23 September 2015

Sabun Eczema

Assalammualaikum,

Hari tu I dah janji nak share pasal sabun yang I guna untuk kulit Zhafran kan? Ok. Nama sabun tu AQ Ellagyc Soap. Kitorang start guna 1 Ogos lepas. Husband dapat tau pasal sabun ni dari FB. Seller tu suggest beli sekali dengan jus untuk minda yang diekstrak dari campuran buah delima. Kiranya untuk dalaman la. Sabun untuk luaran je kan? Melainkan ko nak kunyah sabun tu, silalah. Ok tak kelakar. Hahahahah..

Lebih kurang 2 minggu kitorang pakai sabun tu memang nampak perubahan yang sangat ketara. Kulit dia licin dan hilang dah kuping2 tu. Masa pakai produk A,B,C dan D yang sebelum2 ni, memang ada perubahan tapi sekejap. Esok lusa jadi balik. Bila kitorang try sabun AQ ni Alhamdulillah sampai sekarang dah sebulan lebih, kulit Zhafran nampak much better dari dulu. Sangat2 berbeza. Sometimes ada la naik kering2 sikit or gatal sebab cuaca sekarang kan, tapi sikit je, Tak teruk macam dulu. Takde darah2 sebab garu dah. Sekarang kitorang dah repeat beli sabun tu. Harga untuk dua sabun dan jus ialah RM160. Memang akan continue pakai,Insya Allah. Jus tu pun Zhafran suka. Bagi every morning, once a day je. 

Ubat gatal still bagi jugak. Kitorang beli kat Klinik Pakar Kulit Dr Chew, di Jalan Ipoh, KL. So far ubat tu yang sesuai dengan Zhafran. Alhamdulillah. Baru-baru ni pergi ke Bayou Lagoon lagi dengan family in-law. Kulit Zhafran tak jadi apa-apa even berendam dalam air klorin kat water park tu. Berbeza masa dia setahun, kitorang bawak pergi Sunway Lagoon. Ya ampunnn..Kering kulit dia. Sejak guna sabun ni, dengan izin Allah eczema dia dah berkurangan. Sangat kurang.





So pada sesiapa yang berminat untuk cuba produk ni boleh la hubungi nombor di bawah ni ye. Atau cari di FB.

H/P : 019-2607660
FB : Info Rawat Eczema

10 September 2015

Fakta Psikologi

Kelas ko Jah tajuk gitu..Hahahahaha..Actually nak share pasal fakta dari segi psikologi berkenaan balik awal atau lambat dari kerja. Macam I ollss yang dah ada anak ni memang tak la nak balik lambat. On time 5.45 terus sign out. Eh? Sebelum kawin pun memang balik sharp. Hahahahahaha..Nan hado la ahkak nak OT2 ni. Keja takkan siap. Esok2 je sambung. Unless nak cuti panjang. Then lambat la sket. Ok. Lets check it out!


So, marilah kita balik awal ye. Eh, bukan awal..on time! Kikikiki..

-peace-

8 September 2015

Menanti Weekend

Assalammualaikum,

Perghhh...Bercinta nak update blog. I ollss is busy. Plus takde apa nak diceritakan sangat. Actually tak sabar tunggu Sabtu ni sebab nak holiday ke Melaka. Short vacation je. Nak pegi Bayou Lagoon lagi sekali. Kali ni pergi dengan family Fikri. Dulu I pergi 3 beranak je. Boleh baca novel 5 Chapter tu kat Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 . Pegi Melaka jeeee ponnnn. Cerita sampai 5 part. Hahaha.. #MatiLaNak

Kali ni Kak Tasha nak ajak makan seafood kat Muara Sungai Duyung tu. Dia memang hantu seafood skek. Kakakakakak.. Ahad dah balik KL semula. Kejap je.

Next week husband ada department outing. Makan2, movie, and bowling. Yang tu tak kisah sangat. Yang bestnya bos diorang nak bagi voucher holiday sorang satu. Hotel dan lokasi masih rahsia. Fuhhh..tak sabar! Last year dah dapat Sunway Hotel. Hopefully dapat lagi best la tahun ni. Yeeehaaa!
Tetiba jadi koboi. 

Ok la. Nak sambung kijo. Untuk menambahkan lagi ketidaksabaran tu, kita tepek pic lama ni. Hewww...tata!

Bayou Lagoon, Mu Tunggu Aku Datang!




-peace-