6 July 2015

RESEPI : Nutella Brownies 3 Bahan Je!

Assalammualaikum,

Ni cerita petang Jumaat hari tu. Balik keje awal. Pukul 4.45 dah keluar opis. Husband amik, merempit kejap je. Kul 5.05 sampai rumah. Sampai2 je tengok Zhafran tidur. I pun terus zup zap zup zap salin baju, masuk baju kotor semua dalam mesin, rendam baju Zhafran dan terus mula baking. Nampak macam supermom tak? Kah kah kah..
Haaa..Tu dia intro.

Actually nutella ni dah beli hari tu lagi. Konon2 nak buat nutella & banana sandwich makan time sahur as an alternative dari makan nasi. Tapi "ADAAA" nampak sandwich??? Hahahaha..Last2 marilah kita buat Nutella Brownies yang resepinya dah peram selama 2 tahun. Ko hado??

Bahan2 dia simple sangatttt..Nama pun 3 bahan je. So bahan2nya ialah:

Nutella ( 200g)
Tepung gandum 5 sudu besar
Telur 1 biji

Cara2 :

Gaulkan semua bahan sampai sebati. Nak pakai mixer pun boleh.. Nak pakai manual dengan tangan sesambil tambah muscle pun boleh. Macam I takde mixer so pakai manual je la. Agak2 dah sebati boleh la letak dalam cup comel tu atau loyang. Depends korangla. Nak makan potong2 macam kek ke, atau macam cupcake cecomel. Suka hati ea.Takde sapa marah.

Kalau pakai cup dapat la dalam 20 ketul depends pada cup besar mana la. Bukan cup A, cup B eh..Hahahaha..Tetttt...

Masak dalam oven pada suhu 180 dalam masa 15 minit je. Nak tengok dah masak ke belum, try la cucuk dengan lidi sikit. Kalau takde melekat maknanya dah masak. Bolehla hias topping dengan lebihan nutella ke, badam ke, cili padi ke. Sukahati!


Taraaa!!!
Ni lah hasilnya. I pakai topping cornflakes Zhafran. Sebab dia, itu je ada kat rumah. Pun bolehhhh...


I buat pakai loyang. Sebab takda pun cup comel and malas nak singgah kedai. Rasa dia memang yummy sangat. Nak2 makan panas2! Fuhhh...Kena pulak letak cornflakes, ada rangup2 sket.. *nangis*..Sedapnyaaaa..
Selamat mencuba!

-peace-



No comments: