Assalammualaikum..
Busynya hakak lately..Maklum lah 1 Jun ni nak cuti panjang. Tu duk kalut siapkan kerja yang pending kat opis ni. Cuti panjang tak panjang, seminggu je kot..Hahaha..Bunyi cerita macam nak maternity kan??
Ni pun nak cerita kisah cuti panjang hari pekerja ngan hari Wesak ari tu. Haa..Lama dah kan? Biar lantak. Hari tu my sis buat kenduri cukur jambul untuk anaknya, Baby Emir Ashraff tu. Buat dekat rumah dia kat Bukit Mahkota, Bangi. Tema baby hari tu ialah biru putih, manakala family berwarna ijau. Majlis berlangsung dengan lancar walaupun pagi tu hujan renyai2 and cuaca lepas tu pun ok. Sejuk2 je. Tak terik. Tak buat besar2 besaran pun. Just invite kawan2 dia, sedara mara terdekat and sedara belah husband dia. Catering by kawan abang. Buaian berendoi by kawan kakak. Along pun ada balik dari Cambodia, hari Khamis sebelum tu. Then majlis setel dalam pukul 4 camtu. Malam tu kitorang berbbq pulak. Asalnya untuk family je. Tapi ramai lak sedara yang datang lambat terjoin sekali. Tak cukup I makan sosej. Kakakakaka..Buruk perangai. Ok la. Mari kita tengok gambar je ye. Bukannya korang suka baca panjang2 ni pun. Hahaha..
Marhaban
Cukur jambul by atuk
Babah & anak
Team hijau
Ok. Tu je. Babai.
-peace-
No comments:
Post a Comment