10 April 2015

50% Diskaun di RSMY on Your Birthday

Assalammualaikum,

Semalam kan birthday I..3 hari sebelumnya dah bagitau Fikri nak dia belanja kat RSMY Best Cheese Naan tu. Lama dah teringin tapi tak pegi2. Last makan bulan berapa ntah. Tak ingat. Termasuk semalam kali keberapa pergi pun tak ingat. Nak dekat sepuluh kot termasuk kat Jalan TAR tu. Hahahaha..Nampak tak kesedapan dia camne? Lepas tu pulak teringat yang dekat RSMY kat Genting Klang tu ada diskaun 50% on your total bill kalau kita makan kat sana time birthday! Haaahh?? Gila weh. 50% yer! So apa lagi?? Zassss!!! Balik kerja terus ke sana. Fefeeling nak dating berdua je. Sorry Zhafran.Hehehehe..

Sampai sana orang tadek lagi. Baru bukak dalam pukul 5 kot. Kitorang sampai nak dekat pukul 6. So dah confirmkan pasal 50% diskaun tu, kitorang pun order la memacam. Eksyen kan..Lapar satu hal.
Sekali si Fikri order cheese nan 3 keping, aku nak ayam tandoori, mintak kuah dal. Memula nak beef keemma. Pastu tak jadi. Air mintak milo tabur. Fuhhh..Maveles!

Makanan pun cepat sampai.(kan tadek orang lagi)
Makan macam piranha jugak la. Lapar kan..Huhuhu..Kejap je kitorang kat sana. Dalam 6.30 dah balik. Meh sini I belanja pic bagi korang meleleh ailio tu. Sediakan tisu ek.

Oh ya total bill kitorang semalam dalam 36++. Ada GST. Kitorang just bayar RM18++ je. Enak bukan?

Ni bukti dia ye ada diskaun. (atas tu password wifi)

Dah hilang satu slice kena ngap

Slurppp

Nanges please

Yang kitorang order. Nampak tak milo tabur tu??

Happy birthday yang keTIGA....
BELAS.....

Awww..Tak tinggal tau everytime birthday I. Thanks yang.



Ok. Tu je kisah birthday i. Sila telan ailio tengok cheese tu.

-peace-


No comments: