26 February 2015

Cuti Lagikkkkk

Krik Krik..

Esok iolss cuti lagi. Weeee..Cuti saja2 tanpa motif yang kukuh. Isnin pulak cuti sebab nak bawak Zhafran check up 1tahun 3 bulan dan jugak sempena 2nd wedding anniversary I...Auwww...

Apa plan? Belum tau lagik. Tengoklah apa kata laki i nanti camne nak celebrate. Huhuhu...

Kan best kalau gomen tetapkan kerja 4 hari seminggu je. Wakakakaka..Suka hati mak jemah je kan? 

Dah2. Nak balik. Bye.

25 February 2015

Kalau Dah Mak..

Hi..

Ni cerita pagi tadi. Hakak on the way nak gi kerja. Memang everyday husband akan drop hakak kat Avenue K then terus jalan kaki ikut KLCC nak ke opis. Husband senang la takyah memusing dah nak ke opis dia kat Jalan Ampang tu. (pandai kan dia?) Hahahaha..Penat tau iolls menapak laju2..

Alkisahnya plan nak ke Cold Storage sebab nak beli nasi goreng. Ok. So lenggang kangkung la ke sana. Dalam Cold Storage tu bila masuk je kita akan sampai ke tempat makanan apa semua tu dulu. Supermarket belah dalam lagi. Terpandangkan supermarket tu tetiba terasa nak cari makanan Zhafran sikit. Tengok jam, ok sempat lagi. Kekekekeke..Lalu hakak pun masuk la. Duk cari kismis la, biskut la..Nak dekat 15 minit memilih je. Hahahaha..Sambil tu duk tengok jam jugak. Nasi goreng tak beli lagi ni. Dah 8.15 time tu. Nak menapak ke opis 10-15 minit ikut tahap kelajuan berjalan. Ok dah decide, gi bayar. Erk?? Ramai pulak. Takpe2. Tengok jam,8.20. Rileks. Akukan juara walkathon Hahaha..Ok. Dah bayar semua beli nasik goreng pulak kat kaunter depan. Kejap je. Pastu teruskan perjalanan ke opis. Sampai opis dalam 8.40 camtu. Ada lagi 5minit sebelum lagu berkumandang menandakan lewat. Kekekekeke..Tu lah dia #CeritaMakMak. 

Moral of the story is, apa2 pun mesti fikir anak. Lambat gi kerja pun takpe. Dah mak2 sangat aku ni.
Wahahahaha..

I Love You Zhafran! Eh?

Ni lah dia hasil tangkapan pagi tadi

24 February 2015

Welcome Baby

Hi,

Nama saya Emir Ashraff Arrazi bin Ahmad Hafiz. You can call me Ash..Gittew..
Ni lah iollss punya nephew. Heww..Anak kakak iollss. Ada geng la Zhafran. Sesama hero. 

Emir Ashraff Arrazi

Alhamdulillah. Bertambah cucu opah dan atuk. Insya Allah lagi sorang bakal menyusul bulan 7 ni. Anak abang pulak. Hehehehe.. Me? Sorry. Bendera Jepun dah naik setelah sekian lama tak naik. Kikikiki..Baru fefeeling nak muntah2 macam dalam drama. Cek2, tahniah Puan. Lak! Ok. Over.
Hahahaha..Belum ada rezeki. Lek dulu.

Ok. Tu je nak citer.

Bye.

20 February 2015

RESEPI : Biskut Tiramisu yang Mudah


Ni la aktiviti petang semalam. Bila rajin tu datang. Hehehehe..Biskut tiramisu ni kali kedua hakak buat dah. Tapi yang first time tu tak berapa jadi. Dah ghupe puding biskut sebab cair. Grrr..
So kali ni nak try buat lagi. Kan practice makes perfect. Heh..Ni dia bahan2nya..Senang sangat. Catwalk je gi kedai beli.

4sdb tepung kastard
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 cawan air
Milo
Biskut (apa2 pun boleh. Marie ke,hup seng ke)

Cara2 nya masak semua bahan (kecuali biskut)  atas api sederhana. Kacau sampai likat @ pekat. Dah siap biarkan kejap.
Di satu sudut yang lain...ewahh

Susun biskut dalam bekas..Susun la ikut camne pun.
Lepas tu buat first layer sapu kastard yang dah dimasak tadi atas biskut tu. Then tabur milo atas lapisan kastard tu. Ulang la berapa layer yang uollss nak. Takde sapa nak marah. Eh tengok la pic bawah ni. Senang. Huhuhu





Dah siap, masuk dalam peti ais. Sejukkan dan ngap! Sedap weh. Meleleh ailio teringat.

Selamat mencuba!

Tata!

18 February 2015

Faktor Usia

Tahun ni genaplah umur I 30 tahun.. Ye. 3 series dah kak jemah ni. Huwaaa...Tengok anak membesar lagilah terasa "eh tua dah aku"..
Hello..30 tu umur official jadi wanita tau bagi I..So haruslah berbangga..Ekekekekeke..Bak kate kezen I dak Britney tu, "I'm not a girl, not yet a woman"..Gitteww..

Seiring dengan peningkatan usia (ayat skema tak menahan), banyak perubahan dalam diri kak jemah ni. Terutama dari segi penggunaan bahasa dan status2 di laman2 sosial milik I..Kalau dulu, 2,4 tahun yang lepas status gila bola je. Bila dah fanatik mulalah nak kutuk team and fans yang lain. Pastu gaduh, perli2. Tak kisah la team Malaysia or EPL. Time tu rasa waahhhh team ko la paling handal kat mukabumi ni. Nak2 kalau menang cup. Heh. Nyampah lak tengok status dulu2 kat FB. Kekekeke..

Tapi tu la. Makin kita matang, banyak la perubahan. Sekarang lebih cool kalau ada apa2 masalah. Tak payah nak meroyan sana sini. Menggigil tahan marah bagai, Bola pun dah tak layan sangat. I means kurang dah masa nak tengok. Ko gila nak bangun pukul tiga pagi lagi sekarang ni? Dengan ada anak kecik ni haa..Cukuplah mata panda aku berjaga susukan anak. Jangan ditambah kepandaan itu dengan tengok bola pulak ye. Sekarang ni just tengok update Livescore kat HP je kalau ada game. Pepagi dah menggelupur bukak page. Hehehe..Masih tak boleh tinggal minat tu cuma dah slow dah.
Sekarang duk layan anak main bola jelah..Update pasal player still baca lagi. 

Kalau ada apa2 masalah sekarang cool je. Mesti ada penyelesaian dia. Tak payah serabut kepala pikir. Lantaklah kat situ. Lagi satu hal politik. Tak dinafikan kak jemah ni kuat politik. Tapi sekarang ni dah kurang minat. Semua parti sama. Takde perfect. Mana yang baik kita ambil. Yang busuk campak longkang. No more partisan. No more fanatik. No more gaduh. Time undi aku undi.
Undi anda adalah rahsia. (tetiba)

Melalut sangat rasa cerita ni. Takda arah tuju kan. Kah kah. Lantak!
Boring sebenarnya. Mood nak cuti. Opis dah sunyi. Hmm..Nak balik..Cepatlah 5.45.


Pic recycle

17 February 2015

Alololo Zhafran

Kisah malam tadi.

Nak solat Isyak, Zhafran nampak umi dia ni keluar bilik air, muka basah lepas amik wuduk. Dia tau dah umi dia nak buat apa agaknya. Dia terus hulur sejadah beria2 suruh bentang. Ok. dah bentang dia bagi telekung. Cakap "kai,kai"..Suruh pakai cepat2. I is terharu lalu ku cium2 pipi dia sambil cakap "pandainya anak umi." Pastu dia buat gaya angkat takbir suruh aku solat cepat. Dia nak tengok. (kot la. Dia mane leh buat ayat lagi..kah kah)

Aku pun terus la solat. Dia elok je tengok. Tak kacau. Hehehe..Alahai anak umi..

Tu je nak citer. Bye.

