Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

13 July 2015

Apa Itu Eczema?

Assalammualaikum,

Hari ni mood ke laut. Sejak weekend. +___+. Just nak share pasal artikel husband share. Alhamdulillah Zhafran punya eczema dah kurang sikit sejak kitorang pakai minyak kelapa dara. Kulit dia dah tak kering. Zhafran jugak ada minum ubat nama Aerius. Everyday minum untuk kurangkan gatal. Eczema memang takkan hilang. Kita just boleh kurangkan je ye. Apa punca sebenar eczema? Macamana nak prevent dia? Here you go!




Bagaimana eczema merebak


Yang penting kulit kena sentiasa lembap


Ibu bapa yang anak kecilnya kena eczema ni jangan stress. Insya Allah akan pulih. Penasihat tak bertauliah memang ramai kat luar tu tapi hanya kita yang tau apa terbaik untuk anak kita. Selain dari tips dia atas, mungkin jugak boleh cuba untuk pantangkan makanan dia dan tukar susu formula (susu lembu) kepada susu soya. kalau BF, si ibu kena la berpantang makan sikit ye. 
Harap membantu!

-peace-

6 January 2015

TIPS : Hilangkan kuping di kulit kepala bayi

Kuping @ kelemumur @ kerak di kepala baby adalah normal sejak lahir. Benda alah tu akan hilang mengikut peredaran masa. Ewahh.. Makin besar makin hilang la dia. Depends pada baby tu. Macam Zhafran still ada lagi kuping tu walau sekelumit. Gusar jugak kengkadang tengok die tergaru2 especially time tidur. Jadi bila dipikirkan tak boleh dipandang enteng permasalahan ni! *tepuk meja*

So setelah mendapat nasihat dari pakar iaitu mak saya, ekekekeke, caranya ialah;

Lumurkan minyak masak @ minyak zaitun pun boleh ke kepala baby. Ikut pengalaman sendiri, minyak Johnson baby tak cukup kuat untuk menghapuskan kotoran degil tu. Huhuhu.

Biarkan sekejap sampai dia meresap dan lembut. Lepas tu kikis menggunakan sikat (sebaiknya sikat kutu yang gigi rapat2 tu). Kuping tu akan tercabut dan melekat kat sikat tu. Then cucilah kepala baby tu. Buat at least 3 kali seminggu. Insya Allah.

Tata!

XOXOXO