Showing posts with label Cheesecake. Show all posts
Showing posts with label Cheesecake. Show all posts

28 July 2015

REVIEW : Mango Cheesecake by Kekekekek Shop (KL/Selangor)

Assalammualaikum,

*Entry ni perlu dibaca sambil sediakan tisu untuk lap ailio*

Baru-baru ni I ada order Mango Cheesecake dari my friend. Actually I mula2 tau pasal mango cheesecake ni dari kawan-kawan kat Kuantan. Ada satu kedai kat sana jual. I pulak memang tak boleh dengar pasal kek  ni. Nak2 ada cheese. Mesti nak rasa punya. Tapi tulah. Gila pulak rasanya kalau nak ke Kuantan just to buy the cake. Hahahaha.. Kat KL pulak google2 tak pernah jumpa kat mana2 ada jual.

Kalau dah rezeki nak rasa..Kebetulan kawan I ni, pun orang Kuantan tapi duk kat KL, dia buat bisnes adik-beradik jual kek ni. Dah beberapa bulan jugak la. Tapi baru lepas raya ni I terasa nak order. Hari Jumaat hari tu I dapat lah kek yang ditunggu-tunggu sangat tu. Deliver dari Puncak Jalil. Hahahaha.. Neves ni nak rasa. *over* 

Taraaa!!

The Packaging. Kemas!

Size dia lebih kurang panjang tapak tangan dewasa. Jangan kira tapak tangan anak korang pulak.

Tengok packaging dia cantik dan kemas tau. Bekas tu boleh re-use. Kot2 korang rajin buat kek ke brownies ke. Tengok luar pun dah cantik lagilah tak sabar nak rasa kan? Sabar2. Tunggu next pic. Amboi suspen!

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Ok. Dah bukak cover. Nampak tak mangga tu? Perghh..Fresh gila kot!

Cheese dia pulak! Wuuu..Dap2!

See? Dah kena potong! Yummy!

Serius korang kena try. Konsep dia benda sedap dikongsi bersama. Dia punya rasa memang umpph sangat. But make sure kena simpan dalam freezer. Takut dia cair. Kalau ikutkan memang tak sempat simpan dalam freezer. Sebab dapat je terus nak makan sampai habis. Hahahaha..I beli ni 6 box. 1 selamat makan kat opis. 2 makan kat rumah. 3 lagi bagi mak I. Selain box kecik macam ni, diorang ada jugak jual yang big size. Macam pic bawah ni.



OK. So berminat tak nak order? Terliur tak? Don't worry. Benda boleh bincang. Hahaha..
Untuk order, boleh call / Whatsapp no. phone ni

Usin : 016-9688589

Atau visit the IG: @kekekekek_shop

Harga : Kecil = RM10  /  Besar = RM90
 Minimum order 6 small box untuk delivery atau 1 big size.

Get it? Ok. PM laju2. Jangan biar I sorang je makan kek sedap. Korang pun kena rasa. Biar sama2 menternak kolestrol dek kerana mango cheesecake terpaling sedap ni. Hahahaha

Btw, diorang boleh terima tempahan kalau ada event apa2. Whatsapp je nombor tu, ok? Paham eh?

-peace-



10 November 2014

RESEPI (yang baru nak cuba)

Hallu.........

Memandangkan hakak ni seorang yang suka makan dan mengunyah, so hakak selalu la menggoogle macam2 resepi mudah untuk breakfast or hi tea. (tak minat dengan lauk pauk..haha). Lepas google, copy dan peram. Buatnye tak tau bila. Heh.

Di bawah ni meh la hakak share sikit resepi pilihan hakak yang diintai dari beberapa blog.

1) RESEPI LASAGNA ROTI (roti gardenia tu je)

Lasagna ni memang feveret hakak. Bila jumpa resepi mudah yg boleh pakai roti ni hakak pun melonjak suka la. (ok,tipu. tak melonjak. teruja je).

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 3 biji kentang di potong dadu kecil 
  • 500gm daging cincang 
  • 1 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 biji tomato 
  • 1 sudu besar serbuk kari 
  • 1 sudu besar cili giling 
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor 
  • secubit garam
  • Parutan cheese / mozzarella
  • Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara

  1. Tumis bawang hingga layu,masukkan cili giling dan kari.Tumis hingga pecah minyak.Masukkan daging.Biarkan hingga daging empuk.Masukkan kentang.Kacau sebati.Sesuaikan rasa
  2. Satukan Susu+telor+secubit garam
  3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
  6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat 
  11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.Enak dimakan bersama sos cili dan mayonis




Amacam? Tergoda? Marilah try beramai2 ye.

2) RESEPI CHEESECAKE BISCUIT MUDAH BANGETTT (Ciskut)

Yang ni resepi senang. Takyah bakar ke ape. Pejam mata je. Amboii..Kalau pejam camne nak buat ye dak?

Bahan-bahan ( 1 loyang )

  • 250g cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat
  • Biskut hup seng deluxe crackers
  • Susu full cream
  • Nestum

Cara-cara

  1. Putar cream cheese sampai lembut.
  2. Masukkan susu pekat. Kalau suka manis, tambahla lagi.
  3. Putar lagi sampai sebati.
  4. Celup biskut dalam susu dan susun dalam loyang or tupperware.
  5. Sapu cream cheese kat atas biskut, tak payah tebal sgt dan tabur nestum.
  6. Celup biskut dan susun atas cheese. Ulang layer sampai habis.
  7. Layer cheese atas sekali biarkan tebal dari layer2 bawah. Tabur nestum.
  8. Masukkan dlm peti sejuk bagi keras semalaman.




Ok. dap dap!

Share dua resepi dulu la. Next time resepi lain plak hakak share.

Tata!

XOXOXO