30 January 2015

Long Weekend!

Yuhooooo!!

Long weekend yang pertama untuk tahun ni especially bagi orang yang bekerja di Wilayah Persekutuan seperti iolss. Hehehe..Ahad ni 1 Februari bersamaan dengan Hari Wilayah. So akan forward ke hari Isnin. Selasa pulak cuti Thaipusam untuk beberapa negeri. So total cuti ialah 4 hari. Iollss pulak kena cuti Rabu tu sebab jaga anak. Heww..5 hari la cuti jadinya. 

Sabtu ni pegi rumah Bangi. Ahad tu Insya Allah nak buat Carboot Sale di Seksyen 2 Bukit Mahkota,area rumah tu. Moga berjalan lancar. Ewah..

Ok. Nak balik. Babai!!


29 January 2015

Segmen Bloglist by Cik Manis



syarat - syaratnya semudah ABC aje ^__^

1) Follow blog ini
2) Follow instagram tuan tanah kedaung ni * kalau tak nak pun tak pe 
3) Buat entri segmen ni 
4) Tinggalkan link blog di ruang komen

26 January 2015

Mana Satu Nak Pergi?

2015 ni dalam kepala pikir nak holiday je. Kalau boleh tiap bulan nak berjalan. Amboiii sangat. Macam ke berkepuk2 duit dalam wallet khennn..Hahaha..Mementang la tahun ni cuti lakibini banyak.
Actually ada beberapa tempat yang teringin sangat nak pegi tapi belum berkesempatan lagi dek beberapa faktor yang tak mengizinkan. Meh iolss list down tempat percutian idaman iolss okay (atas sebab hotel je sebenarnya).

1) Grand Lexis Port Dickson
Ramai yang dah tau hotel ni menyediakan private pool dalam villa atau bilik tu. So boleh la fefeeling orang kaya rumah ada swimming pool kononnya. Berkubang la kau kat situ sampai ke malam.
Boleh surf website hotel ni untuk check rate bilik yang ada.

Pic by Google


2) Bukit Tinggi,Bentong
Ni lagi satu. Since pregnant nak pergi. Sampai la ni Zhafran dan setahun. Bila ntah nak pegi. Takpe2. Ko tunggu situ ye Colmar Tropicale. Mu tunggu aku datang!


3) Avani Resort Sepang
Hewww..Fefeeling romantis gitu. Bilik atas air khennn. Tapi yang ni kalau berdua barulah honeymoon gitu. Nak tinggalkan Zhafran sian lak. Mencari Umi dia tetengah malam kang. Payah lak. One day nak pegi jugak. Insya Allah.


4) Hard Rock Hotel Penang
Kelas ko Jenab! Nak duk Hard Rock Hotel ye. Huhuhu..Dah lama aim hotel ni. Nanti nak bodek Suamiku Encik Fikri stay kat sini kalau ke Penang. Hahahaha..Insya Allah.


Pic by Google


Selain tu ada lagi beberapa tempat yang teringin nak repeat disebabkan tak puas pergi sekali dua. Tamak betul bunyinya tu. Yang ni best kalau pergi reramai with family or friends.

1) Langkawi
Best place ever for my family. Tetiba cakap omputih kan? Langkawi apa lagi nak diterjah? Coklat laaa!! Langkawi tempat klasik percutian keluarga iolss..Gitu!


2) Penang
Heaven for food hunter!! Kalau sebut pasal Penang takde apa lagi yang best daripada MAKANAN!
Disebabkan iolss suka makan maka itulah faktor utama nak ke Penang sambil jenjalan. Lagipun husband teringin nak naik Bukit Bendera. Iollss dah naik sekali ngan family. Heww..Nanti kita tunaikan.


3) Cyberview Lodge
Yang ni tempat iolss honeymoon! Auwwww..Nak flashback memori indah kekononnya..Lagipun tempat dia memang best and 5star. Private gitu. Rate bilik pun ok sesuai ngan tempat. Puas hati, Boleh check website dia ye.

Pic by Google

Pic by Google



Takat ni itu je terlintas kat fikiran yang tetiba jammed ni. Nantilah iolss sambung. Heww..

Tata!

XOXOXO



22 January 2015

JANGAN PEGI KLCC

Ni yang takmo lalu KLCC time balik keje ni. Nak2 bila turun bawah depan Cold Storage. Bau benda alah ni mengundang tau! Kalau dah menusuk kalbu sangat gila ke taknak beli? Rugi uolls.. Harus kita gigih beratur tau! Hahaha.. Caramel almond pretzel! Yummeh! Happy tummy!

21 January 2015

PEREMPUAN MEROYAN

Semalam HOD minta semua staff department untuk plan 2015 leave dalam department punya planner. Before submit to Secretary, aku punya Supervisor suruh update team kitorang punya leave dulu. Ada 5 staff untuk section aku ni. Bila semua dah update, tengok2 si Manager sorang ni (Chinese man) sibuk nak apply time raya. Supervisor ni suruh la change date tu sebab ada dua staff Melayu nak cuti. Of coz kena ada back up. Eh boleh pulak dia bagi alasan dah book flight ticket since last year plus nak celebrate besday ayah dia! Eeiii..abah ko la! MARAH ni! Sapa yang nak raya sekarang? Aku, kau atau ayah kau??!! Ko tak tengok ke time tu raya and ko ada colleague Melayu?? Angin betul aku dengan kawan aku sorang pagi ni. Sedap je suruh kitorang ambik one day before raya (eve). Hoiii..sah2 company bagi half-day plus aku raya kat KL. Jadahnya nak amik awal! Lantak ko la kat situ. Malas nak reply email. Pasang earphone kat hp dengar lagu kuat2! (takde effect pape pun..hahaha..). Tanda protes! Sekian bebelan perempuan meroyan.

Pic takde kena mengena. Just nak sejukkan hati.

17 January 2015

Zhafran Emo

Semalam MIL cerita siang tu Zhafran sedih je. Wan (pengasuh yg tolong MIL jaga budak2) lipat baju pas angkat dari jemuran. Zhafran nampak baju umi dia, dia tarik dari Wan. Pastu sedih. Bagi nenek dia baju tu,buat kesat airmata dia. Alololo..sweetnya Zhafran. Rindu kat umi dia. Sedih iollss..Umi gi keje je sayang..Cari duit. :(

15 January 2015

Gastroenteritis

Seminggu tak update blog. Tetiba muncul dengan tajuk yang very the medic sangat khenn?? Ko dah kenapa? Hahaha..

Jumaat malam yang lepas, dak Zhafran muntah2. Mula2 sikit je. Ingatkan banyak sangat menyusu. Asyik bergayut je kat ummi dia ni haa..Tak lama lepas tu, muntah lagi. Kali ni keluar segala isi nasik yang dia makan petang tu. Dalam 5 ke 10 minit lepas tu muntah lagik. Aiyoo..demam kah? Tak panas plak. Terus la kitorang bawak pegi klinik. Mula2 muntah tu dia menangis jugak. Maybe sebab sakit nak keluarkan isi perut tu. Lepas2 tu dia tak nangis dah. Sampai klinik, ada few patient lagi menunggu. Hmm..Lambat pulak. Nasib baik Zhafran tak menangis. Muntah pun last dalam kereta. Bila dah jumpa doctor, doctor cek perut dia, cek dada semua, katanya angin banyak. Kembung. Kahak pun ada jugak. Erkk? Tu je ke. Kitorang pun iyakan je lah. Dia just bagi ubat kahak, muntah dan angin. On the way balik dalam kereta tu Zhafran muntah sikit. Tak nangis pun. Terus tertido! Eh? Gitu plak?? Boleh lak terus tido pas muntah. Ngantuk sangat gamaknya. Pas bagi dia makan ubat kat umah, dia sambung tidur. Dan..muntah lagi dan lagi..Keluar semua ubat dia. Huwaa..Kenapakah anakku?? Sebab dia mengantuk dia tertidur jugak la..Tapi kena standby segala tuala or napkin kat situ sebab bila dia terjaga dia akan muntah. Dalam kul 4pagi camtu terasa badan dia panas. Ah sudah. Pegila ambik tuala basahkan pulak. Kejut husband bangun dan bungkus la badan Zhafran dengan towel basah. Nasib dia tak meragam. Siap tengok Youtube lagi! Kul 4pagi!

Sampai la keesokan harinya Zhafran muntah sikit je. Sekali dua camtu. Panas badan ada sikit. Dia ok je main tapi taknak makan pulak. Makan je habis muntah. Mujur nak susu. Takpela anak. Janji isi perut. Hmm.. :( Petang tu balik ke rumah mak kat Bangi. Sampai sana Zhafran dah ok. Makan pun ok. Cuma dia banyak buang air besar pulak. Cair2. Kerap jugak. So far dia nampak sihat. Ok la. Main pun ok. Aktif je.

Ahad petang tu, balik ke Sentul semula. Tetiba si ummi ni terasa lapar yang amat. Padahal baru makan kul 4. Takkan kul 6 dah lapar. Maybe Zhafran banyak BF dalam kereta kot. Sampai dah nak Maghrib tu terasa lapar yang beriya sampai loya. Makan la roti sekeping. Lepas tu...Jeng jeng jeng!
Bermulalah episod Umi muntah2..Haiyakkkkk..Husband pi beli nasik goreng kat kedai depan pas Maghrib. Umi makan sesuap muntah lagi. Minum air oren muntah lagi. Sah berjangkit Zhafran. Hahaha..menyampai ke tengah malam tu ada lah 10x muntah sampai takda isi. Keracunan makanan ke apa? Husband pun loya tapi tak muntah. Dia duk buang air besar pulak. Mujur MIL ada tolong tengokkan Zhafran. Umi ni dah melepek dah. Takleh nak makan pun. Mesti muntah. Sampai la sudahnya semua tido kat hall depan je. Senang kot2 umi nak muntah terus ke dapur. Kui kui..
Ada jugak ingat pregnant tapi takkan la muntah sebab pregnant gini sekali teruk ye dak? Maklumlah..pregnant first tak pernah muntah. Kekekeke..Esoknya pegi klinik doctor cakap food posioning. Perut tu ada cramp sikit and macam memulas. Huk huk..Apa la aku makan ari tu..Terus rasa slim mlim i ni ha..Tinggal tulang ala Victoria dah. Eh? Hahaha..

Husband i ada la google pasal sakit kitorang anak beranak ni. Tu yang keluar tajuk berunsur medic tu. Kikiki..Meh la sini hakak tepek apa yang hakak google eh. So, kesimpulannya berjangkit2 la ni. Huhuhu..Alhamdulillah sekarang dah ok sikit memasing.


GASTROENTRITIS

Gastroenteritis merupakan penyakit akut di mana terdapat keradangan di perut dan usus. Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang dapat pulih dengan sendirinya. Banyak jenis organisma boleh menyebabkan gastroenteritis.  Pada lebih dari separuh kes-kes, organisma yang menjadi punca tidak dapat diketahui. Spesies Salmonella danCampylobacter merupakan punca yang paling lazim, tetapi pada kanak-kanak, ia biasanya diakibatkan oleh rotavirus.
Gastroenteritis ialah sejenis jangkitan, yang berlaku di semua pelusuk dunia. Gastroenteritis boleh berlaku pad masa-masa tertentu, iaitu semasa musim tertentu atau pada golongan umur tertentu. Sebagai contoh, rotavirus di kalangan kanak-kanak berlaku secara lebih kerap di negara-negara beriklim sederhana semasa musim sejuk. DI negara-negara tropika, terdapat sedikit perubahan bermusim.Gastroenteritis boleh juga menjadi sejenis wabak. Ini bermaksud, ramai yang akan mendapat penyakit ini untuk jangkamasa yang tertentu dan biasanya terdapat punca jangkitan yang sama seperti melalui makanan atau minuman. Jangkitan ini menular dari seorang ke seorang melalui pengendalian oleh seseorang yang tangannya dicemar oleh najis seseorang  yang ada jangkitan.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
Tanda-tanda dan gejala-gejala adalah berbeza-beza bergantung kepada punca dan keterukan penyakit.  Pada kebanyakan kes, gejala-gejala gastroenteritis adalah ringan dan dapat pulih dengan sendirinya. Masa mula tindak gejala-gejala adalah berlainan dari beberapa jam, misalannya dalam jangkitan Staphylococcus, sehingga 5 hari seperti dalam jangkitan Campylobacter, ataupun sehingga 3 minggu seperti dalam jangkitan Salmonella typhi. Pesakit mengalami satu atau lebih dari gejala-gejala berikut apabila terdapat  gastroenteritis iaitu : -
  • Sakit dan kekejangan pada abdomen
  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Najis berisipadu besar seperti dalam cirit-birit yang kecil.
  • Najis berair, tanpa darah atau nanah, seperti yang diakibatkan oleh toksin-ubat.
  • Darah dan lendir pada najis seperti dalam kes kerosakan mukus, contohnya  jangkitan Salmonella, Shigella and Campylobacter.
  • Demam, contohnya Salmonella typhi
  • Sakit kepala dan meningitis, contohnya Salmonella typhimurium dan beberapa spesies Shigella yang membebaskan neurotoksin (toksin yang bertindak ke atas saraf).
  • Dehidrasi dan kekurangan air.  Ini boleh terjadi dengan cepat pada kanak-kanak, apabila terdapat cirit-birit dan muntah. Pada kanak-kanak yang kecil, jika gastroenteritis tidak dikenalpasti dengan segera, ia boleh menjurus kepada rebah (pengsan dengan tiba-tiba) dan maut. Pada dehidrasi, terdapat kehilangan simpanan air serta kekurangan garam galian dan garam. 

Tanda-tanda dehidrasi

  • Kekurangan keanjalan kulit. Apabila dicubit, kulit masih tegap untuk seketika.
  • Mengantuk.
  • Keletihan dan kanak-kanak yang “lembik”.
  • Fontanel (tempat yang lembut pada bahagian atas kepala bayi) yang terbenam.
  • Mulut dan lidah yang sangat kering.
So, kalau ada tanda2 yang macam ni dan berlarutan teruslah jumpa doctor ye. Untuk info lanjut lagi, sila rujuk link di bawah.

8 January 2015

Jalan-jalan Cari Makan

Haaa tajuk..Dah kenapa kan tetiba up cerita pasal makan? Tu tandanya makcik ni tengah lapar. Hik hok..

Bila mengenang kembali kesukaan iolss menerjah tempat makan yang ada menu feveret iols and husband, lebih baik lah kita share tempat2 tu ye dak? Sambil2 air liuq pun bertakung. Ngeh ngeh..

Ok. Jom!

1) Chicken Chop - First choice iolss kalau cakap pasal western food. Mane2 restoran kalau ada western food mesti ini la yang di-try iolss. Setakat ni chicken chop yang tersedap pernah rasa ialah di Restoran Al-Azmi, Bandar Baru Sentul. Iolss penah post pasal ni dalam entri INI. Harga makanan kat sini semuanya berpatutan. Sedap dan service cepat. Suasana pun cozy2 gitu. Ada pilihan meja makan biasa atau ala2 pondok boleh bersila. Recommended!

2) Spaghetti - Ini lagi satu feveret iolss. Lately ni suka makan spaghetti carbonara. Kalau nak cakap pasal spaghetti bolognese, Secret Recipe is the best choice. Tapi tapi tapi...spaghetti carbonara yang tersedap ialah di Daddy'z Gurl Cafe. Haihh..nangis la kalau teringat kesedapan carbonara dia. Memang rasa dia ummphh and creamy. Boleh view blog dia kat link tu. Harga berpatutan. Portion banyak boleh share 2 orang kate ko!

3) Roti Canai - Haa ko..Roti canai pun masuk list. Setakat ni roti canai yang sedap pilihan iolss ada 2 tempat. Satu di Gombak, Roti Canai Haji Mahmud, area belakang post office gombak. Satu lagi di Taman Dato Senu, Sentul. Yang dekat sini memang beratur orang nak beli. Pagi dan petang ada roti canainya. Asal weekend je memang ramai oang. Lokasinya ialah di kawasan shop lot / tapak pasar malam Dato Senu. Kedai hujung sekali opposite mamak. [UPDATE] Dah ada lagi satu lokasi sedap roti canai Melayu. Di medan selera Bukit Indah, Ampang. Cari kedai atas2 sikit kena naik tangga. Sebelah dia kedai tomyam.

4) Burger - Makanan feveret laki bini. Kalau nak burger bakar, pilihan we olls of coz la Burgerbyte. Boleh kate wajib ke sini sebulan sekali la. Keh keh..Muka pun bulat da macam burger.  Kalau dah sebut burger bakar, regenya of coz la mahal dari burger biasa. Tapi berbaloi makan kat sini dan harga standard dalam belas2 ringgit and comes with set (air & fries). Kitorang selalu makan yang kat Sentul ni jelah sebab sah dekat ngan rumah kan. Kat tempat lain pun ada. Silalah try and boleh surf website dia untuk info.

5) Roti Naan - Roti naan best in town haruslah di RSMY Best Cheese Naan. Yang iolss tahu ada dua lokasi setakat ni. Satu di Jalan TAR dan satu lagi di Setapak, belakang Columbia Hospital. Iolss da pernah post pasal ni jugak di SINI. Dua2 tempat iolss dan husband dah try dan hampir sepuluh kali dah kami makan di RSMY ni. Koh koh koh..Nampak tak sedap tak sedap?

6) Char Kuey Teow - Mali's Corner! Siapa je yang tak kenal restoran ni. Dari stall kecil sekarang dah ada dua lot kedai di Platinum Walk, Setapak. Menu hanya dua, Char kuey teow dan nasi lemak. Harga serendah RM5 untuk biasa dengan portion yang agak banyak. Wajib try la pah bedah ye!

7) Nasi lemak - Selain nasi lemak Mali's Corner, Nasi Lemak Ujang, di Greenwood pun sedap. Since sekolah rendah dah ada kedai ni. Lokasi di shop lot sebelah hentian bas Rapid Kl. Nora bagi 4 bintang!

8) Seafood - Haa..ni jauh sikit. Kedai seafood pilihan iolss ialah di Bagan Lalang Sepang. Heww..Apa jauh benor sampai ke sana? Keh keh..Nama pun jalan2 cari makan kan. First & second time pegi tahun 2010. Masa tu belum banyak kedai bukak. Kawasan ni dekat dengan Pantai Bagan Lalang. Baru2 ni dalam bulan 10 iolss ke sana lagi dengan family. Waahh dah meriah dah! Orang dah ramai di kedai yang sama iolss pegi tu dan rasa masih sama. Sedap dan puas hati! Sambil fefeeling layan angin pantai gitu. Nama restoran tu Restoran Bayu Malam. Banyak lagi kedai yang ada tapi itu je pilihan kitorang.

9) Cendol - Yang ni kategori Desert. Kekekeke..Cendol yang sedap pilihan iolss ialah Cendol Wahab di Seri Rampai. Ramai dah tau kot kedai ni. Lagi satu cendol anney motor dekat Greenwood. Berhampiran Bazaar Mara tu. Rojak dia pun sedap. Sempat beli sehari sebelum bersalin. Mengidam punya pasal. Keh keh..

10) Satay - Last but not least, satay tersedap bukanlah Satay Kajang. Amboi statement..Hahaha..Kalau nak try silalah ke Pasar Sentul, belah petangnya pasar tu dah dibersihkan dan ada pakcik jual satay. Siap open table lagi. Enak dimakan di situ jugak panas2. Gabungan kuah dan satay yang very la the umpphh!! *nangis* Namanya Satay Kassim. Try jangan tak try!

Sekian.

Tata!

XOXOXO

p/s : entri panjang lebar yang tiada gambar..(rhyme..kikiki)

7 January 2015

Zhafran Tolong Umi

Budak memang mudah mengikut apa yang kita buat. Cepat je tangkap. Samada percakapan atau perbuatan. Alkisah dak Zhafran ni,selalu tengok umi dia ni ha susun kain ke dalam drawer. Sekarang da pandai ikut. Dengan baju,tudung atau apa2 pakaian yang kita nak pakai jap lagi pun dia simpan. Tau2 hilang. Ni lah dia bila sel2 otak berhubung. Banyak koje dia buat.

Langkah pertama : bukak drawer dan masukkan kain

Hasilnya?? Janji masuk. Kekdahnya

Tata!

XOXOXO

6 January 2015

TIPS : Hilangkan kuping di kulit kepala bayi

Kuping @ kelemumur @ kerak di kepala baby adalah normal sejak lahir. Benda alah tu akan hilang mengikut peredaran masa. Ewahh.. Makin besar makin hilang la dia. Depends pada baby tu. Macam Zhafran still ada lagi kuping tu walau sekelumit. Gusar jugak kengkadang tengok die tergaru2 especially time tidur. Jadi bila dipikirkan tak boleh dipandang enteng permasalahan ni! *tepuk meja*

So setelah mendapat nasihat dari pakar iaitu mak saya, ekekekeke, caranya ialah;

Lumurkan minyak masak @ minyak zaitun pun boleh ke kepala baby. Ikut pengalaman sendiri, minyak Johnson baby tak cukup kuat untuk menghapuskan kotoran degil tu. Huhuhu.

Biarkan sekejap sampai dia meresap dan lembut. Lepas tu kikis menggunakan sikat (sebaiknya sikat kutu yang gigi rapat2 tu). Kuping tu akan tercabut dan melekat kat sikat tu. Then cucilah kepala baby tu. Buat at least 3 kali seminggu. Insya Allah.

Tata!

XOXOXO

5 January 2015

2D 1N Stay in Sunway Pyramid Tower Hotel

Hari ni iolls nak cerita kisah ke Sunway Lagoon time cuti Krismas yang lepas. Hewww..2 minggu dah pun. Alkisahnya husband dapat free voucher untuk 2D1N stay di Hotel Sunway Pyramid Tower. 
Alang2 dah stay kitorang decide untuk main la sekali kat Sunway Lagoon Theme Park tu. Tapi keluar own pocket money la..Huhuhuh..Rezeki kitorang masa book e-ticket, arrange dengan pihak hotel, diorang cakap ada diskaun. Adult RM75 and kid free entrance. Alhamdulillah. Kalau tak actual price die RM120 for adult and RM90 for kids. RM90 for kid sebesar Zhafran??? KO RASA??? Haaaa.. Mahal kan? 
RM75 untuk kitorg laki bini ok la. Dah lama kot tak pegi. Last pegi iollss darjah 5. Hah??? Darjah 5?? Sekarang aku dah ada anak setahun dan masih nampak muda. Hew...

Kitorang decide untuk check in 26hb. Apply leave hari tu. Pagi Jumaat nan sendu tu cuaca hujan dari malam Khamis. Kitorang gerak tengahari sebab check in lambat. So kitorang estimate masa untuk main lebih kurang 2jam then pukul 4 boleh check in. Perjalanan amik masa lebih kurang 40minit. Kitorang sampai ke sana dalam pukul 1 dan sesat.   Dah setel cari parking selama 15 minit, terus ke lobby. Try tanya boleh check in awal tak. Yeay! Dia kate boleh. Ok. Jom ke bilik! Bilik yang we olss stay ialah Superior Executive Room. Rate untuk per night ialah RM513. Tu pun husband saja tanya Reception. 

Siap2 je letak barang then solat Zuhur dulu. Pukul 2 kitorang terus turun ke theme park. Actually hujan tu membawak ke Sunway jugak. Tapi kitorang tengok diorang selamba main, kitorang pun bagilah Zhafran main hujan. Ho ho ho..Seronok jugak. Ramai orang hari tu. Adalah 2jam kitorang main. Sampai Zhafran penat la. Huhuhu.. Masuk bilik dalam pukul 4 lebih. Mandi air suam bertiga dalam bath tub. Then Zhafran terus tido. Pas Maghrib kitorang gi makan kat mamak opposite hotel tu. Pastu gi jalan2 kat Sunway Pyramid shopping mall tu. Gitulah kisahnya. Untuk short vacation ke Sunway Lagoon ni iolls enjoy sangat tengok Zhafran happy main air. Hotel pun ok. Bilik ok. Hakak bagi 4 bintang!

Eh tak sah kalau tak letak gambar kan? Kah Kah..Marilah kita..

Sunway Lagoon surf beach
View dari bilik
Testing..testing..cejuk tak?
Cuaca sendu
Besar sangat pelampungnya. Saja je masukkan dia sebenanrnya. Haha
Ewahhh..


Yeayyy!!
Pyramid Tower-Superior Executive Room
Vandalisme sedang terjadi. habis phone hotel dicabutnya.

Tata!

XOXOXO

2 January 2015

2015

Eh terlewat sehari lak nak post entri. Ekekeke.. Peduli apa kan. Baru dua hari je kot.
Semua orang duk cerita pasal azam and wishlist. Dalam entri lepas iols dah cerita pasal wishlist 2015. Di SINI. Kena berusaha kuat untuk mencapai apa yang dihajati. Insya Allah.
Selain tu iols harap dimurahkan lagi rezeki kami sekeluarga dan sentiasa bahagia bersama orang tersayang. Tak sabar nak menunggu Zhafran membesar. Tengok setiap perkembangan dia. Semoga dipanjangkan umur dan diberi kesempatan unutk membesarkannya.

Actually nak cerita pasal short vacation Krismas hari tu. Haaa..nampak tak tertinggal bas. Cerita dah hampir basi. Nak cerita hari tu tapi masa tak sesuai. Kesedihan melanda Malaysia. Ewahh..
Nantilah next entri baru cerita. Masa tu bukan lagi tertinggal bas. Tertinggal keretapi ETS dah.
Koh ..koh.. Eh dah la. Nak sambung kerja.

Tata!

XOXOXO