Showing posts with label Carboot sale. Show all posts
Showing posts with label Carboot sale. Show all posts

9 March 2015

Carboot Sale Kali Ke-3

Assalammualaikum..

Amboi bagi salam. Yelah, ni entry first bulan Mac iolss. Busy tak sempat nak hapdet blog. Huhuhu..
Semalam, 8 Mac, me, husband dan abang join berniaga kat Carboot Sale lagi. Ni kali ketiga dah kitorang buat, kat tempat yang sama di Seksyen 2 Bandar Bukit Mahkota, Bangi. Sambutan Alhamdulillah ok. Kalau dapat sales more than RM50 tu memang dah ok sangat la wehh. Yelah barang ko jual berapa ringgit sangat. Paling tinggi RM10. So kalau jual t-shirt bodoh2 RM2-RM5, then dapat sales sampai RM50++ memang kira ok dah tu. Lagipun just for fun. Nak clearkan barang je. Pastu beli barang baru.. Hahaha..

Kali ni I nak cerita pasal pengalaman berniaga. Sebetulnya, I ialah sangat pemalu dan tak biasa bercakap ngan orang ramai. Aherherher..Sejak berniaga ni nak tak nak kena pandai bercakap nak bagi orang beli. Secara tak langsung menimbulkan rasa konpiden. Keh keh keh..Ayat rasa nak muntah sendirik, Heh! Ragam orang membeli pulak macam2. Dah diorang tau konsep Carboot Sale ni jual barang dengan harga yang murah (kan barang terpakai), seboleh2nya nak kita bagi sampai harga jadi seringgit. Pilu tau hakak tengok purse Charles & Keith rega RM90++ tu terjual dengan harga RM2 je. Hahahahaha..Gila wehhhh..Takpe2.. Dapat bonus ni aku nak beli MK pulak. Wakakakaka..

Ada pulak lagi yang try seluar jeans aku pastu komplen kenapa dipotong seluarnya sebab dia try kat kaki dia nampak senteng! Lak!! Yang ni aku tak paham. Tu seluar aku dah tentu la aku alter ikut size aku. Mana la nak expect aku nak jual kat CBS pastu ko datang beli so seluar tu kena ikut size ko. Aduhaii..Macam2. Tapi itulah yang kelakar dengan kerenah orang. Hahaha..Baru bisnes kecil-kecilan ni. Kalau juta2?? Amboi verangannnnn! Kah Kah Kah!

Next CBS kitorang nak buat Insya Allah awal April pulak. Dapat buat ni pun sebulan sekali je. Nak buat every week memang tak dapat la. Ni pun nak kena cari barang2 lain dah ni. 3 minggu barang sama je. Muntah tengok. 

Ni pic kat tapak semalam. Keretanya ialah dari arah amik pic ni ye. Nama Carboot Sale kan. Kang korang kata takde boot kereta pulak. Kekekekeke.

Klah. Tata!



30 January 2015

Long Weekend!

Yuhooooo!!

Long weekend yang pertama untuk tahun ni especially bagi orang yang bekerja di Wilayah Persekutuan seperti iolss. Hehehe..Ahad ni 1 Februari bersamaan dengan Hari Wilayah. So akan forward ke hari Isnin. Selasa pulak cuti Thaipusam untuk beberapa negeri. So total cuti ialah 4 hari. Iollss pulak kena cuti Rabu tu sebab jaga anak. Heww..5 hari la cuti jadinya. 

Sabtu ni pegi rumah Bangi. Ahad tu Insya Allah nak buat Carboot Sale di Seksyen 2 Bukit Mahkota,area rumah tu. Moga berjalan lancar. Ewah..

Ok. Nak balik. Babai!!


15 December 2014

Carboot Sale

Hi..
Ni nak habaq mai pasal semalam. Me,husband ngan abang join carboot sale di Seksyen 2, Bandar Bukit Mahkota,Bangi. This is our first time join benda macam ni. Sebelum ni kitorang survey dulu, tengok camne orang jual. Then,start kumpul barang. Alhamdulillah,semalam dah berjaya. Hehe..Kutipan pulak Alhamdulillah sangat memberangsangkan as a first timer. Ni yang buat semangat lagi ni. Eheheheh..Antara barang yg kitorang jual selain baju2 ialah buku,novel,brooch,keychain,kasut,handbag, and barang2 outdoor mcm kelengkapan camping and panjat gunung. Semua tu barang2 terpakai. Banyak jugak barang terjual semalam. Hehehehe...Meh layan pic2 sekitar carboot sale semalam. Zassss!!




Tata!

XOXOXO