20 February 2015

RESEPI : Biskut Tiramisu yang Mudah


Ni la aktiviti petang semalam. Bila rajin tu datang. Hehehehe..Biskut tiramisu ni kali kedua hakak buat dah. Tapi yang first time tu tak berapa jadi. Dah ghupe puding biskut sebab cair. Grrr..
So kali ni nak try buat lagi. Kan practice makes perfect. Heh..Ni dia bahan2nya..Senang sangat. Catwalk je gi kedai beli.

4sdb tepung kastard
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 cawan air
Milo
Biskut (apa2 pun boleh. Marie ke,hup seng ke)

Cara2 nya masak semua bahan (kecuali biskut)  atas api sederhana. Kacau sampai likat @ pekat. Dah siap biarkan kejap.
Di satu sudut yang lain...ewahh

Susun biskut dalam bekas..Susun la ikut camne pun.
Lepas tu buat first layer sapu kastard yang dah dimasak tadi atas biskut tu. Then tabur milo atas lapisan kastard tu. Ulang la berapa layer yang uollss nak. Takde sapa nak marah. Eh tengok la pic bawah ni. Senang. Huhuhu





Dah siap, masuk dalam peti ais. Sejukkan dan ngap! Sedap weh. Meleleh ailio teringat.

Selamat mencuba!

Tata!

No comments: