10 November 2014

RESEPI (yang baru nak cuba)

Hallu.........

Memandangkan hakak ni seorang yang suka makan dan mengunyah, so hakak selalu la menggoogle macam2 resepi mudah untuk breakfast or hi tea. (tak minat dengan lauk pauk..haha). Lepas google, copy dan peram. Buatnye tak tau bila. Heh.

Di bawah ni meh la hakak share sikit resepi pilihan hakak yang diintai dari beberapa blog.

1) RESEPI LASAGNA ROTI (roti gardenia tu je)

Lasagna ni memang feveret hakak. Bila jumpa resepi mudah yg boleh pakai roti ni hakak pun melonjak suka la. (ok,tipu. tak melonjak. teruja je).

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 3 biji kentang di potong dadu kecil 
  • 500gm daging cincang 
  • 1 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 biji tomato 
  • 1 sudu besar serbuk kari 
  • 1 sudu besar cili giling 
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor 
  • secubit garam
  • Parutan cheese / mozzarella
  • Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara

  1. Tumis bawang hingga layu,masukkan cili giling dan kari.Tumis hingga pecah minyak.Masukkan daging.Biarkan hingga daging empuk.Masukkan kentang.Kacau sebati.Sesuaikan rasa
  2. Satukan Susu+telor+secubit garam
  3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
  6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat 
  11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.Enak dimakan bersama sos cili dan mayonis




Amacam? Tergoda? Marilah try beramai2 ye.

2) RESEPI CHEESECAKE BISCUIT MUDAH BANGETTT (Ciskut)

Yang ni resepi senang. Takyah bakar ke ape. Pejam mata je. Amboii..Kalau pejam camne nak buat ye dak?

Bahan-bahan ( 1 loyang )

  • 250g cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat
  • Biskut hup seng deluxe crackers
  • Susu full cream
  • Nestum

Cara-cara

  1. Putar cream cheese sampai lembut.
  2. Masukkan susu pekat. Kalau suka manis, tambahla lagi.
  3. Putar lagi sampai sebati.
  4. Celup biskut dalam susu dan susun dalam loyang or tupperware.
  5. Sapu cream cheese kat atas biskut, tak payah tebal sgt dan tabur nestum.
  6. Celup biskut dan susun atas cheese. Ulang layer sampai habis.
  7. Layer cheese atas sekali biarkan tebal dari layer2 bawah. Tabur nestum.
  8. Masukkan dlm peti sejuk bagi keras semalaman.




Ok. dap dap!

Share dua resepi dulu la. Next time resepi lain plak hakak share.

Tata!

XOXOXO


No comments: