2 October 2015

Hai Kuantan!

Assalammualaikum,

Ini cerita last weekend. Khamis kan raya korban. Jumaat tu I & Fikri apply cuti. Memang rajin kan nak kerja sehari tu. Hahaha..Plus I ada wedding saudara dekat Kuantan. I dah lama kot tak pegi Kuantan. 2 years. Errr..Tak lama ek? Hahaha..Lama la tu bagi I..Before I kawin lagi. Now Zhafran dah nak 2 tahun. Duk pikir lagi nak celebrate camne or bagi hadiah apa. Cadang nak beli basikal and potong2 kek dengan family je. Eh tengok la camne. Suka betul melalut.

Ok. I gerak dari KL Jumaat petang around 6pm. Kuantan je ponnnn..2jam sampai. Naik satu kereta je dengan mak, abah & angah. Perjalanan ok. Kitorang berhenti makan dekat R&R Gambang sebab masing2 eksyen bila sampai Temerloh "eh dekat lagi ni. Gambang la jauh sikit"..Hahahaha..Nampak sangat dah biasa dengan Kuantan kan. Kuantan ni dah macam kampung kedua I dah. Ramai saudara mara. Kat sana I stay rumah cousin mak, Pak Long Amy & Mak Long Putri. Diorang ni (pak long & adik beradik) rapat dengan mak dari kecik. Lagi rapat dari adik beradik mak. Bila pegi Kuantan memang ke sini la kitorang check in. Kebetulan adik pak long, pak ngah Azam n mak ngah Sally pun ada dan jugak Wan Teh & Aki. Kitorang sampai Kuantan dalam 9 lebih. Lepas berhenti kat Gambang abah bawak lek2 je. Tak laju sangat. Sampai-sampai je, rehat-rehat, mandi lepas tu tengok Super Spontan. Hahahaha..Tu je la. Lepas tu tidur. Esoknya nak gi wedding dekat-dekat situ jugak,

Pagi tu kitorang breakfast mee goreng. Tak tau siapa masak. Bangun-bangun dah siap. Hahahahaha..Buruk perangai. Dah ramai-ramai biasalah, makan borak, makan borak. Dalam pukul 12 lebih kitorang gerak la ke tempat orang kahwin tu. Zhafran pulak, time semua orang dah naik kereta, dia boleh berak. Aduiii..Dah la taknak bangun sebab geli. Satu kerja pulak nak berunding dengan dia. Dah la nak cepat. Tapi nasib baik la berak dekat rumah. Kalau kat rumah kenduri payah gak kan. Hahaha..

Sampai-sampai je kat kawasan rumah pengantin, perghh.rumah ongkaya rupanya. Besar-besar rumah situ. Terkagum-kagum I dengan Fikri. Hahahaha..Susunan hidangan pun nampak mewah. Pengantin pun diiring oleh geng motor Aprilia. Kelas ko jahh..I pulak sawan tengok candy booth. Hahahah..Comel sangat siapa suruh. Tapi sayang I tak ambik gambar. Busy kejar Zhafran sana sini.
Lepas kenduri kitorang terus balik rumah. Semua membongkang. Petang tu ada acara cari sata. Hahaha..Nanti I sambung next entry. Byeeeeee..



 Belakang tu la rumahnya. Nak amik full tapi segan. Hahah

 Family


-peace-

No comments: