Assalammualaikum,
Hari ni iolss kerja lagi. Esok pun kejeeeeeeeee...I memang suka keja. *matakeatastangandibahu*
Insya Allah tahun ni beraya di kampung husband kat Pekan Nenas, Johor, Nanti I bawak balik nenas ye. Kitorang balik mungkin Jumaat malam. Ahad balik sini balik. Rabu baru start kerja. Hari ni pun kat KL dah lengang dah jalan. Highway pulak jammed. Bertabahlah korang.
Esok company bagi 1/2 day. Pukul 3 la tapinya. Ok la kan dari takde. Company husband 1/2 day pukul 1.
Tahun ni tak excited sangat nak raya. Baju pun ala kadar je persiapan. Baju Zhafran je banyak beli. Kuih raya pun dah nak habis I kerjakan. Kah kah. Oh ye, hari ni along I dari Cambodia balik. Beraya kat sini. Nasib dia cuti lama sebab tak sempat kot jumpa dia raya pertama ni. Hmm..Selamat Hari Raya along. *tetiba sangat*
Ok lah. Di kesempatan ini, I nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat, Maaf Zahir dan Batin. Ampun dan maaf kiranya ada penulisan I yang menyinggung perasaan sesiapa. Kepada yang balik kampung, drive safely. Biar lambat asal selamat. Ingat keluarga yang menanti di kampung. Raya2 ni, makan tu jaga lah sikit. Jangan jadi macam I tahun lepas. Pas raya cirit birit. Puihhh..hahahaha..
Ok. Selamat Hari Raya!
Sebelum tu terimalah seketul....
-peace-
