18 November 2014

Masak2 Weekend

Halluu..

Meh sini hakak nak share apa aktiviti memasak yg telah dilakukan oleh hakak Sabtu lepas.

Milky Banana (Nama ikut suka)



Bahan-bahannya ialah;

Cara-caranya, goreng pisang tu dengan butter sampai kekuningan. Dah siap angkat letak dalam mangkuk. Pastu letak la susu tu dalam pisang tu. Taraaa..dah siap! Yummy sangat rasanya hoi!
Makan panas2 tu. Eh nak nangis la teringat kesedapannya! Ok. Over.
Oh Ya, resepi ni hakak amik dari page Kathyjem kat SINI.

Menu masak2 kedua ialah;

Cucur lemak manis 


Yang ni pun tiga bahan je. 

Tiga cawan tepung gandum
Tiga cawan air panas
Setengah cawan susu pekat.

Cara2nya gaul semua bahan dan gentel la bulat2 camtu. Pastu goreng. Simple bak hang!
Resepi ni hakak amik dari page Micha kat SINI

Tu je la resepi yang nak dishare.Sebenarnya ada lagi dua menu yang hakak masak hari Sabtu hari tu. Dari pagi sampai malam husband makan dengan air tangan hakak tau. Ingat senang aku nak masak. Ha ha ha..Menu lunch hari tu ayam panggang. Hi tea pulak pisang goreng cheese. Tak sempat ambik pic dah kene ngap. Muahahaha..

Nanti lah hakak share lagi resepinya okkay?

Tata!

XOXOXO

14 November 2014

Bila Hujan

Halluu..

Kl tengah hujan. Dengan sejuknya kat opis ni memang sendu dan mengantuk jadinya. Mujur Jumaat balik awal. Tapi tak awal mana jugaklah kalau dah ujan gini dak?

Sekarang da jadi addicted asal kul 3 lebih je nak makan biskut hup seng. Selalu cicah dengan nescafe o tapi hari ni malas nak bangun pegi pantry. So makan kosong je. Muahahaha..
Buat air pun malas ko ni jenab!



Hik hik.. Biskut hup seng packaging kecik comel. Price rm1.60. Amboii.. Siap bgtau harga.
Muahahaha.. Duta Hup Seng ke mende?

Ok bai. Nak kemas2 nak balik.

Tata!

XOXOXO

13 November 2014

Makan Kat Mana?

Halluu..

Nampak tak title tu? Itulah first world problem yang melanda kebanyakan orang kita tak kira di mana berada..Gitteww..

Macam kes hakak ni, stall yang bebanyak kat area opis ni dah diarahkan tutup oleh encik DBKL. Yang tinggal sekarang hanyalah food court dan restoran memahal. Yang pesen sekali makan plus air abis seploh hengget kat situ. Heh. Kalau seminggu tak ke 50 hengget abis lunch je? Belum breakfast lagi.

Solutionnya ialah mari membawa bekal bak saranan pak menteri. Tapi duk pening jugak bekal apa nak bawak?? Eh macam2 lah ko Nurul Azima!

Dah2. Nak kul 12. Jom lunch. Ari ni hakak bawak mee goreng je. Pukul 2 karang nescaya hakak dah lapar balik. Takpe. Biskut Hup Seng ada.





Muahahaha!

Ok bai.

Tata!

XOXOXO

12 November 2014

Wishlist 2015

Halluu..

Amboi title .Belum apa2 dah buat wishlist. kah kah
Mestilah kan. Hidup kena ada impian. Gitteww..

Ok. Me and husband ada buat wishlist sempena 2015 nanti. Kalau diizinkan Allah dan dipanjangkan umur. In Sha Allah. Wishlist ni hanyalah plan untuk kitorang 3 beranak ni je.

Jom cekidout ape listnye meh!

1- Mulakan pencarian dan pembelian rumah sendiri.

Sekarang ni still menumpang kat  rumah family husband. :(

2- Holiday di oversea & dalam negara

Hehehe.. Yang ni kira first time la nak bawak Zhafran gi obersea. Destinasi tak plan mane lagi. Start yang dekat2 dulu la ye dak. Takkan la Zhafran terus gi Paris. Klasss ko nyah!

3- Beli motor baru

Yang ni husband punya planning.

4- Buka buku akaun Zhafran (Update 2/1 - nak buat hari ni)

Belum decide whether SSPN atau Tabung Haji

5- Beli laptop atau tab

Tetiba terasa kena ada salah satu benda alah ni. Pakai hp kecik. :(

Ok. Setakat ni tu jelah wishlistnya. Kah kah. Title gempak macam banyak benor bunyinya.
Lahaiii..

Till then!

Tata!

XOXOXO

11 November 2014

Year end planning..

Halluuu...

Sedar tak sedar November dah masuk pertengahan. Sikit lagi December menjengah. Sebelum tutup diary 2014 (bukan AF je ada diari), me and husband dah buat macam2 planning termasuk birthday dak kecik tu. Antara plan kitorang ialah;

22 Nov - Karnival Upin Ipin

28 Nov - Zhafran 1 year (check up, bawak jalan2)

29 Nov - Doa selamat di rumah anak yatim (belum decide kat mana)

20 Dec - Husband paintball (err..masuk dlm planning eh)

26 Dec - Stay in Pyramid Tower Hotel, Sunway Lagoon (2d1n)

Tu je la setakat ni planning yang ada. Nama pun planning kan. Hopefully semua jadi.
In Sha Allah.

























Ok bai.

Tata!

XOXOXO

10 November 2014

RESEPI (yang baru nak cuba)

Hallu.........

Memandangkan hakak ni seorang yang suka makan dan mengunyah, so hakak selalu la menggoogle macam2 resepi mudah untuk breakfast or hi tea. (tak minat dengan lauk pauk..haha). Lepas google, copy dan peram. Buatnye tak tau bila. Heh.

Di bawah ni meh la hakak share sikit resepi pilihan hakak yang diintai dari beberapa blog.

1) RESEPI LASAGNA ROTI (roti gardenia tu je)

Lasagna ni memang feveret hakak. Bila jumpa resepi mudah yg boleh pakai roti ni hakak pun melonjak suka la. (ok,tipu. tak melonjak. teruja je).

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 3 biji kentang di potong dadu kecil 
  • 500gm daging cincang 
  • 1 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 biji tomato 
  • 1 sudu besar serbuk kari 
  • 1 sudu besar cili giling 
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor 
  • secubit garam
  • Parutan cheese / mozzarella
  • Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara

  1. Tumis bawang hingga layu,masukkan cili giling dan kari.Tumis hingga pecah minyak.Masukkan daging.Biarkan hingga daging empuk.Masukkan kentang.Kacau sebati.Sesuaikan rasa
  2. Satukan Susu+telor+secubit garam
  3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
  6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat 
  11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.Enak dimakan bersama sos cili dan mayonis




Amacam? Tergoda? Marilah try beramai2 ye.

2) RESEPI CHEESECAKE BISCUIT MUDAH BANGETTT (Ciskut)

Yang ni resepi senang. Takyah bakar ke ape. Pejam mata je. Amboii..Kalau pejam camne nak buat ye dak?

Bahan-bahan ( 1 loyang )

  • 250g cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat
  • Biskut hup seng deluxe crackers
  • Susu full cream
  • Nestum

Cara-cara

  1. Putar cream cheese sampai lembut.
  2. Masukkan susu pekat. Kalau suka manis, tambahla lagi.
  3. Putar lagi sampai sebati.
  4. Celup biskut dalam susu dan susun dalam loyang or tupperware.
  5. Sapu cream cheese kat atas biskut, tak payah tebal sgt dan tabur nestum.
  6. Celup biskut dan susun atas cheese. Ulang layer sampai habis.
  7. Layer cheese atas sekali biarkan tebal dari layer2 bawah. Tabur nestum.
  8. Masukkan dlm peti sejuk bagi keras semalaman.




Ok. dap dap!

Share dua resepi dulu la. Next time resepi lain plak hakak share.

Tata!

XOXOXO


Idea! Idea!

Salam uolss..

November sudah mari! Bulan kelahiran my son..Ummi dan babahnya plan nak celebrate kat rumah anak yatim. Hmm..sekarang tengah nak survey rumah anak yatim mane yang terdekat. Tu satu hal.

Hal yang kedua ialah apa nak bagi selain bawak food??

Idea! Meh sini meh. Hakak dah tanya kat group whatsapp. Antara cadangan yg diutarakan dan diselatankan ialah buku2, yasin, sejadah, toys dan ada jugak suggest kipas angin. Untuk rumah tu.

Good idea!

Apa lagi ye? Hmm..


Semalam call rumah anak yatim yang diplankan nak pegi tu. Raudhatul Al Faeez, Kg. Sungai Salak Batu 9 Jalan Gombak. Tapi penjaga tu bagitau yang diorang akan balik rumah masing2 time cuti sekolah. Ermm..

I is sad la macam ni. So duk memikiaq la lagi rumah anak yatim mana lagi yang ada di area Gombak or Sentul pasal dekat dgn rumah hakak.

Google punya google jumpa la a few list of rumah anak yatim yang ada.

Antaranya dlm link bawah ni;

Senarai Rumah Anak Yatim di Selangor

Senarai Rumah Anak Yatim di Kuala Lumpur



Nanti kita terjah satu2 ok mana yang dekat and senang nak pegi.

Tata!


XOXOXO