26 January 2016

Long Weekend 3 minggu berturut untuk orang KL

Yeay!

Baru lepas long weekend sempena cuti Thaipusam hari tu ye dak? Dulu-dulu orang Selangor jek dapat cuti Thaipusam ni. Orang KL jeling je. Since few years back, orang KL pun dapat. Time tu la baru boleh eksyen. Kekekekeke..This coming Monday orang KL dan orang wilayah yang lain, (Putrajaya & Labuan) pulak eksyen dengan negeri2 lain. Sebab cuti Hari Wilayah yang jatuh pada 1 Februari (Isnin). Cuti lagiiiiiiiiiii. Next2 Monday and Tuesday pulak CNY. Dapat lagi long weekend 4 hari. Ya Tuhan. Kegembiraan apakah ini? Hahahahaha!

Sempena cuti Hari Wilayah ni, I dengan family husband pergi bercuti ke Lost World of Tambun. Kat sana ada kolam air panas katanya. Syok gak sebab tak pernah pun ke sana and tak pernah terpikir. Kebetulan Kak Tasha pernah ada event opis dia kat situ so dia ajak la ke sana lagi. Best katanya. Kitorang gerak hari Sabtu and balik Ahad. Insya Allah. Semalaman je. Nanti I update la cerita di  sana. Dalam bracket, KALAU RAJIN.

Next weeknya pulak, time cuti CNY, I ada gathering besar family belah mak I pulak. Buat dekat Raub, tanah tumpahnya darah mak I dan sedara mara dia. Kekekekeke.. Dah lama dah diorang ni buat planning. Busy betul mak tu berwhatsapp dengan sepupu sepapat dia. Kemain eksyen. Kakakakaka.
Siap buat salasilah bagai nak mencari susur galur keluarga. I tak paham sangat. Tau sampai moyang kandung je lah. Nama gathering tu ialah generasi Lebai Sidek. Ko hadoo? Siap ada tema pakaian untuk setiap keluarga. I ikutkan je. Yang penting kekeluargaan tu. Ewahh! Gathering tu akan berlangsung 7 Feb (Ahad). So kitorang akan gerak ke Raub hari Sabtu tu. Tidur rumah mak yang baru siap tu, Tak pernah lagi pergi sana. Hehehehe..Ok. Tu je nak update.

Kbye.

-peace-

4 January 2016

2016 - What's New?

Assalammualaikum,

Heyya! Happy new year chuollss. Dah 4hb tapi aku peduli apa? Hahahahaha..Hari ni start kerja balik after long weekend since past weeks. Sekolah pun dah start hari ni. (klise gila ayat)

So, apa agaknya azam aku tahun ni? Nope. Takda azam. Konsep dia mengharap segalanya lebih baik dari last year. Kerja, kesihatan, kewangan..Segalanya termasuk anak. Pun nak lebih. Kakakakakaka..Insya Allah. 

Mood blogging belum datang lagi. Nanti-nanti la update ye. Bye. Mmuaahh!