Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

7 July 2015

RESEPI : Ayam Goreng Kunyit

Ni cerita Ahad lepas. Plan nak masak untuk buka puasa. Tapi takde idea. Mak mertua pegi pasar dan kedai Avon dia, kirim beli ayam. Dalam pada tu pikir lagi nak masak apa ayam tu. Ye2 je suruh beli ayam. Hahahaha..Last-last decide masak ayam goreng kunyit je. Sebab teringat ayam goreng Mat Rock dan sebab baca post kak Suraya. Hahaha..Lagipun ni menu simple yang dah ada sayur semua. So satu lauk dah memadai. Hahaha..

Ok. Bahan2 nya ialah: 

Ayam (prefer bahagian dada) dipotong kecik2
Kacang panjang atau kacang buncis. Potong lebih kurang seinci camtu. Besar kelingking
Carrot dipotong memanjang
Serbuk kunyit sesudu
Garam
Cili merah (ikut nak pedas mana)

Cara2 : 

Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Peram lagi lama lagi sedap.
Goreng ayam sampai separa garing. Lepas tu terus masukkan semua aksesori sayur mayur. Masuk sekali arung semua ye. Bagi ayam tu sebati dengan semua rasa. Agak2 la dah masak, angkat. Toskan minyak. Siap! Kan senang?



Bahan-bahan

Gambar tak cantik tapi tetap nak tunjuk konsep dia.


Dah masak, gaul la kicap dengan nasik panas. Layannn..
Zasss

Eh jap. Ni pulak coconut shake husband buat. Hehehehe..Dap2! Aumm



-peace-




6 July 2015

RESEPI : Nutella Brownies 3 Bahan Je!

Assalammualaikum,

Ni cerita petang Jumaat hari tu. Balik keje awal. Pukul 4.45 dah keluar opis. Husband amik, merempit kejap je. Kul 5.05 sampai rumah. Sampai2 je tengok Zhafran tidur. I pun terus zup zap zup zap salin baju, masuk baju kotor semua dalam mesin, rendam baju Zhafran dan terus mula baking. Nampak macam supermom tak? Kah kah kah..
Haaa..Tu dia intro.

Actually nutella ni dah beli hari tu lagi. Konon2 nak buat nutella & banana sandwich makan time sahur as an alternative dari makan nasi. Tapi "ADAAA" nampak sandwich??? Hahahaha..Last2 marilah kita buat Nutella Brownies yang resepinya dah peram selama 2 tahun. Ko hado??

Bahan2 dia simple sangatttt..Nama pun 3 bahan je. So bahan2nya ialah:

Nutella ( 200g)
Tepung gandum 5 sudu besar
Telur 1 biji

Cara2 :

Gaulkan semua bahan sampai sebati. Nak pakai mixer pun boleh.. Nak pakai manual dengan tangan sesambil tambah muscle pun boleh. Macam I takde mixer so pakai manual je la. Agak2 dah sebati boleh la letak dalam cup comel tu atau loyang. Depends korangla. Nak makan potong2 macam kek ke, atau macam cupcake cecomel. Suka hati ea.Takde sapa marah.

Kalau pakai cup dapat la dalam 20 ketul depends pada cup besar mana la. Bukan cup A, cup B eh..Hahahaha..Tetttt...

Masak dalam oven pada suhu 180 dalam masa 15 minit je. Nak tengok dah masak ke belum, try la cucuk dengan lidi sikit. Kalau takde melekat maknanya dah masak. Bolehla hias topping dengan lebihan nutella ke, badam ke, cili padi ke. Sukahati!


Taraaa!!!
Ni lah hasilnya. I pakai topping cornflakes Zhafran. Sebab dia, itu je ada kat rumah. Pun bolehhhh...


I buat pakai loyang. Sebab takda pun cup comel and malas nak singgah kedai. Rasa dia memang yummy sangat. Nak2 makan panas2! Fuhhh...Kena pulak letak cornflakes, ada rangup2 sket.. *nangis*..Sedapnyaaaa..
Selamat mencuba!

-peace-



30 April 2015

RESEPI : Sambal Ikan Bilis + Kicap Sedap Gilerrr

Assalammualaikum,

Tak jawab dosa. Jawab gatal. Ekekekeke. Style ngurat ala rempit dulu2 kan? Sekarang style ngurat apa? Ada wechat? FB? Twitter? Eh, ye ke? Hahaha..Apa2 jelah Jemah. Bab melencong nombor 1.

Ni nak cerita pasal menu Selasa malam lepas. Malam tu kan hujan lama. Pastu MIL tak masak. Dia suruh beli lauk je. Nasik je dah masak. Disebabkan hujan, malas nak keluar plus tak lapar sangat (sebab petang tu makan sandwich O'Brien)..So decide ngan husband nak makan nasik ngan telur goreng & kicap je. Punyalah malas Ya Rabbi. Tetiba teringat sambal kicap ikan bilis feveret laki bini tu. Setel je mandi, solat semua, terus berkuntau kat dapur. Potong bawang, potong cili, siang ikan bilis. Dan tadaaa! Da siap. Senang sangat weh.. Ko masak sambil balas whatsapp pun tadek hal la. Ekekekeke..



Taraa! Ni lah dia Sambal Ikan Bilis Kicap Cili Padi. Haaa...Ko mampu bagi nama lauk dengan memasukkan semua bahan sebagai tajuk? 


Makan pulak dengan telur goreng. Ya Allah. Tolong la. Apsal sedap sangat ni. Takpe eh puji masakan sendiri. Sebab memang sedap. Hahahaha.

Nak resepi ke? Takpe. Korang taknak pun aku share jugak. Benda sedap kena share kan. Biar korang pun meleleh ailio.

Bahan-Bahan

Ikan bilis
Cili padi (3-5 biji..ikut tahap pedas korang nak)
Bawang (hiris)
Kicap (better yg manis sebab ikan bilis kan dah masin)

Cara-cara

1. Goreng ikan bilis sampai garing sikit
Siap. Angkat dulu.
2. Tumis bawang dan cili sampai layu
3. Masukkan kicap
4. Dah agak2 sekata, masukkan ikan bilis tadi dan kacau sekejap je. Siap!

Paham eh?



-peace-