12 May 2015

Ibu, Umi, Mak, Mama, Mommy

Assalammualaikum,

10 May lepas Hari Ibu kan? Walaupun ayat cliche orang "Hari2 hari ibu" or ada jugak yang cakap haram disambut, bagi aku terpulang pada hati masing2. Malas nak komen lebih2 bab sensitif ni. Pada aku hari tu tetap special. As a mother, mungkin hari tu ko boleh rehat dan biar husband buat keja rumah. Masak roti canai segera misalnya. Dan beli lauk kat kedai je sebab malas masak. Hahahaha..Aku la tu..

Actually nak cerita pasal kehidupan aku setelah hampir setahun setengah bergelar UMI. Masih baru. Masih hijau. Baaaaaaanyak lagi nak belajar. Banyak perkara berubah dalam kehidupan seharian. Apa yang pasti, segalanya tentang pengalaman bergelar ibu adalah manis2 sahaja bila dikenang. Bila difikirkan balik memang tadek pape kot aktiviti aku yang masih lagi sama dari dulu sampai da beranak. Totally change eh. Dari celik mata sampai la nak tidur. Semua berubah 360 darjah.  Antaranya of course la pasal;

1) TIDUR!!


Yang ni memang #1 yang dialami semua mak2 eh. Memang hebat betul kalau ko cukup tidur unless anak ko dah besar panjang la. Hahaha..Mata panda tu da sinonim. Kalau gi zoo pun panda ingat kita ni kawan dia baru sampai dari China gak. NO MORE tidur 7-8 jam..Huwaaaaaaaaa..


2) MANDI


Aku ni jenis mandi lama. Tak pasti la dalam bilik air tu ada swimming pool ke ape. Atau aku cuci toilet hari2. Tapi suka duk lama2. Belek muka. Syampu rambut. Scrub. Kadang2 duk siram badan pun kemain banyak kali. Syok kot. Dah ada anak ni, nak buat apa semua ekspress. Kadang2 tengah mandi ada sindrom "dengar anak menangis". Cecepat siap mandi. Bila da masuk bilik, elok je anak aku main. K. Ada tak mak2 alami camni?


3) MAKAN


Makan pun aku la paling last siap selalunya. Pastu asyik nak makan, asyik lapar. Sekarang ni, makan pun tak sempat kunyah. Tengah makan, Zhafran bergayut sebelah. Memang tak kasi chance pun kat Umi. Inilah yang orang kata anak yang BF lebih rapat dengan mak kot. Nak makan kena siap cecepat sebab kadang2 gilir2 ngan Fikri untuk jaga Zhafran.


4) MAKE-UP & DRESS UP

Make up memang tak berapa sangat dari dulu. Eyeliner is enough. Or bila ada kenduri pakai jugak la tudung lilit 18 kali, make up pakai eye-shadow & eye-liner. Sekarang tak. Pakai tudung habis ekspress dah. Make-up? Cukup la BB cream ngan lipstick. Tak sempat nak pakai apa2.  Kalau ada pakai shawl cecantik & make-up pun once in 3 times kenduri kot? Eh?

5) ME TIME

Contohnya, masa untuk ke salun, facial, karaoke, movies, or dating with Fikri. Masa tu ada tapi kena plan bebetul. Sebab sapa nak jaga Zhafran pulak. Kena make sure hari and masa yang ada orang jaga Zhafran. Mungkin setahun sekali. Haaa?? Teruknya setahun sekali je wehhh...Hahahaha..Bukan takat nak gi salun, nak korek telinga pun kadang2 tak sempat. K.

Walaupun banyak yang dah berubah, inilah namanya kehidupan. Semua ni menyeronokkan. Being a mother is a GREAT experience. Cannot put into words macamana dia punya feeling. Segalanya is about your child. Sekarang rasa nak tambah anak lagi. Hahaha..Boleh? Sebab rindu saat2 jaga baby time kecik. Ermm..Semoga Allah bagi kesempatan untuk tengok Zhafran membesar. Semoga dia membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Sob Sob...

I LOVE YOU ZHAFRAN

Pic recycle kerana malas edit pic baru

-peace-

No comments: