29 May 2015

Cuti Panjang

Assalammualaikum,

Nampak tak tajuk tu? Yeay! Isnin depan sampai Jumaat iolss cuti. Fikri pun sama. Hamboii..Mengalahkan orang yang ada anak sekolah khennn? Hahahaha... Nak pegi mana tu, nanti2 lah cerita. Suprise la sangatkan? Macamkan nak pegi Maldives. Hahaha..

Minggu ni agak kebizian. Nak setelkan keja kat opis before cuti. Update blog pun sendu je minggu ni. Next week lagi la..Krik krik je lah..Huhuhu..

Takpe2..Gi holiday nanti kita amik mood blogging bebanyak. Ewah..
Erm..Pe lagi nak cerita? Takde. Dah habis.

Bye!
Gambar hiasan.

27 May 2015

Pasar Malam, Wedding & Shopping

Assalammualaikum,

Khamis lepas MIL & FIL pegi rombongan ke Guilin, China. Pagi2 around 2am dah gerak ke airport. So iolls pun cuti lah hari tu untuk jaga Zhafran. Fikri pun cuti. Malam tu dia lak pegi ke Pulau Lang Tengah, dekat2 ngan Redang. Ikut trip Sports Club opis dia. So lepas Maghrib camtu, Fikri hantar I pegi rumah mak kat Gombak. Sebab kat Sentul pun tinggal Fahmi, wife and Zuma je. I pun tak kerja la dari Khamis sampai Isnin. Ingat nak tinggalkan Zhafran dengan mak je tapi kesian pulak. Dengan Delisha lagi, baby Ash lagi. Takpelah. Cuti je la.

Jumaat petang tu ajak mak pegi pasar malam. Lepas amik kakak kat Terminal LRT Gombak. Saje je la nak berjalan sebab lama gila tak ke situ. Asyik pasar malam Dato Senu je. I is boring. So, motif I bila ke pasar malam Taman Melati ni nak beli cakoi je. Feveret dari dulu. Hahahaha..Sapa yang tak tau, pasar malam ni dekat dengan Terminal Putra LRT Gombak, hari Jumaat. Kot2 la korang nak makan cakoi. Kah kah. Daripada nak beli cakoi, beli jugak kuih akok. Pastu beli pulak fresh milk yang orang sibuk jual sekarang ni. Dulu2 zaman sekolah dah ada susu ni. Sekarang je femes balik. So I beli la 5 botol tu RM11. I pun satu hal tak tanya sebotol berapa. Main beli je. Heh.

Yang ni haa..

Sabtu tu ada wedding. Anak sedara kawan abah. Geng Ketua Kampung dia. Buat dekat Orchard Villa, Batu 10 Gombak. I baru tau pasal tempat ni. Actually ni Felda D'Saji punya. So kalau dah Felda, memang dari tempat sampai ke gift la dari dia. Tak salah I la. Sekepala RM74. Logik la kot. Sewa tempat, katering dan gift. Pelamin tak sure la. Google la sendiri. Hahahaha..




Tak amik pulak pic the whole area venue tu. Busy dengan makan. Hahaha..

Balik dari wedding tu terus pegi Manjaku. Nak beli baju Zhafran. Banyak dah tak muat. Sian dia. I pegi dengan mak, abah dan kakak. I pulak bila dah tengok baju baby, menggila la nak beli. Hahahaha..Fikri pulak takde. So sukahati I la nak beli berapa pasang. Main ambik je asal cantik masuk bakul. Amboii sangat perangai. Cam ongkaya sangat. Hahahaha..Murah2 je kot. 5 pasang tu semua below RM20 each. See? Pengguna bijak. Yang penting cantik. Gittew..So total lost hari tu RM100++ gak. Campur towel, botol susu, sabun basuh baju..Puas hati. Hahahaha..
Fikri pulak ada beli baju Zhafran kat pulau tu. Ngam la sebab I ada beli seluar tidur sehelai. So menjadikan baju Zhafran 6 pasang. Semalam pulak pegi Aeon dengan Fikri sebab dia dapat voucher menang game. Beli lagi sepasang baju Zhafran. MIL balik China beli jugak sepasang. Jadi total baju baru Zhafran dalam masa 3 hari ialah 8 pasang! Amboiiii anak! Baju Umi sepasang sebulan pun belum tentu dapat. Heh. Pasrah! Hahahahaha.. I love you, Zhafran!

