Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

28 July 2015

REVIEW : Mango Cheesecake by Kekekekek Shop (KL/Selangor)

Assalammualaikum,

*Entry ni perlu dibaca sambil sediakan tisu untuk lap ailio*

Baru-baru ni I ada order Mango Cheesecake dari my friend. Actually I mula2 tau pasal mango cheesecake ni dari kawan-kawan kat Kuantan. Ada satu kedai kat sana jual. I pulak memang tak boleh dengar pasal kek  ni. Nak2 ada cheese. Mesti nak rasa punya. Tapi tulah. Gila pulak rasanya kalau nak ke Kuantan just to buy the cake. Hahahaha.. Kat KL pulak google2 tak pernah jumpa kat mana2 ada jual.

Kalau dah rezeki nak rasa..Kebetulan kawan I ni, pun orang Kuantan tapi duk kat KL, dia buat bisnes adik-beradik jual kek ni. Dah beberapa bulan jugak la. Tapi baru lepas raya ni I terasa nak order. Hari Jumaat hari tu I dapat lah kek yang ditunggu-tunggu sangat tu. Deliver dari Puncak Jalil. Hahahaha.. Neves ni nak rasa. *over* 

Taraaa!!

The Packaging. Kemas!

Size dia lebih kurang panjang tapak tangan dewasa. Jangan kira tapak tangan anak korang pulak.

Tengok packaging dia cantik dan kemas tau. Bekas tu boleh re-use. Kot2 korang rajin buat kek ke brownies ke. Tengok luar pun dah cantik lagilah tak sabar nak rasa kan? Sabar2. Tunggu next pic. Amboi suspen!

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Ok. Dah bukak cover. Nampak tak mangga tu? Perghh..Fresh gila kot!

Cheese dia pulak! Wuuu..Dap2!

See? Dah kena potong! Yummy!

Serius korang kena try. Konsep dia benda sedap dikongsi bersama. Dia punya rasa memang umpph sangat. But make sure kena simpan dalam freezer. Takut dia cair. Kalau ikutkan memang tak sempat simpan dalam freezer. Sebab dapat je terus nak makan sampai habis. Hahahaha..I beli ni 6 box. 1 selamat makan kat opis. 2 makan kat rumah. 3 lagi bagi mak I. Selain box kecik macam ni, diorang ada jugak jual yang big size. Macam pic bawah ni.



OK. So berminat tak nak order? Terliur tak? Don't worry. Benda boleh bincang. Hahaha..
Untuk order, boleh call / Whatsapp no. phone ni

Usin : 016-9688589

Atau visit the IG: @kekekekek_shop

Harga : Kecil = RM10  /  Besar = RM90
 Minimum order 6 small box untuk delivery atau 1 big size.

Get it? Ok. PM laju2. Jangan biar I sorang je makan kek sedap. Korang pun kena rasa. Biar sama2 menternak kolestrol dek kerana mango cheesecake terpaling sedap ni. Hahahaha

Btw, diorang boleh terima tempahan kalau ada event apa2. Whatsapp je nombor tu, ok? Paham eh?

-peace-



7 July 2015

RESEPI : Ayam Goreng Kunyit

Ni cerita Ahad lepas. Plan nak masak untuk buka puasa. Tapi takde idea. Mak mertua pegi pasar dan kedai Avon dia, kirim beli ayam. Dalam pada tu pikir lagi nak masak apa ayam tu. Ye2 je suruh beli ayam. Hahahaha..Last-last decide masak ayam goreng kunyit je. Sebab teringat ayam goreng Mat Rock dan sebab baca post kak Suraya. Hahaha..Lagipun ni menu simple yang dah ada sayur semua. So satu lauk dah memadai. Hahaha..

Ok. Bahan2 nya ialah: 

Ayam (prefer bahagian dada) dipotong kecik2
Kacang panjang atau kacang buncis. Potong lebih kurang seinci camtu. Besar kelingking
Carrot dipotong memanjang
Serbuk kunyit sesudu
Garam
Cili merah (ikut nak pedas mana)

Cara2 : 

Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Peram lagi lama lagi sedap.
Goreng ayam sampai separa garing. Lepas tu terus masukkan semua aksesori sayur mayur. Masuk sekali arung semua ye. Bagi ayam tu sebati dengan semua rasa. Agak2 la dah masak, angkat. Toskan minyak. Siap! Kan senang?



Bahan-bahan

Gambar tak cantik tapi tetap nak tunjuk konsep dia.


Dah masak, gaul la kicap dengan nasik panas. Layannn..
Zasss

Eh jap. Ni pulak coconut shake husband buat. Hehehehe..Dap2! Aumm



-peace-




6 July 2015

Chocolate Tarts Sedap Gila!

Habislah..dari pagi entry makan.Hahahaha..Ahh..dah 19 Ramadhan kot. Takkan terliur lagi tengok pic foods ye dak? Cerita dia camni. Sabtu malam lepas I pegi amik Chocolate Tarts yang I order via Twitter. Orang tu COD kat Taman Melati. I order dua balang. Satu bagi mak I. Satu bawak balik Sentul. Kononnya untuk raya la. Tapiiiiii...

Sampai je Sentul, I terus bukak. Sebab terpengaruh dengan review customer yang kata sedap sangat2. Ada yang last year pun beli then repeat order sampai berbalang2. Haishh..Mana tahan camni..Hahahaha..Dua layer setel dari malam tu sampai siang esoknya. (I tak boleh puasa..:P)

Memang sedap! Dia tak macam kuih yang kita makan then rasa lembik2 tepung tu. Yang ni crunchy sikit. Chocolate dia pun just nice. Tak manis sangat. Eh teringat pulak balang tu kat rumah. Semalam kemain la simpan dalam plastik konon taknak nampak depan mata. Tapi amik jugak dah sorok pun. Takde maknanya..Hahahaha...Rasa menyesal lak sebab sahur tadi tak makan. Kekekekeke..

Nindia!!


Chocolate Tart Sedap Gila!


Kasi zoom sikit



Buat masa ni order dah close. Kot2 dia amik order untuk raya haji nanti I inform eh. Amboi...Lambat lagi tu. Hahaha..Selamat terliur!

-peace-

RESEPI : Nutella Brownies 3 Bahan Je!

Assalammualaikum,

Ni cerita petang Jumaat hari tu. Balik keje awal. Pukul 4.45 dah keluar opis. Husband amik, merempit kejap je. Kul 5.05 sampai rumah. Sampai2 je tengok Zhafran tidur. I pun terus zup zap zup zap salin baju, masuk baju kotor semua dalam mesin, rendam baju Zhafran dan terus mula baking. Nampak macam supermom tak? Kah kah kah..
Haaa..Tu dia intro.

Actually nutella ni dah beli hari tu lagi. Konon2 nak buat nutella & banana sandwich makan time sahur as an alternative dari makan nasi. Tapi "ADAAA" nampak sandwich??? Hahahaha..Last2 marilah kita buat Nutella Brownies yang resepinya dah peram selama 2 tahun. Ko hado??

Bahan2 dia simple sangatttt..Nama pun 3 bahan je. So bahan2nya ialah:

Nutella ( 200g)
Tepung gandum 5 sudu besar
Telur 1 biji

Cara2 :

Gaulkan semua bahan sampai sebati. Nak pakai mixer pun boleh.. Nak pakai manual dengan tangan sesambil tambah muscle pun boleh. Macam I takde mixer so pakai manual je la. Agak2 dah sebati boleh la letak dalam cup comel tu atau loyang. Depends korangla. Nak makan potong2 macam kek ke, atau macam cupcake cecomel. Suka hati ea.Takde sapa marah.

Kalau pakai cup dapat la dalam 20 ketul depends pada cup besar mana la. Bukan cup A, cup B eh..Hahahaha..Tetttt...

Masak dalam oven pada suhu 180 dalam masa 15 minit je. Nak tengok dah masak ke belum, try la cucuk dengan lidi sikit. Kalau takde melekat maknanya dah masak. Bolehla hias topping dengan lebihan nutella ke, badam ke, cili padi ke. Sukahati!


Taraaa!!!
Ni lah hasilnya. I pakai topping cornflakes Zhafran. Sebab dia, itu je ada kat rumah. Pun bolehhhh...


I buat pakai loyang. Sebab takda pun cup comel and malas nak singgah kedai. Rasa dia memang yummy sangat. Nak2 makan panas2! Fuhhh...Kena pulak letak cornflakes, ada rangup2 sket.. *nangis*..Sedapnyaaaa..
Selamat mencuba!

-peace-



30 April 2015

RESEPI : Sambal Ikan Bilis + Kicap Sedap Gilerrr

Assalammualaikum,

Tak jawab dosa. Jawab gatal. Ekekekeke. Style ngurat ala rempit dulu2 kan? Sekarang style ngurat apa? Ada wechat? FB? Twitter? Eh, ye ke? Hahaha..Apa2 jelah Jemah. Bab melencong nombor 1.

Ni nak cerita pasal menu Selasa malam lepas. Malam tu kan hujan lama. Pastu MIL tak masak. Dia suruh beli lauk je. Nasik je dah masak. Disebabkan hujan, malas nak keluar plus tak lapar sangat (sebab petang tu makan sandwich O'Brien)..So decide ngan husband nak makan nasik ngan telur goreng & kicap je. Punyalah malas Ya Rabbi. Tetiba teringat sambal kicap ikan bilis feveret laki bini tu. Setel je mandi, solat semua, terus berkuntau kat dapur. Potong bawang, potong cili, siang ikan bilis. Dan tadaaa! Da siap. Senang sangat weh.. Ko masak sambil balas whatsapp pun tadek hal la. Ekekekeke..



Taraa! Ni lah dia Sambal Ikan Bilis Kicap Cili Padi. Haaa...Ko mampu bagi nama lauk dengan memasukkan semua bahan sebagai tajuk? 


Makan pulak dengan telur goreng. Ya Allah. Tolong la. Apsal sedap sangat ni. Takpe eh puji masakan sendiri. Sebab memang sedap. Hahahaha.

Nak resepi ke? Takpe. Korang taknak pun aku share jugak. Benda sedap kena share kan. Biar korang pun meleleh ailio.

Bahan-Bahan

Ikan bilis
Cili padi (3-5 biji..ikut tahap pedas korang nak)
Bawang (hiris)
Kicap (better yg manis sebab ikan bilis kan dah masin)

Cara-cara

1. Goreng ikan bilis sampai garing sikit
Siap. Angkat dulu.
2. Tumis bawang dan cili sampai layu
3. Masukkan kicap
4. Dah agak2 sekata, masukkan ikan bilis tadi dan kacau sekejap je. Siap!

Paham eh?



-peace-



27 April 2015

Portuguese Egg Tart di Cake Sense

Assalammualaikum,

Makan lagi. Yes, I'm a BIG EATER! Gituu..Pagi tadi nak gi keja dah siap2 pasang niat kat rumah nak singgah Cake Sense KLCC tu. Nak beli Portuguese Egg Tart. Minggu lepas nak beli tapi tak lalu KLCC. Hari ni nak balas dendam. Hahaha..Ikutkan nak beli sampai seploh. Amboi over..Haha..

Tolonglah..Apesal sedap sangat egg tart Cake Sense ni? Aku ada je try beli kat 7-Eleven. Tapi tak sedap. Kat Cake Sense ni, Ya Allah..Pejam2 mata sebab sedap sangat. Hari2 beli pun tak muak kot. Keh keh..Dah start minat egg tart Cake Sense ni sejak sebelum kawin lagi kot. Lama dah. And sampai sekarang rasa dia still sama. Nak tunggu aku belajar buat sendiri? Krik krik krik...

Beli je la senang. Nanti Zhafran kacau kalau nak buat sendiri. (alasan!) Hahahahaha..
Meh sini aku belanja gambar sikit..



Sedap kan nampak? Fuhhhh...

-peace-


10 March 2015

Kapten Pisang KL

Assalammualaikum,

Hi..

Uolls suka pisang goreng? Suka cheese? Hehehehe.. Sekarang kan tengah trend pisang goreng cheese. Bersepah2 dah orang jual kat KL ni. Ada certain area yang memang sedap tu dia punya queue memang rasa "eh tak kuasa la aku beratur pepanjang". Lalu berpatah balik. Kalau kita otw ke mana2 atau area rumah je boleh la cari kan kalau tetiba tekak nak makan. Tapi kalau ko punya mengidam tu datang time tengah kerja acaner?? Ada ke tengahari buta kat tengah2 kesesakan bandar ni orang jual?? Nan hadooo! Tak penah nampak lagi dik non.

Haaa...Sekarang usah gusar usah risau. Kapten Pisang KL ada penyelesaiannya!! (terpengaruh kartun kot) hahaha..

Jangan terkejut pisang goreng pun ada delivery tau! Haaa..I dah rasa baru jap tadi. Gigih walaupun mulut kena ulser tapi tetap piranha. Tak sabar langsung nak makan. Baru je lunch padahal. Korang boleh usha bawah ni details dia. Priority dia deliver to office. Kalau kat rumah, eh ko gi beli sendiri lah! Jangan malas. Nanti kapten marah. Ekekekeke...







Details to order [UPDATED]
Boleh jugak visit their IG, @kaptenpisang ye bro and sis

Ni rupa Jumbo. Boleh choose up to 4 flavour (24 pieces)

Ni iolss punya. Choc cheese.

[UPDATED] Kapten Pisang juga ada buat weekend self-pick up di certain area. Haa..Kalau nak tau, follow la IG diorang ni eh? Eh?

So apa lagi? Try la. Memang sedap and recommended! Choc and cheese dia memang telan ailio la korang tengok wehhh!! Cepat order tau!

Tata!



8 January 2015

Jalan-jalan Cari Makan

Haaa tajuk..Dah kenapa kan tetiba up cerita pasal makan? Tu tandanya makcik ni tengah lapar. Hik hok..

Bila mengenang kembali kesukaan iolss menerjah tempat makan yang ada menu feveret iols and husband, lebih baik lah kita share tempat2 tu ye dak? Sambil2 air liuq pun bertakung. Ngeh ngeh..

Ok. Jom!

1) Chicken Chop - First choice iolss kalau cakap pasal western food. Mane2 restoran kalau ada western food mesti ini la yang di-try iolss. Setakat ni chicken chop yang tersedap pernah rasa ialah di Restoran Al-Azmi, Bandar Baru Sentul. Iolss penah post pasal ni dalam entri INI. Harga makanan kat sini semuanya berpatutan. Sedap dan service cepat. Suasana pun cozy2 gitu. Ada pilihan meja makan biasa atau ala2 pondok boleh bersila. Recommended!

2) Spaghetti - Ini lagi satu feveret iolss. Lately ni suka makan spaghetti carbonara. Kalau nak cakap pasal spaghetti bolognese, Secret Recipe is the best choice. Tapi tapi tapi...spaghetti carbonara yang tersedap ialah di Daddy'z Gurl Cafe. Haihh..nangis la kalau teringat kesedapan carbonara dia. Memang rasa dia ummphh and creamy. Boleh view blog dia kat link tu. Harga berpatutan. Portion banyak boleh share 2 orang kate ko!

3) Roti Canai - Haa ko..Roti canai pun masuk list. Setakat ni roti canai yang sedap pilihan iolss ada 2 tempat. Satu di Gombak, Roti Canai Haji Mahmud, area belakang post office gombak. Satu lagi di Taman Dato Senu, Sentul. Yang dekat sini memang beratur orang nak beli. Pagi dan petang ada roti canainya. Asal weekend je memang ramai oang. Lokasinya ialah di kawasan shop lot / tapak pasar malam Dato Senu. Kedai hujung sekali opposite mamak. [UPDATE] Dah ada lagi satu lokasi sedap roti canai Melayu. Di medan selera Bukit Indah, Ampang. Cari kedai atas2 sikit kena naik tangga. Sebelah dia kedai tomyam.

4) Burger - Makanan feveret laki bini. Kalau nak burger bakar, pilihan we olls of coz la Burgerbyte. Boleh kate wajib ke sini sebulan sekali la. Keh keh..Muka pun bulat da macam burger.  Kalau dah sebut burger bakar, regenya of coz la mahal dari burger biasa. Tapi berbaloi makan kat sini dan harga standard dalam belas2 ringgit and comes with set (air & fries). Kitorang selalu makan yang kat Sentul ni jelah sebab sah dekat ngan rumah kan. Kat tempat lain pun ada. Silalah try and boleh surf website dia untuk info.

5) Roti Naan - Roti naan best in town haruslah di RSMY Best Cheese Naan. Yang iolss tahu ada dua lokasi setakat ni. Satu di Jalan TAR dan satu lagi di Setapak, belakang Columbia Hospital. Iolss da pernah post pasal ni jugak di SINI. Dua2 tempat iolss dan husband dah try dan hampir sepuluh kali dah kami makan di RSMY ni. Koh koh koh..Nampak tak sedap tak sedap?

6) Char Kuey Teow - Mali's Corner! Siapa je yang tak kenal restoran ni. Dari stall kecil sekarang dah ada dua lot kedai di Platinum Walk, Setapak. Menu hanya dua, Char kuey teow dan nasi lemak. Harga serendah RM5 untuk biasa dengan portion yang agak banyak. Wajib try la pah bedah ye!

7) Nasi lemak - Selain nasi lemak Mali's Corner, Nasi Lemak Ujang, di Greenwood pun sedap. Since sekolah rendah dah ada kedai ni. Lokasi di shop lot sebelah hentian bas Rapid Kl. Nora bagi 4 bintang!

8) Seafood - Haa..ni jauh sikit. Kedai seafood pilihan iolss ialah di Bagan Lalang Sepang. Heww..Apa jauh benor sampai ke sana? Keh keh..Nama pun jalan2 cari makan kan. First & second time pegi tahun 2010. Masa tu belum banyak kedai bukak. Kawasan ni dekat dengan Pantai Bagan Lalang. Baru2 ni dalam bulan 10 iolss ke sana lagi dengan family. Waahh dah meriah dah! Orang dah ramai di kedai yang sama iolss pegi tu dan rasa masih sama. Sedap dan puas hati! Sambil fefeeling layan angin pantai gitu. Nama restoran tu Restoran Bayu Malam. Banyak lagi kedai yang ada tapi itu je pilihan kitorang.

9) Cendol - Yang ni kategori Desert. Kekekeke..Cendol yang sedap pilihan iolss ialah Cendol Wahab di Seri Rampai. Ramai dah tau kot kedai ni. Lagi satu cendol anney motor dekat Greenwood. Berhampiran Bazaar Mara tu. Rojak dia pun sedap. Sempat beli sehari sebelum bersalin. Mengidam punya pasal. Keh keh..

10) Satay - Last but not least, satay tersedap bukanlah Satay Kajang. Amboi statement..Hahaha..Kalau nak try silalah ke Pasar Sentul, belah petangnya pasar tu dah dibersihkan dan ada pakcik jual satay. Siap open table lagi. Enak dimakan di situ jugak panas2. Gabungan kuah dan satay yang very la the umpphh!! *nangis* Namanya Satay Kassim. Try jangan tak try!

Sekian.

Tata!

XOXOXO

p/s : entri panjang lebar yang tiada gambar..(rhyme..kikiki)

9 December 2014

Pencinta Kek

Hallu..

Alkisah,lately ni hakak suka betul makan kek. Bukan kek je. Tapi segala pastri rasa nak makan. Especially custard and cheese base. Tapi masalahnya ialah hakak tak suka baking. Tak suka kerja2 renyah macam tu. Tau siap dan makan je. Keh keh keh. Pemalas.

Pagi tadi otw pegi kerja, lalu dalam klcc. Dari semalam dah berniat nak singgah Rotiboy beli kek. Hehehe.. Dan niat tu tercapai. Gitteww.. Hakak beli Black Forest Cake since dah lama tak rasa. Asyik cheese and coklat je. Heewww... Petang2 nanti boleh la makan. 

Now, moh la kita lunch dulu apa yang patut. Kang kebulur pulak. Sebelum tu kita jamu mata dulu. Koh koh...
Dap dap!


Tata!

XOXOXO

25 November 2014

REVIEW : RSMY Best Cheese Naan

Halluu..

Cheese bedebah! Siapa yang tak suka makan cheese kan? Sedap tu nak2 bila cheese tu meleleh..Fuhhh! Heaven!

Malam minggu hari tu pegi makan dekat RSMY Best Cheese Naan dekat Danau Kota. Restoran ni memang dah femes dengan naan cheese leleh die yang memang kebaboom punye leleh! Nikmat die sampai takyah cicah kuah pun takpe. Asalnya restoran ni bukak dekat Jalan TAR area Hotel Lotus. Yang dekat situ pun dah 3 kali pegi. Takde order lain memang cheese nan tu je la. Beriani ke apa tak pandang punya. Hahahaha!

Baru2 ni diorang bukak francais (francais eh?) kat genting klang., Belakang Columbia Hospital. Sini map dia. Boleh la try sape2 penggemar cheese tu. Gerenti puas hati, Kalau nak order goreng2 sebelahnya ada NZ. Sebab RSMY ni takde goreng2. Selamat menjamu selera!



Tata!

XOXOXO!

20 November 2014

Chocolate Lasagna

Lasagna! Memang hakak peminat tegar lasagna.

Baru2 ni terbaca pasal cekelat lasagna ni. Fuhhh...Sikit lagi meleleh ailiur ni!
Nak buat malas dan tak reti jadinya kita tanya la ye sape yang boleh buat.
Hakak sanggup beli i tell u!

Ni la ghupenye Chocolate Lasagna tu; 


Pic ni hakak google je sambil lap air liur. Heh.

Akak nak paksa tokey2 kek FB buat nanti. Jaga2!!

Muahahahaha..Dasar pencinta kek tapi pemalas nak buat. Boleh?

Tata!

XOXOXO