17 March 2015

Eczema Punya Hal..

Sejak umur Zhafran 3 @ 4 bulan, aku perasan dia ada eczema. Mula2 ingat ruam susu atau sebab panas. Tapi banyak pulak. So bawak klinik then nurse cakap eczema. Sejak dari tu macam2 ubat, mandian dan krim la kitorang pakai. 18 orang yang kitorang jumpa, 18 la jenis ubat dan segala tok nenek petua kitorang cuba. Takpelah. Ikhtiar selagi boleh. Semua maklum, eczema ni takkan hilang terus. Dia on off gitu. Makin besar budak tu nanti dia akan hilang sendiri. Ada jugak ye yang sampai tua pun ada. Tu mungkin dah tahap alergic to something. Macam hakak memang ada alergic tapi bukan pada makanan. Alergic pada aksesori macam brooch, jam steel or gelang. Mesti takleh pakai lama. Kalau tak gatal2.
Sejak tau Zhafran ada eczema, terus tak pakai sabun Johnson dah. Kitorang pakai Sebamed cleanser for baby. Yang ni advise pertama yang kitorang dapat dari sales person Perodua. Gittew.. Sambil jual kereta dapat pakej konsultan baby. Ko mampu?? Anak dia sampai 4 tahun ada eczema and dia apply sebamed product consistently. So far ok la pakai yang ni. 


Selain cleanser, kitorang apply sebamed cream as well. Pakej la orang kabo. Before pakai krim ni, kitorang dah try ezerra. Tapi tak nampak kesan apa pun. So stop. Sejak pakai cleanser sebamed, kitorang tukar krim sebamed sekali. Yang ni.(sila tgk bawah)


Dan ada jugak try krim Beprosalic. Atas nasihat kawan husband pulak. (kitorang memang ada 18 penasihat ya)



Bila umur zhafran setahun kitorang ingat ok la. Tapi tak jugak. I is sad. Macam yang hakak cakap eczema ni takkan hilang. Jadi, mari teruskan berubat. Dari liquid cleanser, kitorang tukar pulak pakai sabun ketul. (buruknya bunyi). Sebamed jugak. And keep continue pakai krim. Kali ni tak pakai bedak dah kat badan sebab menambahkan kekeringan kulit. Pas mandi terus apply minyak zaitun kat badan Zhafran. Nak bagi moisture je. Sometimes ok. Sometimes jadi balik. Dengan cuaca yang panas and kering. Habuk pun banyak. Hmm..

Baru2 ni sorang mak budak yang MIL jaga suggest pakai sabun and krim brand BUDS. Pulak! Sebab anak dia pun sama eczema, dia kata pakai ni elok. Sebab brand ni dari organic. Which is good for baby. Ok. Marilah kita ber"BUDS HUNTING plak. Brand ni hanya dijual di Manjaku dan farmasi2 tertentu sahaja. Setakat Watson or Guardian takda ye tuan puan. Susah gila nak cari. Pulak tu kat Manjaku stok tak banyak. Grrr..Semalam gigih la husband cari sampai ke Wangsa Walk. Jumpa kat farmasi Vitacare. Price dia lebih kurang RM53.90. Ni lah rupa dia. (sila tengok bawah lagi)


Malam tadi pakaikan kat Zhafran sabun ni. Sebelum tidur Alhamdulillah dia tak menggaru dah. (overkan testimoni baru berapa jam pakai). Hahahaha..Tapi memang pun. Zhafran before tidur mulalah garu kaki, garu ketiak, garu pergelangan tangan. Malam tadi smooth je dia nak tidur. Hehehehe..
Takpa. Awal lagi. Tengok seminggu ni camna. Hopefully inilah product terakhir kitorang guna. Sob sob..Mahal pulak tu. Kah kah. Takpalah. Janji anak sihat, 


*APA SAJA UNTUKMU,KE DASAR LAUTAN BIRU*

Lagu takda kaitan ya.

-Tata-

No comments: