Assalammualaikum,
Baru sempat nak update kisah gi Port Dickson haritu. Cerita dia camni. Kitorang gerak hari Jumaat malam. Aku and Fikri half-day hari tu. Petang tu gerak ke Ampang amik Kak Tasha and abg Fareez. Then terus gerak ke PD. Kalau dah namanya Jumaat dan baru lepas hujan, maka apa yang jadi adik2?? Ye. Jammed! Tapi abg Fareez ni ntah celah bedah mana jalan dia ikut so kitorang dapat la keluar dari kesesakan tu. Tapi puas jugak la nak menyampai ke Sungai Besi tu sebab tak biasa dengan jalan yang Fareez ikut tu. Dalam pas Maghrib camtu baru sampai Bangi kot. Fuhh..Then kitorang berhenti makan kat RnR Seremban sebab semua dah lapar menggila. Makan kat KFC sebab bajet food court leceh and ramai sebab banyak kereta parking situ. Sekali KFC pun beratur panjang. Sabar2. Lapar ni. Tabah je. Zup zap zup zap makan dalam pukul 9 lebih kitorang gerak. Dalam pukul 10 sampai la kitorang ke apartment tu. Tak jauh pun dari Pantai Teluk Kemang. Sampai je rest kejap pastu semua tidur. Takde pape nak buat pun..
Sabtu
Plan kami pagi tu ialah, pegi breakfast dan terus ke pantai. Kitorang makan roti canai and nasi lemak dekat restoran Asam Pedas Corner, bebetul opposite pantai Teluk Kemang tu. Siap makan terus ke pantai. Bagi Zhafran main pasir, main air laut. Time tu still early, dalam 10am camtu. Cuaca cun2 je dan orang tak ramai lagi. So best la. Kitorang lepak dalam sejam lebih je kot sampai matahari dah naik terik. Then balik apartment dulu. Rehat2 tapi Fikri and abg Fareez sambung mandi swimming pool pulak. So kitorang bertiga lepak atas je. Tengahari tu kitorang keluar lunch kat Cowboy restaurant. Kedai ni memang femes, ramai orang. Sedap dan simple je menu. Air pun dua jenis je. Takyah pening kepala eh nak pikir lama2. Cakap je berapa set nasik nak, air apa. Menu dia ayam bakar je. Dengan sos sedap gila dan sup. Siapa nak chicken wing amik sendiri kat depan2 tu, ada orang bakar. Siap makan, balik bilik solat dulu then tidurrr...Sampai kul 3 camtu semua bangun. Lapar lagi. Pffttt..Nilah dia kalau holiday. Makan memang perkara utama eh. So keluar la Fikri and abg Fareez gi carik kuih muih. Bawak Zhafran sekali.
Dalam pukul 5 camtu gi mandi swimming pool pulak. Sejam camtu je. (tak sampai kot?). Naik bilik, mandi, rehat2..Pastu terbaca update FB pasal helikopter terhempas. (Kena mengena apa??) Malam tu pegi makan (LAGI). Kat Mimi seafood, dekat dengan apartment. Kitorang order ayam masak black pepper, sayur kailan, telur bungkus, tomya, dan sotong goreng tepung. Sedap! Pas siap makan gi amik angin kat dataran Teluk Kemang. Dapatlah Zhafran naik kereta control tu kejap. Abis seploh ringgit babah dia bayar. Nasib nak naik. Walaupun muka ketat sebab cuak atau mematuhi peraturan jalanraya. (Sangattt). balik apartment lepak2 tengok tv, tengok berita pasal helikopter terhempas tu. Pastu aku, Zhafran dan Kak Tasha dah tidur..Mamat berdua tu ntah kul brape pagi ntah tido.
Ahad
Nak balik dah. Pagi tu breakfast ala kadar, makan biskut. Bagi Zhafran makan. Kemas2 barang nak balik. Pastu Fikri bawak Zhafran mandi pool kejap. Sian tengok dia asyik tengok kat balkoni je orang mandi. Nak dekat pukul 10 kitorang checkout. Pastu eksyen memasing tahan perut boleh makan kat highway. Last2 semua nak makan roti canai kedai semalam tu. Heh. Siap makan balik laa...Tu je cerita dia. Seram tak? Kbye. Tengok la pic2 ni untuk tatapan kalian.
Lupa amik pic dalam rumah
Banana boat
My love
Pencakar kuning tu hilang ye. Tak dpt dikesan
Me and Kak Tasha
Cowboy restaurant
-peace-
No comments:
Post a Comment