Showing posts with label RSMY. Show all posts
Showing posts with label RSMY. Show all posts

10 April 2015

50% Diskaun di RSMY on Your Birthday

Assalammualaikum,

Semalam kan birthday I..3 hari sebelumnya dah bagitau Fikri nak dia belanja kat RSMY Best Cheese Naan tu. Lama dah teringin tapi tak pegi2. Last makan bulan berapa ntah. Tak ingat. Termasuk semalam kali keberapa pergi pun tak ingat. Nak dekat sepuluh kot termasuk kat Jalan TAR tu. Hahahaha..Nampak tak kesedapan dia camne? Lepas tu pulak teringat yang dekat RSMY kat Genting Klang tu ada diskaun 50% on your total bill kalau kita makan kat sana time birthday! Haaahh?? Gila weh. 50% yer! So apa lagi?? Zassss!!! Balik kerja terus ke sana. Fefeeling nak dating berdua je. Sorry Zhafran.Hehehehe..

Sampai sana orang tadek lagi. Baru bukak dalam pukul 5 kot. Kitorang sampai nak dekat pukul 6. So dah confirmkan pasal 50% diskaun tu, kitorang pun order la memacam. Eksyen kan..Lapar satu hal.
Sekali si Fikri order cheese nan 3 keping, aku nak ayam tandoori, mintak kuah dal. Memula nak beef keemma. Pastu tak jadi. Air mintak milo tabur. Fuhhh..Maveles!

Makanan pun cepat sampai.(kan tadek orang lagi)
Makan macam piranha jugak la. Lapar kan..Huhuhu..Kejap je kitorang kat sana. Dalam 6.30 dah balik. Meh sini I belanja pic bagi korang meleleh ailio tu. Sediakan tisu ek.

Oh ya total bill kitorang semalam dalam 36++. Ada GST. Kitorang just bayar RM18++ je. Enak bukan?

Ni bukti dia ye ada diskaun. (atas tu password wifi)

Dah hilang satu slice kena ngap

Slurppp

Nanges please

Yang kitorang order. Nampak tak milo tabur tu??

Happy birthday yang keTIGA....
BELAS.....

Awww..Tak tinggal tau everytime birthday I. Thanks yang.



Ok. Tu je kisah birthday i. Sila telan ailio tengok cheese tu.

-peace-


8 January 2015

Jalan-jalan Cari Makan

Haaa tajuk..Dah kenapa kan tetiba up cerita pasal makan? Tu tandanya makcik ni tengah lapar. Hik hok..

Bila mengenang kembali kesukaan iolss menerjah tempat makan yang ada menu feveret iols and husband, lebih baik lah kita share tempat2 tu ye dak? Sambil2 air liuq pun bertakung. Ngeh ngeh..

Ok. Jom!

1) Chicken Chop - First choice iolss kalau cakap pasal western food. Mane2 restoran kalau ada western food mesti ini la yang di-try iolss. Setakat ni chicken chop yang tersedap pernah rasa ialah di Restoran Al-Azmi, Bandar Baru Sentul. Iolss penah post pasal ni dalam entri INI. Harga makanan kat sini semuanya berpatutan. Sedap dan service cepat. Suasana pun cozy2 gitu. Ada pilihan meja makan biasa atau ala2 pondok boleh bersila. Recommended!

2) Spaghetti - Ini lagi satu feveret iolss. Lately ni suka makan spaghetti carbonara. Kalau nak cakap pasal spaghetti bolognese, Secret Recipe is the best choice. Tapi tapi tapi...spaghetti carbonara yang tersedap ialah di Daddy'z Gurl Cafe. Haihh..nangis la kalau teringat kesedapan carbonara dia. Memang rasa dia ummphh and creamy. Boleh view blog dia kat link tu. Harga berpatutan. Portion banyak boleh share 2 orang kate ko!

3) Roti Canai - Haa ko..Roti canai pun masuk list. Setakat ni roti canai yang sedap pilihan iolss ada 2 tempat. Satu di Gombak, Roti Canai Haji Mahmud, area belakang post office gombak. Satu lagi di Taman Dato Senu, Sentul. Yang dekat sini memang beratur orang nak beli. Pagi dan petang ada roti canainya. Asal weekend je memang ramai oang. Lokasinya ialah di kawasan shop lot / tapak pasar malam Dato Senu. Kedai hujung sekali opposite mamak. [UPDATE] Dah ada lagi satu lokasi sedap roti canai Melayu. Di medan selera Bukit Indah, Ampang. Cari kedai atas2 sikit kena naik tangga. Sebelah dia kedai tomyam.

4) Burger - Makanan feveret laki bini. Kalau nak burger bakar, pilihan we olls of coz la Burgerbyte. Boleh kate wajib ke sini sebulan sekali la. Keh keh..Muka pun bulat da macam burger.  Kalau dah sebut burger bakar, regenya of coz la mahal dari burger biasa. Tapi berbaloi makan kat sini dan harga standard dalam belas2 ringgit and comes with set (air & fries). Kitorang selalu makan yang kat Sentul ni jelah sebab sah dekat ngan rumah kan. Kat tempat lain pun ada. Silalah try and boleh surf website dia untuk info.

5) Roti Naan - Roti naan best in town haruslah di RSMY Best Cheese Naan. Yang iolss tahu ada dua lokasi setakat ni. Satu di Jalan TAR dan satu lagi di Setapak, belakang Columbia Hospital. Iolss da pernah post pasal ni jugak di SINI. Dua2 tempat iolss dan husband dah try dan hampir sepuluh kali dah kami makan di RSMY ni. Koh koh koh..Nampak tak sedap tak sedap?

6) Char Kuey Teow - Mali's Corner! Siapa je yang tak kenal restoran ni. Dari stall kecil sekarang dah ada dua lot kedai di Platinum Walk, Setapak. Menu hanya dua, Char kuey teow dan nasi lemak. Harga serendah RM5 untuk biasa dengan portion yang agak banyak. Wajib try la pah bedah ye!

7) Nasi lemak - Selain nasi lemak Mali's Corner, Nasi Lemak Ujang, di Greenwood pun sedap. Since sekolah rendah dah ada kedai ni. Lokasi di shop lot sebelah hentian bas Rapid Kl. Nora bagi 4 bintang!

8) Seafood - Haa..ni jauh sikit. Kedai seafood pilihan iolss ialah di Bagan Lalang Sepang. Heww..Apa jauh benor sampai ke sana? Keh keh..Nama pun jalan2 cari makan kan. First & second time pegi tahun 2010. Masa tu belum banyak kedai bukak. Kawasan ni dekat dengan Pantai Bagan Lalang. Baru2 ni dalam bulan 10 iolss ke sana lagi dengan family. Waahh dah meriah dah! Orang dah ramai di kedai yang sama iolss pegi tu dan rasa masih sama. Sedap dan puas hati! Sambil fefeeling layan angin pantai gitu. Nama restoran tu Restoran Bayu Malam. Banyak lagi kedai yang ada tapi itu je pilihan kitorang.

9) Cendol - Yang ni kategori Desert. Kekekeke..Cendol yang sedap pilihan iolss ialah Cendol Wahab di Seri Rampai. Ramai dah tau kot kedai ni. Lagi satu cendol anney motor dekat Greenwood. Berhampiran Bazaar Mara tu. Rojak dia pun sedap. Sempat beli sehari sebelum bersalin. Mengidam punya pasal. Keh keh..

10) Satay - Last but not least, satay tersedap bukanlah Satay Kajang. Amboi statement..Hahaha..Kalau nak try silalah ke Pasar Sentul, belah petangnya pasar tu dah dibersihkan dan ada pakcik jual satay. Siap open table lagi. Enak dimakan di situ jugak panas2. Gabungan kuah dan satay yang very la the umpphh!! *nangis* Namanya Satay Kassim. Try jangan tak try!

Sekian.

Tata!

XOXOXO

p/s : entri panjang lebar yang tiada gambar..(rhyme..kikiki)

25 November 2014

REVIEW : RSMY Best Cheese Naan

Halluu..

Cheese bedebah! Siapa yang tak suka makan cheese kan? Sedap tu nak2 bila cheese tu meleleh..Fuhhh! Heaven!

Malam minggu hari tu pegi makan dekat RSMY Best Cheese Naan dekat Danau Kota. Restoran ni memang dah femes dengan naan cheese leleh die yang memang kebaboom punye leleh! Nikmat die sampai takyah cicah kuah pun takpe. Asalnya restoran ni bukak dekat Jalan TAR area Hotel Lotus. Yang dekat situ pun dah 3 kali pegi. Takde order lain memang cheese nan tu je la. Beriani ke apa tak pandang punya. Hahahaha!

Baru2 ni diorang bukak francais (francais eh?) kat genting klang., Belakang Columbia Hospital. Sini map dia. Boleh la try sape2 penggemar cheese tu. Gerenti puas hati, Kalau nak order goreng2 sebelahnya ada NZ. Sebab RSMY ni takde goreng2. Selamat menjamu selera!



Tata!

XOXOXO!