8 December 2015

Alive 3D Art Gallery, Lukut

Assalammualaikum,

Hari tu before pergi PD, husband dah tanya siap2 apa plan kat sana. Mandi pantai ke apa.  I pun cepat2 cakap nak pergi 3D muzium kat Lukut tu. Lepas baca blog Sepet Noh pasal muzium tu, terus teringin nak pergi. Pada yang tak tau, muzium ni terletak di Lukut. Dalam 15km dari Pantai Teluk Kemang. Landmark dia ialah Giant Lukut dan Guest Hotel. Walking distance je muzium tu dengan landmark tu. So pepandai la guna Waze. Muzium ni terletak di kawasan shoplot ye. Bukan satu kawasan khas macam ko pergi Muzium Negara ke apa. Baris shoplot je. Bayaran masuk dia RM20 untuk dewasa (GST inclusive). Untuk kanak-kanak 90cm ke bawah adalah free. Senang cerita dalam 2 years above baru kena bayar. Nak masuk tu kena buka kasut dan simpan dalam locker disediakan beserta bayaran RM2. Ye, simpan kasut pun kena bayar. Puihh..Hahahaha..
Disebabkan cuti sekolah, ramai jugak la orang kat situ. Nak amik pic pun kena ikut turn. Tak semua pic la kitorang try. Mana yang best je. Zhafran pulak muka bosan. Takde mood je. Nasib tak meragam sangat. Tapi dengan muka takde mood dia tu, bila tengok dalam pic "eh jadi pulak". Meh kita tengok pic2 kat sana.

Tengok la dia tu. Ralit dengan mainan. Tak heran pun diri tu dah sampai puncak menara. Hahaha

Yang ni bila dah amik pic nampak real pulak bila Zhafran pandang sana. Beria sebelum tu suruh dia pandang camera. 

Masa ni Zhafran menangis2 tengok Umi tinggal kepala je. Hahahaha!

Alolololo..

Yang ni paling cun. Elok lak dia pandang atas tu.

Surfing anak beranak.

Babahnya ooii..Hahahaha!

Anney! Teh tarik satu!

 Menuju puncak! Gemilang cahaya...

Gambar ni paling kelakar! Beria2 babah dukung dari bawah. Hahahaha..Badan kecik kaki panjang.

Tanjung Katong airnya biru....

Ni nampak realkan?

Cuci gigi meh?

Ko mampu surfing terlentang camtu?

Genie in a bottle..Sangatttt

Zhafran taknak berenggang dari babah. Jadilah cenggini.
Hahaha


Tu je la pic yang rajin untuk diedit. Lepas keluar dari muzium ni kitorang gi makan kat Burger King. Sederet je dengan muzium ni. Then terus balik. Kitorang tak terus balik Sentul. Tapi tidur Bangi pulak. Opah nak celebrate besday Zhafran. Esoknya baru balik Sentul. Sekian.

-peace-


ALIVE 3D ART GALLERY

Address: NO 38-40, JALAN DS 2/1, BANDAR DATARAN SEGAR, LUKUT, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia



Thistle Port Dickson Resort and Spa

Assalammualaikum,

Aduiii dui duiii..Kemain lemau nak update blog. Sempena 2015 yang bakal menutup tirai lagi berapa minggu je, marilah sini I hiasi sikit blog ni dengan gambar-gambar percutian 2D1N ke Port Dickson (macam jauh jeeerrr). Actually Fikri yang dapat holiday voucher ni dari Boss dia. Last year dia dapat voucher ke Sunway Lagoon Hotel. This year ada few choices but kitorang pilih PD je. Senang. Hotel yang kitorang entitled untuk stay di PD ialah Thistle Port Dickson Resort and Spa. Dah lama sebenarnya nak rasa stay kat hotel ni. Tapi tak pergi2 pun. Dah dapat peluang ni syukur Alhamdulillah sangat la. Hahahaha..

Kitorang check in 27hb November Jumaat. Esoknya 28hb November tu birthday Zhafran ke-2 tahun. So ni kira birthday trip untuk dia la. Padahal mak dia je excited lebih. Kekekekeke..Tak susah pun nak cari hotel ni. Lebih kurang 5km dari Pantai Teluk Kemang. Straight je then akan nampak signboard ke jalan masuk Thistle ni besar2. So far puas hati dengan hotel ni. Urusan check in cepat walaupun kat kaunter tu nampak ramai je orang baru sampai. Tapi bad luck sebab dapat bilik view pintu masuk ke hotel. Kat lobby tu.. Kah kah kah..Tak dapat view swimming pool. Room condition pun ok. Ada iron. Hahahaha..Makanan breakfast esok tu pun ok. Room service dia agak mahal. Tak jadi nak try. Heh. Petang lepas check in tu kitorang just lepak hotel. Turun mandi pool awal jugak dalam pukul 3 lebih. Kitorang je ada time panas2 tu then datang 3 beranak Chinese family. Fikri yang ajak turun awal sebab petang2 kat situ hujan. Memang betul pun. Kitorang stop dalam pukul 5 sebab dah gelap and takde warning apa terus zassss hujan lebat. Hahahaha..Nasib dah puas mandi. Naik bilik, mandi and bagi Zhafran makan and menyusu. Dalam pukul 5.30 tu kitorang turun untuk round kat area hotel tu. Luckily kat situ ada playground dan jugak Lego Room. Zhafran apa lagi. Nampak gelongsor je terus tak ingat dunia. Turun naik banyak kali pun tak bosan. Lantak situ. Asal bahagia. Hahahaha..Dah puas main, dalam pukul 6 lebih kitorang naik bilik sebab Umi Zhafran mengantuk sangat. Nak kena tidur dulu before gi makan malam. Ingat nak tidurkan Zhafran je, dengan kitorang sekali tertidur. Sedar2 dah Maghrib. Lepas solat terus keluar pergi makan. Dah decide nak makan kat Mimi's Seafood. Dekat dengan Kemang Indah Apartment. Pernah makan situ sekali. Sedap especially ayam black pepper. Tu yang repeat. Malas nak pikir tempat lain. Lepas makan terus balik hotel. Sebelum naik bilik, bawak Zhafran main kat Lego Room pulak. Sampai pukul 10. Then naik bilik, tidur, Esoknya lepas breakfast, mandi swimming pool kejap. Naik bilik, mandi then tidurkan Zhafran dulu before check out. Destinasi kitorang lepas check out ialah Alive 3D Art Gallery dekat Lukut. 

See ya in next entry!


Katil dia besar jugak. Tak dan nak amik pic bilik. Sampai2 makan nasi ayam yang dah tapau siap2.

Thistle Port Dickson

3 petang

Penselfiean

Layan Zhafran mandi. Air tu paras dia je. Hahaha..Takyah pakai pelampung pun

Anak beranak

Motifnya nak amik pic aeroplane tu je. Nampak?

Babah je rajin layan. Umi busy amik gambar

Sejenis kawad??

"Bang,bang"..ujar Zhafran merujuk kepada kapal terbang. Hahaha

"Ye Umi panggil Zhafran?"

My Sweetheart

Run Baby Run!

Cantik kan?

Ni la playground tu. Not bad la.

Time dinner dekat Mimi's Seafood

The next day. Before gi breakfast.

28th November. Happy Birthday Zhafran sayang!

Love you so much baby boy!



-peace-