27 July 2015

Aidilfitri 2015

Assalammualaikum,

11 Syawal dah pun. Baru sempat nak update blog. Bukan sebab excited beraya. Tapi takde mood. Hahaha..Rabu last week dah start kerja. Duk rumah lelama pun takleh jugak. Lesu badan. Baiklah kijo.
Cerita raya aku? So-so je. Hahahaha..Beraya sampai 2 Syawal je. 3 Syawal dah balik KL, tidur dan makan lauk sardin. Ongkolumpo memang cenggitu kot. Ke aku je? Heh!

Tahun ni turn beraya belah Fikri. Pagi raya tu kami di Sentul. Adik beradik dia semua ada. Semua turn Sentul. Mak abah aku pulak beraya kat rumah Bangi dengan Along, angah and kakak. Abang balik raya rumah Kak Misah kat Raub. Pagi tu lepas solat raya, kami bersalaman, bermaafan. Adik beradik Fikri ni memang suka drama air mata skek. Kekekeke. Dah setel bergambar semua, pergi beraya rumah tok2 sedara Fikri. Area2 situ je. Adalah 3 @ 4 biji rumah kot pegi hari tu. Termasuk rumah mak long Fikri. Dalam tengahari camtu semua dah balik rumah terbungkang sementara tunggu solat Jumaat. Lepas solat Jumaat pegi rumah pakcik Fikri pulak. Dia panggil adik beradik dia semua sekali. Ada makan2. Kitorang pegi awal skek dari orang lain sebab nak bersiap balik Johor pulak petang tu. 

Tapi tak jugaklah. Sebab balik tu sesambil tidurkan Zhafran, aku sempat tidur gak. Hahahaha..Pukul 6 lebih baru gerak dari Sentul. Singgah beraya ke rumah Bangi dulu jumpa mak abah aku. Bersalaman dulu dengan diorang. Sobs sobs. Sempat solat Maghrib semua. Dalam pukul 8 gerak dari Bangi. Sampai Johor dalam pukul 12 la lebih kurang. Berhenti makan kat mamak jap kat Pekan Nenas tu. Hmm..tu je kisah 1 Syawal aku. Hahaha..Gambar pun tak la banyak mana. Gambar pagi raya je kot..Yang penting Zhafran collect duit raya! Hahahahaha..Tu best!
Kbye.


Zhafran moody nak tidur. Bangun awal sangat sapa suruh.
Fikri pakai baju Melayu TMJ style. Aku la tu suruh. Hahaha..

Pegi rumah orang beraya happy pulak dia

Ni kat Johor. Team lelaki kotak2.

Ni pun Johor. Nusajaya. Rumah OAA. Kekekeke

Ni dodol. Finally dapat! Yeay! Lengkap rayaku. Kbye


-peace-

No comments: