18 March 2016

Life Update

Assalammualaikum,

Amboi lamanya tak update blog *tiup habuk*. Kemain malas nak menaip. Sekarang semua benda pun malas buat. Termasuk gosok baju kerja. Maigaddd..Seboleh2nya cari baju and tudung tak payah gosok. Ni semua sebab pembawakan budak la ni..Ooopss..Hahahaha

Actually takde apa pun nak cerita. Cerita memang banyak tapi pic takde and tak ingat pun apa yang I dah buat selama 2 bulan ni. Boleh gitu? Meh la sini I story mory my life update since last entry yang katanya nak pergi Lost World tapi sudahnya tiada entri berkenaan. Kui kui kui..

Macam yang I update hari tu (2 bln lepas..:P), I dengan family in law pergi bercuti ke Lost World of Tambun Resort and Spa. Just for 1 night je. Kitorang gerak pagi Sabtu and sampai sana time Zuhur. Check in, solat, salin baju then pergi main water park. Tengah panas terik ye sedara sedari. Orang ramai jugak walaupun hanyalah cuti Hari Wilayah. Ramai macam ada family day company la. Since cuaca panas and orang ramai, Zhafran pun macam takde mood sangat nak main. Plus dia belum tidur lagi. Naik tren pusing park tu pun tak banyak cakap. Diam je. Ngantuk lettew..Sudahnya pukul 4 kitorang naik bilik. Tinggal Kak Tasha, husband dia and Zuma (SIL) sambung main. Since malam nanti nak pergi lagi situ untuk mandi air panas, so better la bawak Zhafran charge energy dulu sebelum dia cranky. 

Masuk bilik, mandi, menyusu tapi taklah pulak dia tidor terus. Around 6pm baru tidur. Dengan Umi sekali tidur. Pukul 6.30 camtu diorang nak keluar makan. So Fikri pergi la dengan diorang sebab taknak kejut Zhafran. Karang mengamuk pulak. Fikri just tapau untuk aku. Then kul 9 malam kitorang pergi mandi air panas. I just celup kaki je sebab datang bulan. Mencik! Esoknya breakfast, check out dan balik. Tu je. Seram kan?

 See? Muka masam

 Pic kenangan

 Panas lit lit


Haiwan2 yang sempat Zhafran pow kat kedai souvenir


Ok. Then next weeknya cuti CNY pulak. I balik Raub sebab ada gathering #GenerasiLebaiSidek, Yakni, Ayah kepada moyang I. So kiranya yang berkumpul tu start dari anak2 Sidek (moyang2 I),cucu2 Sidek(tok nenek I),cicit2 Sidek (mak, makcik dan pakcik I) dan sepupu2 & dua pupu2 I. Haaa..Ramaikan? Sepanjang hari tu kitorang just buat aktiviti macam family day biasa. Sukaneka, acara kanak2, makan dan lucky draw. Setiap waris ada theme colour contoh waris dari moyang I baju warna biru. So far ok lah. First time buat. Semua happy dapat berkumpul ramai-ramai macam tu which is bukan senang ye. Kenduri-kendara pun tak dapat macam tu, Iolls bagi 5 Ha Ha Ha Ha Ha. *tetiba*

My family

Team Waris Siti Hawa

#GenerasiLebaiSidek..yeay!


Lepas CNY, long weekend pun tamat. Until end of Feb, cousin Fikri pulak kahwin. Boleh kata cousin rapat jugak and duduk belakang rumah je. Wedding dia hari Ahad. Dari Jumaat malam dah ada dah acara malam berinai, Sabtu pagi aqiqah anak buah dia, lepas Zuhur nikah, malam tukar2 baju sampailah kenduri besar hari Ahad. Cerita dia, dari Jumaat malam kitorang makan complete kat rumah dia. Dari breakfast sampai dinner. Yang ni pun I bagi 5 HA sebab takyah masak pun. Kih kih kih.

Pink-Qu puteh

Pengantin lama dan baru

Next weeknya (5hb Mac) kitorang pergi kenduri belah laki pulak dekat Kuantan. Walaupun banyak keributan berlaku, motif I pergi sana sebab nak jumpa sahabat I Shah and wife dia je yang buat bisnes roti sekarang. I geram je tengok FB nak rasa roti dia. Alhamdulillah tercapai. Hehehe..So orang Kuantan bolehla try Roti Jasmine atau follow FB dia ye. Roti Jasmine
Home made roti yang dijamin halal, lembut dan gebu gebas.
*sesambil promote*

Makan malam di Teluk Cempedak

Ni la dia Roti Jasmine. Butterscotch and cheese flavour

Oh ye, 19 Feb hari tu I dapat sorang lagi anak buah. Anak Along I and Kak Ind wife dia. Baby boy. Nama dia Ezrafiq. Simple je kan. Hehehe..Now dah sebulan la usia dia. Bertambah ahli keluarga Edrus & Norhayati. And more to come. :P

Ezrafiq Bin Norjufri Nizar

Hi Hensem

Zhafran pulak sekarang kemain cranky. Macam tau2 je nak dapat adik. Dia punya tantrum tu memang urut dada la. I faham dia nak perhatian. Don't worry sayang. You will always be my fav boy. MMuahhhh.. *sebak*




Eh tu je la. Bagus tak I compile semua cerita? Hahahaha..Cepat kasi I hadiah.


-peace-

No comments: