Showing posts with label Zhafran. Show all posts
Showing posts with label Zhafran. Show all posts

18 March 2016

Life Update

Assalammualaikum,

Amboi lamanya tak update blog *tiup habuk*. Kemain malas nak menaip. Sekarang semua benda pun malas buat. Termasuk gosok baju kerja. Maigaddd..Seboleh2nya cari baju and tudung tak payah gosok. Ni semua sebab pembawakan budak la ni..Ooopss..Hahahaha

Actually takde apa pun nak cerita. Cerita memang banyak tapi pic takde and tak ingat pun apa yang I dah buat selama 2 bulan ni. Boleh gitu? Meh la sini I story mory my life update since last entry yang katanya nak pergi Lost World tapi sudahnya tiada entri berkenaan. Kui kui kui..

Macam yang I update hari tu (2 bln lepas..:P), I dengan family in law pergi bercuti ke Lost World of Tambun Resort and Spa. Just for 1 night je. Kitorang gerak pagi Sabtu and sampai sana time Zuhur. Check in, solat, salin baju then pergi main water park. Tengah panas terik ye sedara sedari. Orang ramai jugak walaupun hanyalah cuti Hari Wilayah. Ramai macam ada family day company la. Since cuaca panas and orang ramai, Zhafran pun macam takde mood sangat nak main. Plus dia belum tidur lagi. Naik tren pusing park tu pun tak banyak cakap. Diam je. Ngantuk lettew..Sudahnya pukul 4 kitorang naik bilik. Tinggal Kak Tasha, husband dia and Zuma (SIL) sambung main. Since malam nanti nak pergi lagi situ untuk mandi air panas, so better la bawak Zhafran charge energy dulu sebelum dia cranky. 

Masuk bilik, mandi, menyusu tapi taklah pulak dia tidor terus. Around 6pm baru tidur. Dengan Umi sekali tidur. Pukul 6.30 camtu diorang nak keluar makan. So Fikri pergi la dengan diorang sebab taknak kejut Zhafran. Karang mengamuk pulak. Fikri just tapau untuk aku. Then kul 9 malam kitorang pergi mandi air panas. I just celup kaki je sebab datang bulan. Mencik! Esoknya breakfast, check out dan balik. Tu je. Seram kan?

 See? Muka masam

 Pic kenangan

 Panas lit lit


Haiwan2 yang sempat Zhafran pow kat kedai souvenir


Ok. Then next weeknya cuti CNY pulak. I balik Raub sebab ada gathering #GenerasiLebaiSidek, Yakni, Ayah kepada moyang I. So kiranya yang berkumpul tu start dari anak2 Sidek (moyang2 I),cucu2 Sidek(tok nenek I),cicit2 Sidek (mak, makcik dan pakcik I) dan sepupu2 & dua pupu2 I. Haaa..Ramaikan? Sepanjang hari tu kitorang just buat aktiviti macam family day biasa. Sukaneka, acara kanak2, makan dan lucky draw. Setiap waris ada theme colour contoh waris dari moyang I baju warna biru. So far ok lah. First time buat. Semua happy dapat berkumpul ramai-ramai macam tu which is bukan senang ye. Kenduri-kendara pun tak dapat macam tu, Iolls bagi 5 Ha Ha Ha Ha Ha. *tetiba*

My family

Team Waris Siti Hawa

#GenerasiLebaiSidek..yeay!


Lepas CNY, long weekend pun tamat. Until end of Feb, cousin Fikri pulak kahwin. Boleh kata cousin rapat jugak and duduk belakang rumah je. Wedding dia hari Ahad. Dari Jumaat malam dah ada dah acara malam berinai, Sabtu pagi aqiqah anak buah dia, lepas Zuhur nikah, malam tukar2 baju sampailah kenduri besar hari Ahad. Cerita dia, dari Jumaat malam kitorang makan complete kat rumah dia. Dari breakfast sampai dinner. Yang ni pun I bagi 5 HA sebab takyah masak pun. Kih kih kih.

Pink-Qu puteh

Pengantin lama dan baru

Next weeknya (5hb Mac) kitorang pergi kenduri belah laki pulak dekat Kuantan. Walaupun banyak keributan berlaku, motif I pergi sana sebab nak jumpa sahabat I Shah and wife dia je yang buat bisnes roti sekarang. I geram je tengok FB nak rasa roti dia. Alhamdulillah tercapai. Hehehe..So orang Kuantan bolehla try Roti Jasmine atau follow FB dia ye. Roti Jasmine
Home made roti yang dijamin halal, lembut dan gebu gebas.
*sesambil promote*

Makan malam di Teluk Cempedak

Ni la dia Roti Jasmine. Butterscotch and cheese flavour

Oh ye, 19 Feb hari tu I dapat sorang lagi anak buah. Anak Along I and Kak Ind wife dia. Baby boy. Nama dia Ezrafiq. Simple je kan. Hehehe..Now dah sebulan la usia dia. Bertambah ahli keluarga Edrus & Norhayati. And more to come. :P

Ezrafiq Bin Norjufri Nizar

Hi Hensem

Zhafran pulak sekarang kemain cranky. Macam tau2 je nak dapat adik. Dia punya tantrum tu memang urut dada la. I faham dia nak perhatian. Don't worry sayang. You will always be my fav boy. MMuahhhh.. *sebak*




Eh tu je la. Bagus tak I compile semua cerita? Hahahaha..Cepat kasi I hadiah.


-peace-

8 December 2015

Thistle Port Dickson Resort and Spa

Assalammualaikum,

Aduiii dui duiii..Kemain lemau nak update blog. Sempena 2015 yang bakal menutup tirai lagi berapa minggu je, marilah sini I hiasi sikit blog ni dengan gambar-gambar percutian 2D1N ke Port Dickson (macam jauh jeeerrr). Actually Fikri yang dapat holiday voucher ni dari Boss dia. Last year dia dapat voucher ke Sunway Lagoon Hotel. This year ada few choices but kitorang pilih PD je. Senang. Hotel yang kitorang entitled untuk stay di PD ialah Thistle Port Dickson Resort and Spa. Dah lama sebenarnya nak rasa stay kat hotel ni. Tapi tak pergi2 pun. Dah dapat peluang ni syukur Alhamdulillah sangat la. Hahahaha..

Kitorang check in 27hb November Jumaat. Esoknya 28hb November tu birthday Zhafran ke-2 tahun. So ni kira birthday trip untuk dia la. Padahal mak dia je excited lebih. Kekekekeke..Tak susah pun nak cari hotel ni. Lebih kurang 5km dari Pantai Teluk Kemang. Straight je then akan nampak signboard ke jalan masuk Thistle ni besar2. So far puas hati dengan hotel ni. Urusan check in cepat walaupun kat kaunter tu nampak ramai je orang baru sampai. Tapi bad luck sebab dapat bilik view pintu masuk ke hotel. Kat lobby tu.. Kah kah kah..Tak dapat view swimming pool. Room condition pun ok. Ada iron. Hahahaha..Makanan breakfast esok tu pun ok. Room service dia agak mahal. Tak jadi nak try. Heh. Petang lepas check in tu kitorang just lepak hotel. Turun mandi pool awal jugak dalam pukul 3 lebih. Kitorang je ada time panas2 tu then datang 3 beranak Chinese family. Fikri yang ajak turun awal sebab petang2 kat situ hujan. Memang betul pun. Kitorang stop dalam pukul 5 sebab dah gelap and takde warning apa terus zassss hujan lebat. Hahahaha..Nasib dah puas mandi. Naik bilik, mandi and bagi Zhafran makan and menyusu. Dalam pukul 5.30 tu kitorang turun untuk round kat area hotel tu. Luckily kat situ ada playground dan jugak Lego Room. Zhafran apa lagi. Nampak gelongsor je terus tak ingat dunia. Turun naik banyak kali pun tak bosan. Lantak situ. Asal bahagia. Hahahaha..Dah puas main, dalam pukul 6 lebih kitorang naik bilik sebab Umi Zhafran mengantuk sangat. Nak kena tidur dulu before gi makan malam. Ingat nak tidurkan Zhafran je, dengan kitorang sekali tertidur. Sedar2 dah Maghrib. Lepas solat terus keluar pergi makan. Dah decide nak makan kat Mimi's Seafood. Dekat dengan Kemang Indah Apartment. Pernah makan situ sekali. Sedap especially ayam black pepper. Tu yang repeat. Malas nak pikir tempat lain. Lepas makan terus balik hotel. Sebelum naik bilik, bawak Zhafran main kat Lego Room pulak. Sampai pukul 10. Then naik bilik, tidur, Esoknya lepas breakfast, mandi swimming pool kejap. Naik bilik, mandi then tidurkan Zhafran dulu before check out. Destinasi kitorang lepas check out ialah Alive 3D Art Gallery dekat Lukut. 

See ya in next entry!


Katil dia besar jugak. Tak dan nak amik pic bilik. Sampai2 makan nasi ayam yang dah tapau siap2.

Thistle Port Dickson

3 petang

Penselfiean

Layan Zhafran mandi. Air tu paras dia je. Hahaha..Takyah pakai pelampung pun

Anak beranak

Motifnya nak amik pic aeroplane tu je. Nampak?

Babah je rajin layan. Umi busy amik gambar

Sejenis kawad??

"Bang,bang"..ujar Zhafran merujuk kepada kapal terbang. Hahaha

"Ye Umi panggil Zhafran?"

My Sweetheart

Run Baby Run!

Cantik kan?

Ni la playground tu. Not bad la.

Time dinner dekat Mimi's Seafood

The next day. Before gi breakfast.

28th November. Happy Birthday Zhafran sayang!

Love you so much baby boy!



-peace-






11 May 2015

Lawatan Muhibah ke KLCC

Assalammualaikum,

Busynya lately. Tak sempat nak update blog. Hmm..Ni cerita Sabtu baru ni. Petang2 tu macam bosan je duk rumah. Pastu Fikri ajak keluar gi Festival City. Ok la. Terus siap2. Kitorang pegi ikut jalan Genting Klang. Bila lalu situ Zhafran nampak KLCC dari jauh. Dia melambai2 la macamkan KLCC nampak dia. Duk sebut "Ci Ci Ci". Kesian pulak. Asyik tengok dari jauh. Hahaha..last2 Fikri tukar fikiran. Kita pegi KLCC je lah. Bawak dia jalan kat taman. Aku pulak? Suka sangat laaa..KLCC kot..Dah macam rumah kedua iolls..Hahahahha

Sampai je KLCC terus menuju ke taman. Sakan la Zhafran nampak air pancut. Boleh dia nak masuk dalam air tu? Sabar je la..Pastu tunjuk menara KLCC tu dekat2 kat dia. Suka la dia.."Tu..tu"..Alololo..Anak umi dah pandai cakap la..Pastu jalan2 la kat situ sampai ke taman permainan. Kat sini lagilah kemain konfiden dia pegi ke kolam mandi tu. Babah dia pulak rajin nak bawak Zhafran mandi. Dengan tak bawak bajunya. Tinggal dalam kereta sebab tak expect nak mandi.
Lantak la situ mandi pakai pampers. Nasib pampers ada satu dalam handbag. Tuala kecik pun ada. Mandi la anak. Mandilaaahhh. Umi amik gambar je pastu selfie jap. Amik pic KLCC bajet tourist. Hahaha..Ada la 20 minit kot kitorang biar Zhafran main air tu. Pastu ajak balik sebab nak pegi rumah opah pulak. 

Nurul Azima pulak bila dah masuk KLCC mulalah saka makan tu datang. Ajak Fikri makan kat Wendy's. Teringin pulak. So pegilah..Then balik. Tu lah dia kisah weekend kami. Seram kan?




Orang ramai. Weekend kan.

Saje je amik pic batu ni

Budak pakai pampers

Babah mithali. Umi malas basah2 seluar.

Pic wajib

Batu tu yang dia sibuk nak panjat

Yeay! Berjaya!

Konon catwalk la kat stage

Eeeii..Geram!

Bila panas tapi nak selfie. Mata sepet la

Sendiri kagum dengan pic amik sendiri ni. Hahahah..Tepuk tangan sikit!

Ni masa makan kat Wendy's. Gambar food tadek.

-peace-


9 April 2015

Kemang Indah Kondominium,Port Dickson

Assalammualaikum,

Baru sempat nak update kisah gi Port Dickson haritu. Cerita dia camni. Kitorang gerak hari Jumaat malam. Aku and Fikri half-day hari tu. Petang tu gerak ke Ampang amik Kak Tasha and abg Fareez. Then terus gerak ke PD. Kalau dah namanya Jumaat dan baru lepas hujan, maka apa yang jadi adik2?? Ye. Jammed! Tapi abg Fareez ni ntah celah bedah mana jalan dia ikut so kitorang dapat la keluar dari kesesakan tu.  Tapi puas jugak la nak menyampai ke Sungai Besi tu sebab tak biasa dengan jalan yang Fareez ikut tu. Dalam pas Maghrib camtu baru sampai Bangi kot. Fuhh..Then kitorang berhenti makan kat RnR Seremban sebab semua dah lapar menggila. Makan kat KFC sebab bajet food court leceh and ramai sebab banyak kereta parking situ. Sekali KFC pun beratur panjang. Sabar2. Lapar ni. Tabah je. Zup zap zup zap makan dalam pukul 9 lebih kitorang gerak. Dalam pukul 10 sampai la kitorang ke apartment tu. Tak jauh pun dari Pantai Teluk Kemang. Sampai je rest kejap pastu semua tidur. Takde pape nak buat pun..

Sabtu

Plan kami pagi tu ialah, pegi breakfast dan terus ke pantai. Kitorang makan roti canai and nasi lemak dekat restoran Asam Pedas Corner, bebetul opposite pantai Teluk Kemang tu. Siap makan terus ke pantai. Bagi Zhafran main pasir, main air laut. Time tu still early, dalam 10am camtu. Cuaca cun2 je dan orang tak ramai lagi. So best la. Kitorang lepak dalam sejam lebih je kot sampai matahari dah naik terik. Then balik apartment dulu. Rehat2 tapi Fikri and abg Fareez sambung mandi swimming pool pulak. So kitorang bertiga lepak atas je. Tengahari tu kitorang keluar lunch kat Cowboy restaurant. Kedai ni memang femes, ramai orang. Sedap dan simple je menu. Air pun dua jenis je. Takyah pening kepala eh nak pikir lama2. Cakap je berapa set nasik nak, air apa. Menu dia ayam bakar je. Dengan sos sedap gila dan sup. Siapa nak chicken wing amik sendiri kat depan2 tu, ada orang bakar. Siap makan, balik bilik solat dulu then tidurrr...Sampai kul 3 camtu semua bangun. Lapar lagi. Pffttt..Nilah dia kalau holiday. Makan memang perkara utama eh. So keluar la Fikri and abg Fareez gi carik kuih muih. Bawak Zhafran sekali.

Dalam pukul 5 camtu gi mandi swimming pool pulak. Sejam camtu je. (tak sampai kot?). Naik bilik, mandi, rehat2..Pastu terbaca update FB pasal helikopter terhempas. (Kena mengena apa??) Malam tu pegi makan (LAGI). Kat Mimi seafood, dekat dengan apartment. Kitorang order ayam masak black pepper, sayur kailan, telur bungkus, tomya, dan sotong goreng tepung. Sedap! Pas siap makan gi amik angin kat dataran Teluk Kemang. Dapatlah Zhafran naik kereta control tu kejap. Abis seploh ringgit babah dia bayar. Nasib nak naik. Walaupun muka ketat sebab cuak atau mematuhi peraturan jalanraya. (Sangattt). balik apartment lepak2 tengok tv, tengok berita pasal helikopter terhempas tu. Pastu aku, Zhafran dan Kak Tasha dah tidur..Mamat berdua tu ntah kul brape pagi ntah tido. 

Ahad

Nak balik dah. Pagi tu breakfast ala kadar, makan biskut. Bagi Zhafran makan. Kemas2 barang nak balik. Pastu Fikri bawak Zhafran mandi pool kejap. Sian tengok dia asyik tengok kat balkoni je orang mandi. Nak dekat pukul 10 kitorang checkout. Pastu eksyen memasing tahan perut boleh makan kat highway. Last2 semua nak makan roti canai kedai semalam tu. Heh. Siap makan balik laa...Tu je cerita dia. Seram tak? Kbye. Tengok la pic2 ni untuk tatapan kalian.

Lupa amik pic dalam rumah

Banana boat

My love

Pencakar kuning tu hilang ye. Tak dpt dikesan


Me and Kak Tasha

Cowboy restaurant



-peace-