7 July 2015

RESEPI : Ayam Goreng Kunyit

Ni cerita Ahad lepas. Plan nak masak untuk buka puasa. Tapi takde idea. Mak mertua pegi pasar dan kedai Avon dia, kirim beli ayam. Dalam pada tu pikir lagi nak masak apa ayam tu. Ye2 je suruh beli ayam. Hahahaha..Last-last decide masak ayam goreng kunyit je. Sebab teringat ayam goreng Mat Rock dan sebab baca post kak Suraya. Hahaha..Lagipun ni menu simple yang dah ada sayur semua. So satu lauk dah memadai. Hahaha..

Ok. Bahan2 nya ialah: 

Ayam (prefer bahagian dada) dipotong kecik2
Kacang panjang atau kacang buncis. Potong lebih kurang seinci camtu. Besar kelingking
Carrot dipotong memanjang
Serbuk kunyit sesudu
Garam
Cili merah (ikut nak pedas mana)

Cara2 : 

Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Peram lagi lama lagi sedap.
Goreng ayam sampai separa garing. Lepas tu terus masukkan semua aksesori sayur mayur. Masuk sekali arung semua ye. Bagi ayam tu sebati dengan semua rasa. Agak2 la dah masak, angkat. Toskan minyak. Siap! Kan senang?



Bahan-bahan

Gambar tak cantik tapi tetap nak tunjuk konsep dia.


Dah masak, gaul la kicap dengan nasik panas. Layannn..
Zasss

Eh jap. Ni pulak coconut shake husband buat. Hehehehe..Dap2! Aumm



-peace-




6 July 2015

Chocolate Tarts Sedap Gila!

Habislah..dari pagi entry makan.Hahahaha..Ahh..dah 19 Ramadhan kot. Takkan terliur lagi tengok pic foods ye dak? Cerita dia camni. Sabtu malam lepas I pegi amik Chocolate Tarts yang I order via Twitter. Orang tu COD kat Taman Melati. I order dua balang. Satu bagi mak I. Satu bawak balik Sentul. Kononnya untuk raya la. Tapiiiiii...

Sampai je Sentul, I terus bukak. Sebab terpengaruh dengan review customer yang kata sedap sangat2. Ada yang last year pun beli then repeat order sampai berbalang2. Haishh..Mana tahan camni..Hahahaha..Dua layer setel dari malam tu sampai siang esoknya. (I tak boleh puasa..:P)

Memang sedap! Dia tak macam kuih yang kita makan then rasa lembik2 tepung tu. Yang ni crunchy sikit. Chocolate dia pun just nice. Tak manis sangat. Eh teringat pulak balang tu kat rumah. Semalam kemain la simpan dalam plastik konon taknak nampak depan mata. Tapi amik jugak dah sorok pun. Takde maknanya..Hahahaha...Rasa menyesal lak sebab sahur tadi tak makan. Kekekekeke..

Nindia!!


Chocolate Tart Sedap Gila!


Kasi zoom sikit



Buat masa ni order dah close. Kot2 dia amik order untuk raya haji nanti I inform eh. Amboi...Lambat lagi tu. Hahaha..Selamat terliur!

-peace-

RESEPI : Nutella Brownies 3 Bahan Je!

Assalammualaikum,

Ni cerita petang Jumaat hari tu. Balik keje awal. Pukul 4.45 dah keluar opis. Husband amik, merempit kejap je. Kul 5.05 sampai rumah. Sampai2 je tengok Zhafran tidur. I pun terus zup zap zup zap salin baju, masuk baju kotor semua dalam mesin, rendam baju Zhafran dan terus mula baking. Nampak macam supermom tak? Kah kah kah..
Haaa..Tu dia intro.

Actually nutella ni dah beli hari tu lagi. Konon2 nak buat nutella & banana sandwich makan time sahur as an alternative dari makan nasi. Tapi "ADAAA" nampak sandwich??? Hahahaha..Last2 marilah kita buat Nutella Brownies yang resepinya dah peram selama 2 tahun. Ko hado??

Bahan2 dia simple sangatttt..Nama pun 3 bahan je. So bahan2nya ialah:

Nutella ( 200g)
Tepung gandum 5 sudu besar
Telur 1 biji

Cara2 :

Gaulkan semua bahan sampai sebati. Nak pakai mixer pun boleh.. Nak pakai manual dengan tangan sesambil tambah muscle pun boleh. Macam I takde mixer so pakai manual je la. Agak2 dah sebati boleh la letak dalam cup comel tu atau loyang. Depends korangla. Nak makan potong2 macam kek ke, atau macam cupcake cecomel. Suka hati ea.Takde sapa marah.

Kalau pakai cup dapat la dalam 20 ketul depends pada cup besar mana la. Bukan cup A, cup B eh..Hahahaha..Tetttt...

Masak dalam oven pada suhu 180 dalam masa 15 minit je. Nak tengok dah masak ke belum, try la cucuk dengan lidi sikit. Kalau takde melekat maknanya dah masak. Bolehla hias topping dengan lebihan nutella ke, badam ke, cili padi ke. Sukahati!


Taraaa!!!
Ni lah hasilnya. I pakai topping cornflakes Zhafran. Sebab dia, itu je ada kat rumah. Pun bolehhhh...


I buat pakai loyang. Sebab takda pun cup comel and malas nak singgah kedai. Rasa dia memang yummy sangat. Nak2 makan panas2! Fuhhh...Kena pulak letak cornflakes, ada rangup2 sket.. *nangis*..Sedapnyaaaa..
Selamat mencuba!

-peace-



3 July 2015

Nak Makan Apa?

Assalammualaikum,

Dah 2 minggu puasa. Dah tak tau nak makan apa. Pegi bazar Ramadhan pusing sampai dua kali tapi tengok makanan pun takde feel. Murtabak, roti john, onde2, nasi tomato..Itu je ke makanan bulan puasa wei? Takde pembaharuan ke? Hahahahaha...Nak masak lagi la tak tau apa. Rasa dah taknak makan nasik dah. Nak gi makan fast food je. Boleh? Ke makan maggi? Hahaha..Teruk sangat tu.

Hari2 balik keje husband ajak gi bazar Ramadhan. Everyday dia tanya nak makan pape tak? Jawap aku "ntah la..takde apa yang terlintas"..Dalam pada takde apa tu dia usung gak aku gi bazar..Pfftt..
Memang sendu je tengok foods semua tu. Camne la nak hadap lagi dua minggu ni..Makan sambal kentang je la. Pastu goreng telur ngan gaul nasi panas dengan kicap. Heaven!

Hari ni pun dah pikir apa pulak nak makan. Tengok je la macamana ending dia karang. Hahaha..Dah la. Babai..


-peace-

Zhafran & Bunga api

Assalammualaikum,

Salam Jumaat. Penghulu segala hari. Hari dah 16 Ramadhan. Ye. Kejap je kan? Dua minggu dah puasa.. Semalam lepas berbuka ajak Zhafran main bunga api. Babah dia belikan hari tu. Hehehe..Saja bagi dia merasa main benda tu macam umi nya masak kecik. Takdalah hadap HP je kan?! Muntah aku dengar lagu Wheels On the Bus tu berkali2..Hahahaha..

Yeay!

Anak happy, Umi happy!





-peace-

1 July 2015

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015


Assalammualaikum,

Lagi dua minggu nak raya ni dah shopping ke? Kalau belum meh join GA ni. Ada rezeki menang ke mana la tau khennn..

http://www.nile.com.my/page.php?cd=101

Macam I ada few items jugak yang I berkenan. Untung dapat free laaaaagiii bagus..
Jom tengok list items I nak!


http://www.nile.com.my/images/MPGG01104.jpg
Price Meletop: RM14.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 11.00am 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 150 pieces


http://www.nile.com.my/images/BMG11020-Raya15.jpg
Product: Haniya Mix Color Blouse
Price Meletop: RM19.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 4.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 80 pieces


http://www.nile.com.my/images/WBHD65491.jpg
Product: Crocodile Design 3-in-1 Woman Bag
Price Meletop: RM28.90
Date: 03/07/2015
Time: start: 4.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 200 pieces


http://www.nile.com.my/images/WSDY16005-Raya15.jpg
Product: Bow Stylish Heels 
Price Meletop: RM11.50
Date: 01/07/2015
Time: start: 4.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 100 pairs


http://www.nile.com.my/images/BMG11020-Raya15%20(1).jpg
Product: Haniya Paisley Jubah
Price Meletop: RM29.50
Date: 06/07/2015
Time: start: 11.00am 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 100 pieces


Amacam? Lengkap la raya I kalau dapat semua ni. Ameen.

Nak join? Bolehhh..Tadek sapa marah. Klik SINI


Good luck to me and you!

Hanya Pinjaman..

Assalammualaikum,

Semua yang ada di sekeliling kita hanya la pinjaman. Umur, kebahagiaan, keluarga, harta..Semuanya. Bersyukur dan hargailah sebelum semua ditarik balik..




mode: rindu anak, rindu mak..


-peace-