16 June 2015

Borak Kosong

Assalammualaikum..

Kita stop dulu ye entry Melaka tu. Malas kemain nak edit gambar. Hari ni entry tanpa gambar je. 
Insya Allah kita semua akan mula berpuasa Khamis ni, 18 Jun. Sekejap je weh. Esok dah start terawih. Dah start bangun sahur. Moga diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk berpuasa. Kalau period tu lain citer la kan. Nanti pejam celik eh dah raya! Haaa..Tak sedar pun. Nampak benor kehidupan makin busy. Masa terasa cepat. Padahal memang cenggitu la pun waktu berjalan. 1 hari 24 jam 1440 minit kan? Ko nak perlahan atau laju camne lagi pulak? Hahaha..

Tahun ni Insya Allah turn beraya kat Johor, kampung husband. Last year dah raya kat Bangi dan Pahang. So isteri solehah kena lah gilir2 kan? Nak cerita pasal puasa sikit. Tahun ni ada azam. Kalau boleh nak kurangkan ke bazar Ramadhan. Hoi I kenot imajin la agaknya berapa la harga makanan kat sana ye dok? Mesti semua naik harga dengan alasan GST! Pastu ntah2 ada pulak orang jual nasi goreng tanpa GST ala2 Ahmad Maslan. Hahahaha..Last year beli murtabak atau roti john je dah berapa ringgit. Bulan puasa ni tak tau lah berapa. Makan je la nasik dengan kurma kat rumah. Hahaha..Weekend bolehla buat kuih atau dessert skek. Kalau rajin. Puihhh..
Selalunya kalau rajin buat puding roti, karamel atau kuih onde2 bila puasa. Tu je la setiap tahun. Muntah jugak kalau nak buat this year lagi. Tengok la camne. Kita godek resepi baru ye. Hahaha..Kononnnnnnnnnnn...

Pasal raya pulak, baju dah beli sepasang last week. Gi sefamily (husband side) ke Kenanga. Situ kan tempat borong. Beli mininum 6 pasang then dapat harga murah. Ok la. Dapat RM39 sepasang. Kalau beli tak sampai 6 helai harga dia RM79. Gila weh, separuh! Hahahahaha...Yang lebih happy, bila balik rumah jumpa satu shawl yang angah I belikan masa dia gi Bnangkok (kot). Shawl tu belum pakai pun dan kaler dia sama pulak dengan baju yang I pilih. Hahaha..Jimat duit kat situ! Selagi boleh kan nak jimat. Lepas ni maybe cari sepasang lagi baju then cari baju melayu Fikri dan baju2 Zhafran. 
Kuih raya pulak paling malas nak pikir tahun ni. Nak order pun malas. Sape nak beli untuk rumah belilah. Malas pikir. I nak fokus makan lemang je pagi raya. Heh.

Apa lagi? Tu je la. Next entry nak cerita kenangan berpuasa dulu2. Ewahh..Bila next tu?? Doakan semoga aku rajin.

-peace-

No comments: