27 April 2015

Weekend di Ampang

Assalammualaikum,

Selamat pagi Isnin! Minggu ni kena semangat sikit sebab Jumaat dan Isnin depan kan cuti? Yeayy!

Ok. Ni cerita weekend kitorang. Hari tu ajak Fikri tido rumah Kak Tasha kat Bukit Indah, Ampang tu. Selama kawin tak pernah tido situ lagi. So decide nak pegi Sabtu malam hari tu. Kitorang gerak lepas Maghrib. Siang tu ada kenduri kat seberang rumah. Sedap pulak lauk dia wehh..Ayam masak merah dia memang ikut taste I la weyhh..Teringat2. Sampai buat muka selamba tambah nasik. Kah! Sapa suruh sedap kan??

Kitorang sampai Ampang dah dekat Isyak camtu. Singgah jap tapau roti canai sedap  kat area Bukit Indah tu. Kak Tasha dah inform dia masak ayam roasted, salad, wedges dengan hot dog besar tu. Tapi sebab kitorang laki bini lapar sangat tetiba teringat roti canai tu. Pe lagi. Beli la sampai 10 keping. Boleh simpan untuk breakfast. Hahahaha..Sampai2 je terus makan. Memasing dah lapar. Duk lepak2..Borak2..Main dengan Zhafran. Tido dalam pukul 12 camtu. Best pulak duk situ. Tidur malam sejuk je. Bukit kan..Huhuhu..Nyaman je.

Pagi esok bangun2 je terus panaskan roti canai. Bagi Zhafran breakfast sekali. Pastu ajak Kak Tasha gi tempat bagi monyet makan kat Bukit Indah tu. Saje nak bawak Zhafran. Yang tu nanti up entry lain beserta gambar encik2 monyet tersebut. Dalam 15 minit kitorang duk tengok monyet tu, pastu nak pegi Uda Ocean. Beli barang2 kedai mak. Sambil2 tu duk usha2 rumah kat Ampang tu. Plan nak beli rumah kan. Kena start cari dan beli sekarang. Harga rumah makin mahal..Hmmm..Sekarang tengah survey tempat yang sesuai. Moga dipermudahkan. Ameen..
Kat Uda Ocean tu, sempat gak belikan Zhafran buku Jawi dan jigsaw puzzle untuk education.(Ada harapan umi dia yang main). Haha..Pastu kitorang pusing2 Ampang jap dan on the way balik singgah tapau nasik. Sampai rumah dah nak pukul 1. Lepak2 jap. Pastu makan. Dalam kul 3 camtu kitorang gerak balik Sentul. Sampai Sentul teringin nak minum coconut shake sedap kat Taman Dato Senu. Beli sekali pisang goreng, Minum petang la kononnya..
Sampai Sentul nak dekat Asar dah. Ok. Tu je cerita weekend kami. Dah.

-peace-

No comments: