mimi's Seafood

The next day. Before gi breakfast.

28th November. Happy Birthday Zhafran sayang!

Love you so much baby boy!



-peace-






19 November 2015

Sebulan Tak Update

Kemain la mood kelaut ke langit semua ada. Kesian blog dipandang sepi. Banyak je benda nak update tapi malas mengatasi segalanya. Keh keh. Bila tengok last update "erk?? dah sebulan lepas"..Maka terhasillah entry yang tak seberapa ni. By the way, lagi seminggu birthday Zhafran. Kejap je dah nak dua tahum brader tu. Why so fasttttt?? Huwaaa...Terpaksa la buat baby lagi. Ekekekeke..I love you Zhafran. Mmuahhh..

Oh ya, just nak inform, since October hari tu I dah start untuk sedar diri dengan menjaga kesihatan dan kecantikan diri luar dan dalam. Amboi..Yelah dah 30 baru nak kelam kabut jaga. Hahaha..Actually, I start makan Oli Candy. Pernah dengar tak? Untuk kulit pulak, I dah try BB Cream Seqy Beauty dan jugak set Ellfie Essence. Perubahan dia? Nanti kita tunggu yerrr..
Nak balik dah. Bye!

-peace-

20 October 2015

Lunch date With Bestie Afidianti di Ah Cheng Laksa Avenue K

Assalammualaikum,

Tajuk je macam dah menceritakan segala isi. Hahahaa..Ni kisah Selasa last two weeks. I plan dengan Afi, (bestfren dari kolej) nak lunch sama. Kitorang ni nama je dekat. Tapi dah 2 tahun ye tak jumpa. Dia kerja KL Sentral dan duduk Bukit Antarabangsa. Macam jauh sangat je kitorang sampai susah nak jumpa. Ahahahaha..Aku last jumpa dia masa dia deliver baby dia kat Gleneagles. Iaitu 2013. Dan bulan ni anak dia dah nak 2 tahun. Teruk gila..Hahahahahah..

Plan punya plan Afi decide dia datang KLCC. Dekat sikit dengan aku. Dia tu memang. Hebat sangat kisah percintaan kitorang dengan KLCC ni. Hahaha..Dari bujang asyik jumpa kat KLCC. Kitorang lunch dekat Ah Cheng Laksa sebab Afi nak makan mee apa ntah nama dia. Aku ok je sebab menu dia still ada nasi lemak. I is lapar nasik. Ah Cheng Laksa ni seat dia limited. So kalau dah habis makan takyah ngengada nak borak lama2 selfie2 bagai ye. Sila beredar. Bagi orang lain pulak nak duduk. Setel makan sambil borak2, kitorang jenjalan jap dalam KLCC tu. Gi Sephora, Uniqlo, Guardian..Tapiiiiiiii tak beli apa2. Amik gambar berdua je..Hahahahahaha...Lantak la kan..Kata lama tak 
jumpa. 

I dengan Afi ni housemate masa belajar kat kolej dulu. Course lain2. Dia amik Secretary, I Civil Engineering. Sekarang dua2 keje bank. Acaner tu?  Antara housemate seramai 6 orang tu I rapat dengan dia. Sekepala dengan dia. Dah la suka baca mesej I dengan ex dulu..Hahahaha..Teruk sangat perangai. Pastu sebelum tidur mesti borak-borak dulu hadap muka masing-masing sambil baring. Sedar-sedar salah sorang dah belayar dah. Cakap la sorang-sorang. Hahahaha..Lepas kolej dia je la yang I selalu hang out. Ada lagi 2 orang kat JB. Sorang Shah Alam,sorang Bangi. So kitorang yang kat KL je lah rajin jumpa. Sampai la dia getting married, I datang ke Ipoh, i kawin pun dia datang Bangi. Pastu sama-sama dapat news pregnant. Beza sebulan je. Dia awal sikit. Gitulah kisah keakraban kami. Sampai mengandung pun sama-sama. Beza birthday kitorang, dia awal sebulan, Birthday anak pun, anak dia awal sebulan dari Zhafran. Hahahaha..Hope our friendship will last forever. Tetiba jadi besan lak. Kah kah..Berangan kemain jauh. Kbai.

Inilah dia Afidianti Abdul Rashid

Ni dalam Uniqlo. Afi kata lighting cantik sesuai bergambar. Nasib tak ramai orang. 
Hahahaha



-peace-





9 October 2015

Mencari Sata di Tanjung Lumpur

Masa kat Kuantan hari tu, I dah target nak beli sata. Wajib kalau gi Kuantan. Macam kan takde benda lain. Yelah, takkan nak bawak balik bauksit pulak. Kah kah kah! So I dah cakap awal-awal kat Mak Long nanti petang lepas kenduri kawin tu nak pegi Tanjung Lumpur. Nak cari sata. Mak long ngan pak long bab bawak orang berjalan memang on je. Hahahaha..I like! So lepas Asar kitorang gerak. Kalau ikut perkiraan hari dari Hari Raya Haji, sepatutnya kedai sata dah buka. Yelah, masa ni la ramai orang datang. Cuti kan? 
Sampai area Tanjung Lumpur, agak frust sikit sebab kedai yang kitorang selalu pergi tu ramai gila orang. Beratur panjang benor nak beli sata. Kedai tu ada dua side. Yang seberang pun full house. So pusing punya pusing, pak long bawak ke kedai yang femes kat situ, Ana Ikan Bakar Petai. Aku ingatkan pak long nak ajak makan ikan bakar. Tak tau pulak situ ada jual sata jugak kalau petang-petang. Hahahaha..Yelah selalu pegi situ malam. Alhamdulillah sata masih ada walaupun ramai orang. Keropok lekor je habis. Sata tu RM10 untuk 25biji. So kitorang order RM20 untuk makan situ, I order RM20 untuk bungkus bawak balik KL. Pak long pulak tambah sotong goreng tepung banyak gila. Sedap! Layan je kena angin petang. Dekat dengan pantai kannnn..Best la. Lama tak lepak cenggitu dengan sedara mara ni. Zhafran pulak kemain turun-turun kereta terus nampak playground. Lantok situ, Babah dia layan. Umi nak amik gambar dan makan je. Hahahahaha..
Dalam pukul 7pm camtu kitorang balik. Mak dengan wan tak ikut. Nak masak. Kitorang je sedap berjalan. Hahahah..Malam tu dalam pukul 10 kitorang gerak balik KL. Jalan tak jem sangat. Sampai KL dalam 1 pagi dan disambut JEREBU! Kbai.


Me, Mak Long Putri & Mak Ngah Sally. Kami suka bergambar. Kah kah


Pak Ngah Azam, Abah, Pak Long Amy

Zhafran dan playground

Baju biru tu Angah



Sata yang sedapppp!

Sotong tu kejap je licinnnnn..Hahaha

Dah tu je.


-peace-

2 October 2015

Hai Kuantan!

Assalammualaikum,

Ini cerita last weekend. Khamis kan raya korban. Jumaat tu I & Fikri apply cuti. Memang rajin kan nak kerja sehari tu. Hahaha..Plus I ada wedding saudara dekat Kuantan. I dah lama kot tak pegi Kuantan. 2 years. Errr..Tak lama ek? Hahaha..Lama la tu bagi I..Before I kawin lagi. Now Zhafran dah nak 2 tahun. Duk pikir lagi nak celebrate camne or bagi hadiah apa. Cadang nak beli basikal and potong2 kek dengan family je. Eh tengok la camne. Suka betul melalut.

Ok. I gerak dari KL Jumaat petang around 6pm. Kuantan je ponnnn..2jam sampai. Naik satu kereta je dengan mak, abah & angah. Perjalanan ok. Kitorang berhenti makan dekat R&R Gambang sebab masing2 eksyen bila sampai Temerloh "eh dekat lagi ni. Gambang la jauh sikit"..Hahahaha..Nampak sangat dah biasa dengan Kuantan kan. Kuantan ni dah macam kampung kedua I dah. Ramai saudara mara. Kat sana I stay rumah cousin mak, Pak Long Amy & Mak Long Putri. Diorang ni (pak long & adik beradik) rapat dengan mak dari kecik. Lagi rapat dari adik beradik mak. Bila pegi Kuantan memang ke sini la kitorang check in. Kebetulan adik pak long, pak ngah Azam n mak ngah Sally pun ada dan jugak Wan Teh & Aki. Kitorang sampai Kuantan dalam 9 lebih. Lepas berhenti kat Gambang abah bawak lek2 je. Tak laju sangat. Sampai-sampai je, rehat-rehat, mandi lepas tu tengok Super Spontan. Hahahaha..Tu je la. Lepas tu tidur. Esoknya nak gi wedding dekat-dekat situ jugak,

Pagi tu kitorang breakfast mee goreng. Tak tau siapa masak. Bangun-bangun dah siap. Hahahahaha..Buruk perangai. Dah ramai-ramai biasalah, makan borak, makan borak. Dalam pukul 12 lebih kitorang gerak la ke tempat orang kahwin tu. Zhafran pulak, time semua orang dah naik kereta, dia boleh berak. Aduiii..Dah la taknak bangun sebab geli. Satu kerja pulak nak berunding dengan dia. Dah la nak cepat. Tapi nasib baik la berak dekat rumah. Kalau kat rumah kenduri payah gak kan. Hahaha..

Sampai-sampai je kat kawasan rumah pengantin, perghh.rumah ongkaya rupanya. Besar-besar rumah situ. Terkagum-kagum I dengan Fikri. Hahahaha..Susunan hidangan pun nampak mewah. Pengantin pun diiring oleh geng motor Aprilia. Kelas ko jahh..I pulak sawan tengok candy booth. Hahahah..Comel sangat siapa suruh. Tapi sayang I tak ambik gambar. Busy kejar Zhafran sana sini.
Lepas kenduri kitorang terus balik rumah. Semua membongkang. Petang tu ada acara cari sata. Hahaha..Nanti I sambung next entry. Byeeeeee..



 Belakang tu la rumahnya. Nak amik full tapi segan. Hahah

 Family


-peace-

23 September 2015

Sabun Eczema

Assalammualaikum,

Hari tu I dah janji nak share pasal sabun yang I guna untuk kulit Zhafran kan? Ok. Nama sabun tu AQ Ellagyc Soap. Kitorang start guna 1 Ogos lepas. Husband dapat tau pasal sabun ni dari FB. Seller tu suggest beli sekali dengan jus untuk minda yang diekstrak dari campuran buah delima. Kiranya untuk dalaman la. Sabun untuk luaran je kan? Melainkan ko nak kunyah sabun tu, silalah. Ok tak kelakar. Hahahahah..

Lebih kurang 2 minggu kitorang pakai sabun tu memang nampak perubahan yang sangat ketara. Kulit dia licin dan hilang dah kuping2 tu. Masa pakai produk A,B,C dan D yang sebelum2 ni, memang ada perubahan tapi sekejap. Esok lusa jadi balik. Bila kitorang try sabun AQ ni Alhamdulillah sampai sekarang dah sebulan lebih, kulit Zhafran nampak much better dari dulu. Sangat2 berbeza. Sometimes ada la naik kering2 sikit or gatal sebab cuaca sekarang kan, tapi sikit je, Tak teruk macam dulu. Takde darah2 sebab garu dah. Sekarang kitorang dah repeat beli sabun tu. Harga untuk dua sabun dan jus ialah RM160. Memang akan continue pakai,Insya Allah. Jus tu pun Zhafran suka. Bagi every morning, once a day je. 

Ubat gatal still bagi jugak. Kitorang beli kat Klinik Pakar Kulit Dr Chew, di Jalan Ipoh, KL. So far ubat tu yang sesuai dengan Zhafran. Alhamdulillah. Baru-baru ni pergi ke Bayou Lagoon lagi dengan family in-law. Kulit Zhafran tak jadi apa-apa even berendam dalam air klorin kat water park tu. Berbeza masa dia setahun, kitorang bawak pergi Sunway Lagoon. Ya ampunnn..Kering kulit dia. Sejak guna sabun ni, dengan izin Allah eczema dia dah berkurangan. Sangat kurang.





So pada sesiapa yang berminat untuk cuba produk ni boleh la hubungi nombor di bawah ni ye. Atau cari di FB.

H/P : 019-2607660
FB : Info Rawat Eczema

10 September 2015

Fakta Psikologi

Kelas ko Jah tajuk gitu..Hahahahaha..Actually nak share pasal fakta dari segi psikologi berkenaan balik awal atau lambat dari kerja. Macam I ollss yang dah ada anak ni memang tak la nak balik lambat. On time 5.45 terus sign out. Eh? Sebelum kawin pun memang balik sharp. Hahahahahaha..Nan hado la ahkak nak OT2 ni. Keja takkan siap. Esok2 je sambung. Unless nak cuti panjang. Then lambat la sket. Ok. Lets check it out!


So, marilah kita balik awal ye. Eh, bukan awal..on time! Kikikiki..

-peace-