Zhafran, 1tahun 3bln

16 February 2015

Baby Baru

Alhamdulillah..Jumaat lepas lahirlah seorang bayi lelaki ke dunia ini. Ewahh ayat..
No no no..Bukan baby I. Tapi baby kakak I. Kakak selamat melahirkan anak sulungnya di HKL dengan berat baby ialah 4.2kg dan dilahirkan secara ceaserian. Amik ko. Adik beradik kena bedah belaka. Heww..

Tahun ni tahun I collect anak buah ye tuan2 puan2. (collect??!!). Next is wife adik ipar I, Fahmi tu. Wife dia Yati, bakal melahirkan baby pulak bulan March ni. Jantina dirahsiakan. Ewahh..

Kalau takde aral, bulan 7 (ke bulan 8 ntah) kakak ipar (wife abang) pulak melahirkan baby kedua (ketiga tapi 2nd meninggal). Eh, apa banyak benar bracket dalam ayat ni. Lantaklah! Paham sendirilah kan.

Dah setel semua beranak baru I pulak pregnant lagi sekali. Wahahahah..Dah rindu nak pregnant lagi sebenarnya ni. Heee..(malu tutup muka) Tahun ni nak relaks dulu. Jalan2. Cari rumah sendiri. Tapi kalau dah rezeki, Alhamdulillah.. Hewww..

Tata!

11 February 2015

Teringin tapi...

Takut...

Tu la dia kesinambungan title..Teringin apa? Takut kenapa? PREGNANT lagiii..Hik hik..
Dah kenapa takut? Hek eleh...hahahaha..Yelah..Anak first kitakan keluar ikut tingkap orang kaba. Kena operate. So bila da kate czer ni almaklum la luka dia kena extra jaga sikit. Luka kat luar memang dah elok. Luka di dalam siapa yang tahu..Ewahh..Bermadah pula.

Memang banyak je kes2 dimana mommy2 yang first baby kena czer tup2 tak lama pregnant lagi. Siap boleh normal lagi time bersalin yang second. Hoiii..Beraninya uolllss..Kalau ikutkan kita ni dah bersedia nak pregnant lagi. Confident la konon2 luka da sembuh dan diriku sudah kuat. Zhafran pun dah 1 tahun 3 bulan. Tengok orang pregnant pun rasa membuak2 nak pregnant gak. Ekekekeke..

Tapi kan..tapi..tangan ni gatal pi google pengalaman czer mommy bersalin anak kedua dengan jarak yang dekat dengan first baby. (apa ayat aku ni). Maknanya 1st dengan 2nd baby beza tak sampai 2 tahun lebih la. Pastu jumpa la pengalaman yang mengerikan. Sapa suruh baca yang ngeri kan???
Luka terbukak la. Rahim Sepahtu tak kuat la. Eeiii..Hakak memang penakut bab2 ni. Jahit ehem2 yang kat bawah tu pun dengar dah seriau. Urghhh!!

Terus la hakak rasa, eh kbai. Nanti2 jelah pregnant. Ekekekekeke..Badan ni nak pakai lama. Biarlah luka betul2 sembuh. Tapi kalau dah rejeki hakak terima je. Alhamdulillah.

p/s : dah brape bulan tak period tak ingat. Kbai.


Wordless Wednesday





p/s : Rindu nak main air.

#SunwayLagoon_261214

6 February 2015

Saka

Saka lapar dah datang. Dalam kepala sekarang rasa nak makan roti canai, pisang goreng cheese, murtabak, coconut shake, cakes, nasi goreng ayam kunyit, rotiboy..Eh,macam2 la! Bila dah lapar, haa camtulah. Mengalahkan bulan pose..Padahal makan nasi lemak dah lunch tadi. Untung jadi I, makan apa saja tanpa takut gemuk. Ewah! Sila muntah. Ekekekeke..Kak Jemah ni memang metabolisme tinggi. Tu sebab susah gemuk. (Yeke sebab tu). Tibai je. Hahaha..Balik ni nak makan nasi. Pastu pukul 9mlm dah lapar balik. Begitulah kitaran pemakanan seorang Nurul Azima. Kbai. Nak balik. Nak makan. Nak pegi pasar malam. Nak beli macam2. Lapar!

Pic by Google

Pic by : www.azlitamasammanis.com/

Pic by Google