18 June 2015

Bazar Ramadhan

Assalammualaikum,

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Alhamdulillah cuaca hari ni tak panas. Tapi aircond ofis ni la pulak sejuk nak mati. Lagi lapar la perut ni. Tabahlah..

Entry I hari ni nak cerita pasal makanan special kat bazar2 Ramadhan yang I pernah pegi. Hahahaha.. Nasiblah terliur. Tapi takpe. Entry ni takda gambar ye. You all kena bayangkan je. Hahah..Kebanyakan makanan ni menu biasa je. Takda yang pelik bin ajaib sangat pun. Tapi dah aku kata sedap, sedap la kan? Jangan membantah. Kekekekeke..

Bazar Ramadhan Danau Kota (lokasi Uptown)

Sebagai rakyat Gombak sejati, ni tempat feveret I. Aside of parking space yang limited, kat sini ada makanan best kemain banyak. Antaranya, air jagung beratur. Sedap giler kot. No wonder orang sanggup beratur sampai ke tengah jalan semata2 nak beli. Mula2 tak tau pun apa yang special. Just mengikut trend. Konsep dia kalau beratur ni mesti sedap. Tepat sekali konsep yang diketengahkan tu! Memang sedap. U should try! Rasa nak dua cawan. Lagi satu kat sini I suka makan samosa dengan sardine roll. Tak tau kenapa tapi kat sini je sedap. Yang jual tu pakcik ngan anak dia. Pepandai la cari. Hahaha..

Bazar Ramadhan Greenwood

Kat sini pun dekat dengan rumah. Kalau datang sini, mak dengan abah mesti suruh beli sup meletup atau gulai daging kawah. Sedap weh! Pun pakcik2 jugak jual. Memang pure punya rasa. Fuhhh.. 
*lap ailio menitik*
Makanan lain biasa2 je. So far itu je yang best kat Greenwood. Kadang2 I beli bunga api untuk anak buah. Hahahaha..

Bazar Ramadhan Taman Melawati

Terpaling best untuk warga Hulu Kelang dan Gombak. Kah kah..Kat sini, since few years back, I mesti cari Tauhu Anora. Dia something like tauhu yang dia goreng rangup, dalam tu ada isi kentang yang separa lenyek, cicah sos. Perghhh! Makan panas2 memang rasa nak habiskan semua la. Wajib beli every year. Hopefully dapat makan tahun ni. Lagi satu kat sini selalu beli macam2 jenis puding. Segala trend terkini puding or agar2 ada kat sini. Kalau I memang tak lain puding karamel je la. Cubalah try ye Tauhu Anora tu.

Bazar Ramadhan Taman Dato Senu

Kat sini, since kahwin la pegi. Husband memang every year wajib beli Roti Boom. EVERY DAY ye tuan puan. Bukan untuk makan time berbuka, tapi simpan time sahur. Memang dah jadi kebiasaan family in law, roti boom ni kena ada time sahur. Lagipun memang sedap. I pun dah jadi suka lak..Huhu..Kalau I,suka laksam. Ada satu makcik ni jual sedap giler. Masa tu pulak I pregnant. Tetiba nak. Ya Allah. Sedapnya. Sejak dari tu I suka laksam. Hahaha..

Bazar Ramadhan Wangsa  Maju

Last but not least, ni lagi satu bazar I selalu pegi. Kat sini memang banyak choice makanan sedap. Cempedak goreng pun dah menggoda, Last two years I ada beli nasi arab. Memang sedap  Last year takde pulak. I just beli cendol Wahab je. Ada bukak stall kat situ. Kat sini ok sebab jalan dia besar. So ko boleh melenggang kangkung je tengok kuih. Takde berselisih berlanggar bahu dengan orang. Unless ko jalan tak tengok depan la. Hahaha..


Ok? So sapa yang rasa belum try pasar2 Ramadhan ni try la. Nak datang dari Shah Alam pun boleh. Takde sapa marah. Selamat terliur!

-peace-

17 June 2015

Esok Puasa

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, Insya Allah esok kita akan mula berpuasa. Malam tadi Penyimpan Mohor Besar Raja2 dah umumkan. Dulu2, masa kecik, memang ditunggu2 pengumuman ni. Puasa atau raya tetap excited depan TV. Yelah masa tu kita tak confirm puasa atau raya hari apa. Sekarang ni even cara still sama, but orang lebih refer pada kalendar. Kalau kalendar kata 18hb, memang 18hb la. Takyah tunggu pengumuman. Dah tak feel dah sekarang. Faktor usia makin dewasa mungkin?

Setiap kali puasa masa sekolah dulu, abah dan mak akan ingatkan niat puasa. Every year. Aku memang pelupa bab niat sebulan dengan sehari ni. Boleh kata tiap malam nak tanya. Hahahaha..
Insya Allah, satu hari akan aku ajar Zhafran dan adik2 dia pulak niat tu. Amboi, adik2. Bila la tu Zhafran nak dapat adik? Tetttt..Hahaha..

Ok la. Meh kita recall sikit niat puasa pada yang dah lupa tu ye. Tata.
Selamat berterawih malam ni, selamat bangun sahur dan selamat berpuasa!



16 June 2015

Borak Kosong

Assalammualaikum..

Kita stop dulu ye entry Melaka tu. Malas kemain nak edit gambar. Hari ni entry tanpa gambar je. 
Insya Allah kita semua akan mula berpuasa Khamis ni, 18 Jun. Sekejap je weh. Esok dah start terawih. Dah start bangun sahur. Moga diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk berpuasa. Kalau period tu lain citer la kan. Nanti pejam celik eh dah raya! Haaa..Tak sedar pun. Nampak benor kehidupan makin busy. Masa terasa cepat. Padahal memang cenggitu la pun waktu berjalan. 1 hari 24 jam 1440 minit kan? Ko nak perlahan atau laju camne lagi pulak? Hahaha..

Tahun ni Insya Allah turn beraya kat Johor, kampung husband. Last year dah raya kat Bangi dan Pahang. So isteri solehah kena lah gilir2 kan? Nak cerita pasal puasa sikit. Tahun ni ada azam. Kalau boleh nak kurangkan ke bazar Ramadhan. Hoi I kenot imajin la agaknya berapa la harga makanan kat sana ye dok? Mesti semua naik harga dengan alasan GST! Pastu ntah2 ada pulak orang jual nasi goreng tanpa GST ala2 Ahmad Maslan. Hahahaha..Last year beli murtabak atau roti john je dah berapa ringgit. Bulan puasa ni tak tau lah berapa. Makan je la nasik dengan kurma kat rumah. Hahaha..Weekend bolehla buat kuih atau dessert skek. Kalau rajin. Puihhh..
Selalunya kalau rajin buat puding roti, karamel atau kuih onde2 bila puasa. Tu je la setiap tahun. Muntah jugak kalau nak buat this year lagi. Tengok la camne. Kita godek resepi baru ye. Hahaha..Kononnnnnnnnnnn...

Pasal raya pulak, baju dah beli sepasang last week. Gi sefamily (husband side) ke Kenanga. Situ kan tempat borong. Beli mininum 6 pasang then dapat harga murah. Ok la. Dapat RM39 sepasang. Kalau beli tak sampai 6 helai harga dia RM79. Gila weh, separuh! Hahahahaha...Yang lebih happy, bila balik rumah jumpa satu shawl yang angah I belikan masa dia gi Bnangkok (kot). Shawl tu belum pakai pun dan kaler dia sama pulak dengan baju yang I pilih. Hahaha..Jimat duit kat situ! Selagi boleh kan nak jimat. Lepas ni maybe cari sepasang lagi baju then cari baju melayu Fikri dan baju2 Zhafran. 
Kuih raya pulak paling malas nak pikir tahun ni. Nak order pun malas. Sape nak beli untuk rumah belilah. Malas pikir. I nak fokus makan lemang je pagi raya. Heh.

Apa lagi? Tu je la. Next entry nak cerita kenangan berpuasa dulu2. Ewahh..Bila next tu?? Doakan semoga aku rajin.

-peace-

12 June 2015

Melaka Part 3 - (2nd Day) Menara Taming Sari, Asam Pedas & Kota A Famosa


Hai hai hai..


Ketemu lagi dalam part 3 pulak. Tabahlah..Kekekeke..Hari Selasa tu, papehal breakfast dulu. Kemain awal bangun kalau bab breakfast hotel ni. Zhafran pulak susah nak bangun. Terpaksa kejut dan bawak berunding dulu nak bagi dia ada mood. Heh.

Macam biasa, I mesti la amik western dulu kalau dah breakfast hotel ni. Baked beans tu wajib, sosej, omelette, dengan roti bakar. Untuk Zhafran pulak amik coco crunch dan fresh milk. Fikri makan sama dengan aku. Ada jugak mee goreng, mihun, nasi minyak, mi sup. Tapi macam tak menarik sangat. Fikri duk round2, rupanya ada ROTI CANAI! Hahahahaha..Saya suka! Saya suka! Nurul Azima dan roti canai ni dah macam kembar dah. Kekekekeke..Dah setel makan semua, balik bilik. Pic makanan semua tak sempat ambik dan malas. Kitorang decide main water park pagi tu. Zhafran pun dah excited sangat sebab coffee house tu dekat dengan entrance water park. So dia dah nampak orang main air tu. Ok la. Main air dulu. Tengahari baru keluar.

Sampai bilik, tukar baju then gi water park. Main air lebih kurang sejam gak la. Tak sampai kot. Zhafran  nampak mengantuk je. Ok la. Buat syarat je. Pastu balik bilik, mandi, siap2 nak keluar. Zhafran dalam kereta baru tidur. Destinasi kami ialah Menara Taming Sari. Kemain ko..Menara KL takde lak nak naik kan?
Fee masuk untuk sorang, RM15. Ada GST jadi la RM31.80 untuk aku dan Fikri. Dah masuk entrance tu kena tunggu jap. Pelantar tu tengah kat atas. Lebih kurang 5 minit baru turun. According staff tu, kita akan dibawa ke atas dan turun balik dalam masa 7 minit. Ok la. Nampak segala Selat Melaka, Dataran Pahlawan yang cantik tu dan Bandar Melaka. Coconut shake je tak nampak. Jauh skek..Kakakakaka..Dalam tu disediakan teropong jugak. Boleh la satu sorang. Setiap seat ada.

Lepas dah turun, terus pi lunch. Tanya pakcik kat situ, dia suggest pegi Restoran Selera Kampung. Dekat je dengan Menara Taming Sari tu. Sampai sana orang ramai gak. Dapat gak la meja kosong satu. Yelah, lunch hour kan. Kat sini target nak makan asam pedas je. Dah kat Melaka kan? Takkan ko nak cari patin masak tempoyak lak. Hahahaha..Kat situ style dia da letak lauk dalam piring siap2. So kastemer amik je la terus..Just letak nasik sendirik je. Kitorang hari tu cuma amik asam pedas, tempe goreng dan nasi. Untuk Zhafran ayam goreng dan nasik. Setel. So far ok la asam pedas dia but tak kena tekak aku kot. Taste memasing kan.
Taste aku lak macam contoh masa nak bayar makan tu, ada Farid Kamil tengah tapau nasik. Hensem nak mampus. Pakai spek itam bajet aku tak kenal dia. Sesaja aku tengok dia dekat2 then dia pun macam "alamak ada org kenal aku"..Hahahaha..

Tadek kena mengena kan ngan taste asam pedas tadi? Haha..Tapi memang betul ada Farid Kamil pun. Memang hensem. Ok. Lepas makan, kitorang menuju ke Kota A' famosa pulak. Kat sini yang memang banyak berubah. Aku dah tak jumpa celah mana pegi bangunan merah2 tempat beca lalu dulu. Dan dah balik KL baru aku tau yang Padang Banda Hilir tu, rupanya itulah Dataran Pahlawan sekarang. Yeke? Bapak aku la cakap. Kalau bapak aku tak sure, maknanya korang pun kena tipu la ngan aku. Padan muka. Hahaha..I tak kuasa sikit bab sejarah ni. Kat sini dah takde pape nak tengok. Ambik gambar je ok la..Port beca je lebih. Jalan pun penat sebab berbukit dan takde angin. Tapi panas tak panas sangat. So cuaca macam tu buat badan melekit dan ketiak berlecak. I dont like. Mari kita balik hotel. Hahahaha..Sian Zhafran penat. (Alasan).

Balik hotel, pow Fikri belanja eskem kat kedai dalam hotel tu. Hahaha..Panas kot. Nak ke Klebang macam dah malas. Esok je. Balik bilik dalam kul 3 lebih camtu, makan eskem dan tidur..Sampai pukul 7! Syiokkk...
Kbye. Next entry la sambung,



Kat atas Menara Taming Sari. Teropong aperrr tu pakcik??
Zhafran sangat comel dengan aksi candid garu kepala tu..Hahaha

Kota A' Famosa. So must changes since years ago.

Selfie laki bini


Anak buntet

8 June 2015

Melaka Part 2 - Bayou Lagoon Water Park

Assalammualaikum,

Sabar je la kan ada berapa part ntah entry Melaka ni. Jangan muntah ea baca. Hahahaha..
Petang tu after dah setel balun foods order from room service, kami pun bersantai di katil. Konon2nya nak tidurkan Zhafran dulu. Baru bagi dia main air. Sudahnya dia duk golek2, tonggeng2, tengok youtube, babah pun cakap jom la turun ke water park. Dah penat kang baru tidur. Moh la kita. Dalam pukul 4 camtu kot kitorang turun. Belakang bilik je. Senang.

At first, drama Zhafran biasalah. Takut air sejuk la. Siap jatuh sebab licin. Hahahaha..Macam2..Sekali dah dapat mood, beriya la tarik tangan ajak main tu, main ni..Gilir2 la aku dengan Fikri teman dia main. Sebab salah sorang kena jaga beg. Malas nak tinggal kat locker. Fee untuk admission ke theme park ni tak sure berapa. Boleh check dekat website dia. Sebab aku punya ni RM150/night including water park dan breakfast. Price yang ada membership. So untuk kepastian tanya la resort ni ye. Hahahaha..Matilah..Semua bayaran aku tak tau.

Lebih kurang sejam jugaklah kitorang kat water park tu. Kitorang boleh main kat situ sampai the day kitorang check out. Stay untuk 3d 2n. And sepanjang 3 hari tu main la air sampai muntah ye. Zhafran dah agak2 penat, menggigil dan gosok2 mata, marilah naik bilik. Esok2 main lagi..

Balik bilik, mandi then tidurkan Zhafran. Lama gak tidur sampai pas Maghrib. Plan malam tu naik Melaka River Cruise pulak. That night mood Zhafran kureng sikit. So tak enjoy sangat la naik cruise tu. Just tengok2 lampu and building cecantik dengan feeling hambar. Hahahaha..Ngada tau Zhafran. Pastu gi makan then terus balik bilik. Nak gi Jonker Walk pun tak jadi tauuuuuuuu..
Kbye.


Ambik mood. Geram tengok! Hahahaha..Comel je pakai swimming suit tu

Dah senyum sikit


Selfie dengan umi untuk tambah mood lagi. Haha

Ok.Time ni dah ke tengah kolam.

Dah start turun naik tangga

Best!

Belakang tu la bilik kitorang

Benda alah ni la yang Zhafran sakan main 2nd day tu



-peace-

Melaka Part 1 - Zoo Melaka

Assalammualaikum,

Kitorang gerak ke Melaka hari Isnin, 1 Jun. Sabtu dan Ahad sebelum tu dah stay rumah bangi. Ahad tu buat carboot sale. Kitorang gerak dalam pukul 11 camtu. Plannya ialah sampai je terus ke Zoo Melaka. Sebab zoo tu kat Ayer Keroh, tak jauh dari highway. So before sampai hotel, of coz la lalu zoo dulu kan? So takyah buat keja 8x nak patah balik. Singgah je terus. 

Fee masuk untuk aku and Fikri ialah RM37.50 tak salah. Tak ingat. Kanak2 under 2 free. Ok jom masuk. Bila masuk je kat entrance, ada staff suruh bergambar dulu kat green screen. Of cos la kena bayar. Time keluar nanti amik la pic tu dan bayar. First2 je nampak burung dulu. Zhafran nampak burung biasalah. Mulalah buat tangan dan bunyi "cii cii cii''..Huhuhuhu..Then kitorang terus ke Taman Mini Safari. Untuk pengetahuan, zoo ni besar dan kawasannya berbukit2 ye. Kalau ada anak kecik silalah bawak stroller. Memang semput la kalau nak dukung. Zhafran ni pun kejap letak dalam stroller. Kejap bagi dia berjalan, berlari. Kejap kang dukung. Memang penat weh..So far ok la. Cuaca tak panas terik tapi terasa bahang sebab tak berangin. So basah2 ketiak. Zhafran pun ok je tengok biantang. Tak takut pun. Kitorang nampak la jugak dekat2 sang gajah, singa, harimau bintang, harimau kumbang, harimau belang. Besar betul. Aku yang takut dan terbayang harimau tu melompat keluar. Sebab area tu tak berpagar pun. Fuhh..Nasib harimau tu tidur. *tetiba*

Binatang2 lain macam zirafah, kuda belang, lembu, kancil, rusa. kijang, ostrich, dan segala tok nenek bintang yang aku tak kenal. Angsa, monyet, kucing pun ada. Tak kuasa la jugak aku nak tengok semua kandang binatang. Motif aku nak tengok gajah je. Kenapa gajah, aku pun tak tau, Hahaha..dah tengok gajah, ok jom balik. Perut dah lapar! Plannya nak makan area resort je. Oh ya, kitorang stay kat Bayou Lagoon Park Resort, Bukit Katil. So ingat nak makan area tu je sebab dah tak kuasa nak hala ke bandar dengan peluh dan belengas. Kesian kat Zhafran satu hal. Bagi dia rest and tidur dulu. Kalau tak, cranky. Last2 tak jadi. Kitorang decide amik room service je. Eksyen. Hahahaha..Zhafran punya pasal.
Ok. Sambung next entry ye pasal hotel tu.


Ni time dalam kereta. Otw ke Melaka. 

Alololo..Suka buat muka camni.

Manja Umi

Ni lah dia pic kat green screen tu. Ni pic dah siap print. Price RM30 sekeping.

Peace yaw!

Burung apa tak pasti. Malas nak kenal binatang. Hahaha..

Kuda belang.

Babah dan Zhafran

Run Baby Run!

Gajah. Ok dah balik.

-peace-

Cuti panjang dah habis

Assalammualaikum,

Lama tak bersiaran. Almaklumla, orang tengah cuti ye dak? Tak kuasa nak menaip apa semua. Sempat BW pakai HP je. Hari ni dah start kerja balik. Setelah 9 hari menghabiskan masa dengan Zhafran. Huhuhuhu..Fikri pun dah keja. Semangat memang semangat. Baju pun gosok untuk seminggu siap. Hahahahaha..Tapi tulah, pagi tadi overslept pulak. Macamkan cuti lagi nak bangun pukul 8. Kekekeke..

Tengahari sikit I cerita pasal aktiviti time cuti ea. Especially pasal holiday ke Melaka hari tu. So far, everything went well. Zhafran ok. Scheduled ok. Semua ok. Nanti I cerita ek. Sabajap. Kasi can aku setel kan email2 ni haa..Muntah jugak tengok.  Kbye.