20 October 2015

Lunch date With Bestie Afidianti di Ah Cheng Laksa Avenue K

Assalammualaikum,

Tajuk je macam dah menceritakan segala isi. Hahahaa..Ni kisah Selasa last two weeks. I plan dengan Afi, (bestfren dari kolej) nak lunch sama. Kitorang ni nama je dekat. Tapi dah 2 tahun ye tak jumpa. Dia kerja KL Sentral dan duduk Bukit Antarabangsa. Macam jauh sangat je kitorang sampai susah nak jumpa. Ahahahaha..Aku last jumpa dia masa dia deliver baby dia kat Gleneagles. Iaitu 2013. Dan bulan ni anak dia dah nak 2 tahun. Teruk gila..Hahahahahah..

Plan punya plan Afi decide dia datang KLCC. Dekat sikit dengan aku. Dia tu memang. Hebat sangat kisah percintaan kitorang dengan KLCC ni. Hahaha..Dari bujang asyik jumpa kat KLCC. Kitorang lunch dekat Ah Cheng Laksa sebab Afi nak makan mee apa ntah nama dia. Aku ok je sebab menu dia still ada nasi lemak. I is lapar nasik. Ah Cheng Laksa ni seat dia limited. So kalau dah habis makan takyah ngengada nak borak lama2 selfie2 bagai ye. Sila beredar. Bagi orang lain pulak nak duduk. Setel makan sambil borak2, kitorang jenjalan jap dalam KLCC tu. Gi Sephora, Uniqlo, Guardian..Tapiiiiiiii tak beli apa2. Amik gambar berdua je..Hahahahahaha...Lantak la kan..Kata lama tak 
jumpa. 

I dengan Afi ni housemate masa belajar kat kolej dulu. Course lain2. Dia amik Secretary, I Civil Engineering. Sekarang dua2 keje bank. Acaner tu?  Antara housemate seramai 6 orang tu I rapat dengan dia. Sekepala dengan dia. Dah la suka baca mesej I dengan ex dulu..Hahahaha..Teruk sangat perangai. Pastu sebelum tidur mesti borak-borak dulu hadap muka masing-masing sambil baring. Sedar-sedar salah sorang dah belayar dah. Cakap la sorang-sorang. Hahahaha..Lepas kolej dia je la yang I selalu hang out. Ada lagi 2 orang kat JB. Sorang Shah Alam,sorang Bangi. So kitorang yang kat KL je lah rajin jumpa. Sampai la dia getting married, I datang ke Ipoh, i kawin pun dia datang Bangi. Pastu sama-sama dapat news pregnant. Beza sebulan je. Dia awal sikit. Gitulah kisah keakraban kami. Sampai mengandung pun sama-sama. Beza birthday kitorang, dia awal sebulan, Birthday anak pun, anak dia awal sebulan dari Zhafran. Hahahaha..Hope our friendship will last forever. Tetiba jadi besan lak. Kah kah..Berangan kemain jauh. Kbai.

Inilah dia Afidianti Abdul Rashid

Ni dalam Uniqlo. Afi kata lighting cantik sesuai bergambar. Nasib tak ramai orang. 
Hahahaha



-peace-





No comments: