27 May 2015

Pasar Malam, Wedding & Shopping

Assalammualaikum,

Khamis lepas MIL & FIL pegi rombongan ke Guilin, China. Pagi2 around 2am dah gerak ke airport. So iolls pun cuti lah hari tu untuk jaga Zhafran. Fikri pun cuti. Malam tu dia lak pegi ke Pulau Lang Tengah, dekat2 ngan Redang. Ikut trip Sports Club opis dia. So lepas Maghrib camtu, Fikri hantar I pegi rumah mak kat Gombak. Sebab kat Sentul pun tinggal Fahmi, wife and Zuma je. I pun tak kerja la dari Khamis sampai Isnin. Ingat nak tinggalkan Zhafran dengan mak je tapi kesian pulak. Dengan Delisha lagi, baby Ash lagi. Takpelah. Cuti je la.

Jumaat petang tu ajak mak pegi pasar malam. Lepas amik kakak kat Terminal LRT Gombak. Saje je la nak berjalan sebab lama gila tak ke situ. Asyik pasar malam Dato Senu je. I is boring. So, motif I bila ke pasar malam Taman Melati ni nak beli cakoi je. Feveret dari dulu. Hahahaha..Sapa yang tak tau, pasar malam ni dekat dengan Terminal Putra LRT Gombak, hari Jumaat. Kot2 la korang nak makan cakoi. Kah kah. Daripada nak beli cakoi, beli jugak kuih akok. Pastu beli pulak fresh milk yang orang sibuk jual sekarang ni. Dulu2 zaman sekolah dah ada susu ni. Sekarang je femes balik. So I beli la 5 botol tu RM11. I pun satu hal tak tanya sebotol berapa. Main beli je. Heh.

Yang ni haa..

Sabtu tu ada wedding. Anak sedara kawan abah. Geng Ketua Kampung dia. Buat dekat Orchard Villa, Batu 10 Gombak. I baru tau pasal tempat ni. Actually ni Felda D'Saji punya. So kalau dah Felda, memang dari tempat sampai ke gift la dari dia. Tak salah I la. Sekepala RM74. Logik la kot. Sewa tempat, katering dan gift. Pelamin tak sure la. Google la sendiri. Hahahaha..




Tak amik pulak pic the whole area venue tu. Busy dengan makan. Hahaha..

Balik dari wedding tu terus pegi Manjaku. Nak beli baju Zhafran. Banyak dah tak muat. Sian dia. I pegi dengan mak, abah dan kakak. I pulak bila dah tengok baju baby, menggila la nak beli. Hahahaha..Fikri pulak takde. So sukahati I la nak beli berapa pasang. Main ambik je asal cantik masuk bakul. Amboii sangat perangai. Cam ongkaya sangat. Hahahaha..Murah2 je kot. 5 pasang tu semua below RM20 each. See? Pengguna bijak. Yang penting cantik. Gittew..So total lost hari tu RM100++ gak. Campur towel, botol susu, sabun basuh baju..Puas hati. Hahahaha..
Fikri pulak ada beli baju Zhafran kat pulau tu. Ngam la sebab I ada beli seluar tidur sehelai. So menjadikan baju Zhafran 6 pasang. Semalam pulak pegi Aeon dengan Fikri sebab dia dapat voucher menang game. Beli lagi sepasang baju Zhafran. MIL balik China beli jugak sepasang. Jadi total baju baru Zhafran dalam masa 3 hari ialah 8 pasang! Amboiiii anak! Baju Umi sepasang sebulan pun belum tentu dapat. Heh. Pasrah! Hahahahaha.. I love you, Zhafran!

See??


No comments: