27 August 2015

Long Weekend Lagi..Bagi aku jelah..

Asssalammualaikum,

Selamat hari Khamis. Esok Jumaat iolsss cutiiiiiii..Sebab bawak Zhafran check up sempena 1tahun 9 bulan. Pastu Fikri nak service kereta. Alang2 marilah cuti. Dapat 4 hari sebab Isnin ni Merdeka! Tema merdeka tahun ni ialah Sehati Sejiwa. Siapa yang sehati siapa yang sejiwa pun tak tau. Lantak situ.

Semalam I start minum susu masa kat ofis. Kalau tak I ni memang nescafe addict. Tetiba terasa macam kafein ni makin buat I kurus, so I nekad nak minum susu atau milo je. Sebab tu je boleh buat I berisi sikit, Makan nasik seperiuk pun sama je. So try minuman pulak.

Susu pilihan I ialah Anlene. Susu ongtue. Hahahaha..Tapi I muda lagi ye. Baruuuuuuu 30. Mudalah tu. Hahaha..So far sedap. I letak 3 sudu kecil susu anlene dan sesudu kecil gula. Letak sikit pun dah ok sebenarnya. Susu takyah manis sangat. Mana nak sihat kan? I umur 30 ni memang nak start la jaga kesihatan sikit. Lagi pulak planning nak tambah anak. Kena la ready sikit badan ni. Kan?
Pasni nak massage satu badan pulak. Kasi repair mana yang patut..Kui kui..

Eh dah la. Citer pasal long weekend je. Tapi melalut sampai jaga kesihatan. Kbye.



-peace-

14 August 2015

Esok Last Syawal

Kejap je kan? Dah sampai ke hujung Syawal. Rasanya baru lagi balik Johor beraya. Pasni dah masuk musim haji. Esok rasanya ramai la duk pulun buat open house kan? Orang Malaysia biasalah. Bab makan memang juara. Hahahaha..Malam ni pun aku ada open house kat Kemensah. Kemain lagi abah aku ajak ke rumah Orang Besar Daerah Gombak. Ko adoo? Hahaha..Yelah, abahkan Ketua Kampung. So memang banyak jemputan. Esok pulak open house Mukim Setapak kat Pejabat Penghulu. 

Last 2 weeks masa datang Gombak kemain mak mengupdate segala jemputan yang ada. Dengan open house sedara-mara, jiran, geng bas sekolah Ketua Kampung, dan lain2. Aku dah tak ingat sapa sebab banyak sangat. Nak dekat 10 jugak. Sikit lagi ahkak nak catit dalam diary sebagai tanda I orang penting. Hahhaha..Tapi sorrylah mak. Tak dapat den ikut semua. Ada yang sampai lupa tarikh. Orang kawin pulak tu. Isk isk.. Kesian. Sorry.. :(

Lagi 2 weeks Zhafran dah 1tahun 9bulan. Alhamdulillah. Dah banyak perkataan dia boleh sebut. Dah berlari. Eczema Zhafran pun dah makin elok. Nanti I cerita dalam entry lain apa yang I guna untuk ubatkan dia. Memang nampak sangat perubahan dia. Syukur! Umi happy bila Zhafran sihat. Lepas ni boleh dapat adik. Eh?
Hahahahahah..

Eh dah la. I buzy ni. Nak setelkan hal Najib jap. Kbye.

-peace-




13 August 2015

Nak Pergi Obersi tapi Passport tak Renew.

Assalammualaikum,

Suatu hari yang damai, I dengan family I menuju ke airport. Destinasi kami ialah Korea. Tiket and passport semua dah ready. Tengah queue nak check in je. Ini kali ketiga kami ke Korea. Kali ni ada Fikri and Zhafran pulak. Dulu masing-masing belum kawin.

Tengah syok2 beratur, tetiba I check passport, rupanya dah mati. OMG! I tak renew passport ke?? Fikri punya ok. I dengan abang tak renew. Maka kami dua beradik pun cancel la percutian tu sambil menangis. Terus balik rumah. Kecewa sikit la. Terasa macam "cis kenapa tak alert!"

|

|

|

|


|


|

|

|

|

|

|

|

|

|



Habis menangis, I sedar I ada kat Sentul. Rupanya I mimpi je. Fikri and Zhafran ada je kat sebelah. 
Hahahahahahaha..Mimpi mainan shaitonnnnn.


Jangan marahhhh!!!

-peace-



10 August 2015

EPL is BACK!

Assalammualaikum,

Halluuu..Lama tak update. Tolonglah..Nape malas sangat ni. Banyak benda nak cerita tapi malas update. Pic pun takde mood nak amik.

Hari Sabtu baru ni bermulalah kembali musim bola sepak penjajah setelah berehat lebih kurang 2 bulan lebih. Yeahh!! EPL is BACK bebeh! Amboii..Hahaha..Seperti yang korang tau,4 team big 4 dah bermain pada Sabtu dan Ahad di mana MU dan Liverpool beroleh kemenangan yang pertama, Chelsea DRAW jekkk!! *hampeh* dan Arsenal pulak kalah..Hahahahahaha! Sorry husband. Cech dah kena beli dengan Chelsea. Hahahaha..

Its ok. Baru first game dan hero biasa kalah dulu. Wakakakaka..Eh tapi CHELSEA tak kalah. Seri je. Dapat gak 1 point. Laki2 kat luar sana pun sibuk setup team Fantasy PL memasing. Bertabahlah para isteri dan memakwe kalau tengok laki stress. Bukan apa. Point sikit la tu. Hahahaha..

Entry ini diakhiri dengan ucapan "Semoga Chelsea juara lagi" YEAHHHH.

Kbye.

-peace-