See??


Chelsea Juara BPL 2014/2015

Hi..

Ahad lepas tamatlah sudah Liga Perdana Inggeris musim 2014/2015. Dan seperti yang dah semorang tau dari minggu ke-35, Juara BPL 2014/2015 ialah CHELSEA! Yeayyyyy!!!!!! Sebab dah tau awal2 siapa juara, so last game hari tu cam tak suspen sangat ahh..Just tunggu nak tengok Chelsea angkat cup je lah. Gigih tunggu depan TV sambil susukan anak (BF) sebab nak ambik gambar. Hahahaha..Ko mampu? Ok. So jumpa lagi next season yang akan start pada 8th August 2015. Anyway, GOODBYE DIDIER DROGBA a.k.a KING DD, GOODBYE STEVEN GERRARD a.k.a STEVIE G & GOODBYE FRANK LAMPARD a.k.a SUPER FRANK yang takkan lagi bermain di EPL. Sob..sob..You will be missed. Ye, Gerrard tu Liverpool tapi aku suka dia. Jadi sila diam. Hahahaha.,
Jom tengok gambar2 Chelsea angkat cup ni ye! Tata!

Yeay!





 King DD



Auww Terry!



I'm the Special One!

-peace-


19 May 2015

Entri EMO


Assalammualaikum,

Semalam, terbaca di media sosial dan Twitter Sinar Harian. 3 cerita berbeza. Kaitannya sama. Bayi.

Kes 1 - Video bayi didera, dilambung, dipusing2. Bukan oleh taska, bukan oleh pengasuh. Tapi ibunya sendiri. YA! IBU, Wallahualam apa cerita disebalik video tu tapi bila tengok bayi tu menangis kesakitan, Allahu..Terus tutup video. Menggigil rasa nak lempang si ibu tu. Harap disumbat ke penjara je ibu tu!

Kes 2 - Bayi dikerat 15 dan dijumpai dalam loji kumbahan. Astaghfirullahalazim. Gila. Memang gila. Bukan di luar negara, tapi Malaysia. Apa motifnya? Kenapa sanggup............. *sigh*

Kes 3 - Bakal ibu yang dah nak bersalin, ditangkap AADK sebab menghisap syabu. Ya Allah. Kenapa jadi macam tu? Mana suami? Mana family? Apa nasib bayi dalam perut tu? Tak daya nak fikir benda macam ni.

Di sebalik kes2 macam ni, terasa bersyukur kita dilahirkan dalam keluarga sempurna, dapat suami yang baik, yang membimbing. Anak diberi cukup kasih sayang. Melimpah ruah. Tapi....
Di luar sana masih ramai yang bernasib malang. Apa lah kita sebagai masyarakat boleh bantu. Cuma berdoa tidak jadi pada keluarga kita. Nauzubillah...


WHERE IS THE LOVE


What's wrong with the world, mama
People livin' like they ain't got no mamas
I think the whole world addicted to the drama
Only attracted to things that'll bring you trauma

Overseas, yeah, we try to stop terrorism
But we still got terrorists here livin'
In the USA, the big CIA
The Bloods and The Crips and the KKK

But if you only have love for your own race
Then you only leave space to discriminate
And to discriminate only generates hate
And when you hate then you're bound to get irate, yeah

Madness is what you demonstrate
And that's exactly how anger works and operates
Man, you gotta have love just to set it straight
Take control of your mind and meditate
Let your soul gravitate to the love, y'all, y'all

People killin', people dyin'
Children hurt and you hear them cryin'
Can you practice what you preach?
Or would you turn the other cheek?

Oh ALLAH help us
Send some guidance from above
'Cause people got me, got me questionin'
Where is the love (Love)

Where is the love (The love)
Where is the love (The love)
Where is the love, the love, the love

It just ain't the same, old ways have changed
New days are strange, is the world insane?
If love and peace are so strong
Why are there pieces of love that don't belong?

Nations droppin' bombs
Chemical gasses fillin' lungs of little ones
With ongoin' sufferin' as the youth die young
So ask yourself is the lovin' really gone

So I could ask myself really what is goin' wrong
In this world that we livin' in people keep on givin' in
Makin' wrong decisions, only visions of them dividends
Not respectin' each other, deny thy brother
A war is goin' on but the reason's undercover

The truth is kept secret, it's swept under the rug
If you never know truth then you never know love
Where's the love, y'all, come on (I don't know)
Where's the truth, y'all, come on (I don't know)
Where's the love, y'all

People killin', people dyin'
Children hurt and you hear them cryin'
Can you practice what you preach?
Or would you turn the other cheek?

Oh ALLAH help us
Send some guidance from above
'Cause people got me, got me questionin'
Where is the love (Love)

Where is the love (The love)?
Where is the love (The love)?
Where is the love (The love)?
Where is the love (The love)?
Where is the love (The love)?
Where is the love (The love)?
Where is the love, the love, the love?

I feel the weight of the world on my shoulder
As I'm gettin' older, y'all, people gets colder
Most of us only care about money makin'
Selfishness got us followin' the wrong direction

Wrong information always shown by the media
Negative images is the main criteria
Infecting the young minds faster than bacteria
Kids wanna act like what they see in the cinema

Yo', whatever happened to the values of humanity
Whatever happened to the fairness and equality
Instead of spreading love we're spreading animosity
Lack of understanding, leading us away from unity

That's the reason why sometimes I'm feelin' under
That's the reason why sometimes I'm feelin' down
There's no wonder why sometimes I'm feelin' under
Gotta keep my faith alive 'til love is found
Now ask yourself

Where is the love?
Where is the love?
Where is the love?
Where is the love?

18 May 2015

Majlis Cukur Jambul Baby Ashraff

Assalammualaikum..

Busynya hakak lately..Maklum lah 1 Jun ni nak cuti panjang. Tu duk kalut siapkan kerja yang pending kat opis ni. Cuti panjang tak panjang, seminggu je kot..Hahaha..Bunyi cerita macam nak maternity kan??

Ni pun nak cerita kisah cuti panjang hari pekerja ngan hari Wesak ari tu. Haa..Lama dah kan? Biar lantak. Hari tu my sis buat kenduri cukur jambul untuk anaknya, Baby Emir Ashraff tu. Buat dekat rumah dia kat Bukit Mahkota, Bangi. Tema baby hari tu ialah biru putih, manakala family berwarna ijau. Majlis berlangsung dengan lancar walaupun pagi tu hujan renyai2 and cuaca lepas tu pun ok. Sejuk2 je. Tak terik. Tak buat besar2 besaran pun. Just invite kawan2 dia, sedara mara terdekat and sedara belah husband dia. Catering by kawan abang. Buaian berendoi by kawan kakak. Along pun ada balik dari Cambodia, hari Khamis sebelum tu. Then majlis setel dalam pukul 4 camtu. Malam tu kitorang berbbq pulak. Asalnya untuk family je. Tapi ramai lak sedara yang datang lambat terjoin sekali. Tak cukup I makan sosej. Kakakakaka..Buruk perangai. Ok la. Mari kita tengok gambar je ye. Bukannya korang suka baca panjang2 ni pun. Hahaha..


Marhaban





Cukur jambul by atuk



Babah & anak

Team hijau



Ok. Tu je. Babai.

-peace-


13 May 2015

Kecomelan RAJA NAZIRA SAFYA

 Assalammualaikum,

Taknak membebel panjang. Just layan pic comel Tuanku Raja Nazira Safya ni je eh. Taktau nak buat ayat apa dah nak gambarkan kecomelan dia. Hahaha..Geram nak anak pompuan. Eh? Kbye.











Sumber : Utusan Online

-peace-

12 May 2015

Ibu, Umi, Mak, Mama, Mommy

Assalammualaikum,

10 May lepas Hari Ibu kan? Walaupun ayat cliche orang "Hari2 hari ibu" or ada jugak yang cakap haram disambut, bagi aku terpulang pada hati masing2. Malas nak komen lebih2 bab sensitif ni. Pada aku hari tu tetap special. As a mother, mungkin hari tu ko boleh rehat dan biar husband buat keja rumah. Masak roti canai segera misalnya. Dan beli lauk kat kedai je sebab malas masak. Hahahaha..Aku la tu..

Actually nak cerita pasal kehidupan aku setelah hampir setahun setengah bergelar UMI. Masih baru. Masih hijau. Baaaaaaanyak lagi nak belajar. Banyak perkara berubah dalam kehidupan seharian. Apa yang pasti, segalanya tentang pengalaman bergelar ibu adalah manis2 sahaja bila dikenang. Bila difikirkan balik memang tadek pape kot aktiviti aku yang masih lagi sama dari dulu sampai da beranak. Totally change eh. Dari celik mata sampai la nak tidur. Semua berubah 360 darjah.  Antaranya of course la pasal;

1) TIDUR!!


Yang ni memang #1 yang dialami semua mak2 eh. Memang hebat betul kalau ko cukup tidur unless anak ko dah besar panjang la. Hahaha..Mata panda tu da sinonim. Kalau gi zoo pun panda ingat kita ni kawan dia baru sampai dari China gak. NO MORE tidur 7-8 jam..Huwaaaaaaaaa..


2) MANDI


Aku ni jenis mandi lama. Tak pasti la dalam bilik air tu ada swimming pool ke ape. Atau aku cuci toilet hari2. Tapi suka duk lama2. Belek muka. Syampu rambut. Scrub. Kadang2 duk siram badan pun kemain banyak kali. Syok kot. Dah ada anak ni, nak buat apa semua ekspress. Kadang2 tengah mandi ada sindrom "dengar anak menangis". Cecepat siap mandi. Bila da masuk bilik, elok je anak aku main. K. Ada tak mak2 alami camni?


3) MAKAN


Makan pun aku la paling last siap selalunya. Pastu asyik nak makan, asyik lapar. Sekarang ni, makan pun tak sempat kunyah. Tengah makan, Zhafran bergayut sebelah. Memang tak kasi chance pun kat Umi. Inilah yang orang kata anak yang BF lebih rapat dengan mak kot. Nak makan kena siap cecepat sebab kadang2 gilir2 ngan Fikri untuk jaga Zhafran.


4) MAKE-UP & DRESS UP

Make up memang tak berapa sangat dari dulu. Eyeliner is enough. Or bila ada kenduri pakai jugak la tudung lilit 18 kali, make up pakai eye-shadow & eye-liner. Sekarang tak. Pakai tudung habis ekspress dah. Make-up? Cukup la BB cream ngan lipstick. Tak sempat nak pakai apa2.  Kalau ada pakai shawl cecantik & make-up pun once in 3 times kenduri kot? Eh?

5) ME TIME

Contohnya, masa untuk ke salun, facial, karaoke, movies, or dating with Fikri. Masa tu ada tapi kena plan bebetul. Sebab sapa nak jaga Zhafran pulak. Kena make sure hari and masa yang ada orang jaga Zhafran. Mungkin setahun sekali. Haaa?? Teruknya setahun sekali je wehhh...Hahahaha..Bukan takat nak gi salun, nak korek telinga pun kadang2 tak sempat. K.

Walaupun banyak yang dah berubah, inilah namanya kehidupan. Semua ni menyeronokkan. Being a mother is a GREAT experience. Cannot put into words macamana dia punya feeling. Segalanya is about your child. Sekarang rasa nak tambah anak lagi. Hahaha..Boleh? Sebab rindu saat2 jaga baby time kecik. Ermm..Semoga Allah bagi kesempatan untuk tengok Zhafran membesar. Semoga dia membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Sob Sob...

I LOVE YOU ZHAFRAN

Pic recycle kerana malas edit pic baru

-peace-

11 May 2015

Lawatan Muhibah ke KLCC

Assalammualaikum,

Busynya lately. Tak sempat nak update blog. Hmm..Ni cerita Sabtu baru ni. Petang2 tu macam bosan je duk rumah. Pastu Fikri ajak keluar gi Festival City. Ok la. Terus siap2. Kitorang pegi ikut jalan Genting Klang. Bila lalu situ Zhafran nampak KLCC dari jauh. Dia melambai2 la macamkan KLCC nampak dia. Duk sebut "Ci Ci Ci". Kesian pulak. Asyik tengok dari jauh. Hahaha..last2 Fikri tukar fikiran. Kita pegi KLCC je lah. Bawak dia jalan kat taman. Aku pulak? Suka sangat laaa..KLCC kot..Dah macam rumah kedua iolls..Hahahahha

Sampai je KLCC terus menuju ke taman. Sakan la Zhafran nampak air pancut. Boleh dia nak masuk dalam air tu? Sabar je la..Pastu tunjuk menara KLCC tu dekat2 kat dia. Suka la dia.."Tu..tu"..Alololo..Anak umi dah pandai cakap la..Pastu jalan2 la kat situ sampai ke taman permainan. Kat sini lagilah kemain konfiden dia pegi ke kolam mandi tu. Babah dia pulak rajin nak bawak Zhafran mandi. Dengan tak bawak bajunya. Tinggal dalam kereta sebab tak expect nak mandi.
Lantak la situ mandi pakai pampers. Nasib pampers ada satu dalam handbag. Tuala kecik pun ada. Mandi la anak. Mandilaaahhh. Umi amik gambar je pastu selfie jap. Amik pic KLCC bajet tourist. Hahaha..Ada la 20 minit kot kitorang biar Zhafran main air tu. Pastu ajak balik sebab nak pegi rumah opah pulak. 

Nurul Azima pulak bila dah masuk KLCC mulalah saka makan tu datang. Ajak Fikri makan kat Wendy's. Teringin pulak. So pegilah..Then balik. Tu lah dia kisah weekend kami. Seram kan?




Orang ramai. Weekend kan.

Saje je amik pic batu ni

Budak pakai pampers

Babah mithali. Umi malas basah2 seluar.

Pic wajib

Batu tu yang dia sibuk nak panjat

Yeay! Berjaya!

Konon catwalk la kat stage

Eeeii..Geram!

Bila panas tapi nak selfie. Mata sepet la

Sendiri kagum dengan pic amik sendiri ni. Hahahah..Tepuk tangan sikit!

Ni masa makan kat Wendy's. Gambar food tadek.

-peace-


6 May 2015

[LIRIK LAGU] Untuk Cinta - Hafiz ft Adira


Lirik Lagu Untuk Cinta - Hafiz ft Adira

Kau tunjuk kan aku
yang memangnya tak pernah tahu
erti cinta sebenarnya
dari jiwa
bukan hanya dari mata

Kau ajar hati ku
kasih setulus seikhlas nya
tak pernah mengalah
walau kan terpisah
sedikit pun tak berubah
Namun
tak kan menjadi miliki ku
cinta bukan tercipta untuk ku

Tolong jaga lah diri nya buat diri ku
jangan biar luka lagi hati nya
yang amat ku cinta
yang milik engkau saja

Biar ku simpan semua kasih dan cinta
akan ku pendam kan sepanjang nyawa
hingga tiba masa
untuk aku bercinta semula..

Selamat tinggal kasih

Aku kan pergi bawa diri
yang telah rela
dan mengerti oh

Dan disini saja
berakhir nya sebuah kisah
cinta bertepuk sebelah
terpaksalah
ku terima
tentuan nya oh


-peace-