27 November 2014

Zhafran Dah Setahun!

Hi..

How time flies (ayat standet novel)..Muhammad Zhafran Putra dah setahun u know. Rasa baru lagi menimang anak kecil itu. Mengelek,mendukung,meriba, dan segala 'me' lagilah..Pengalaman kami laki bini menjaga Zhafran sesungguhnya pengalaman yang tersangat berharga yang diberikan Allah kepada kami. Syukur kerana kami diberi rezeki yang cepat untuk mendapatkan anak. Bunting pelamin orang kabo. Teringat saat menjaganya dalam pantang, sleepless night..But it was a good time. Segalanya indah tentang anak. Ada manis, pahit, suka, duka. Ouchhh..touching hakak. Nak cerita memang panjang. Layan je la pic Zhafran dari sehari sampai sekarang ye.

Fresh from oven

Hai..

Dah merangkak!

Ketawa lah sayang

Y so serious my hensem boy?

Zhafran loves ball

Dah pandai main!

Dah pandai main lagi!

Dah pandai drive! Ok tipu.

Eh dah besar anak ummi babah? Hello..


Tata!

XOXOXO

REVIEW : Chicken Chop Merak Kayangan

Haa..

Tengok title kemain lagi khennn?? Alkisahnya semalam ajak husband makan kat Restoran Al-Azmi Garden, Bandar Baru Sentul. Memang dah selalu makan kat sini sebab dekat dengan rumah. Lagi satu makanan dia memang maveles dan servis cepat. Even keropok lekor pun sedap kemain kate koooo!

Kalau kat sini hakak suka makan chicken chop dia yang memang sedap. Specialnya sos black pepper dia & food deco. Perghh..tu yang keluar title macam tu. Meh hakak belanja gambar sikit.


Hew hew..amacam? Tu yang hakak panggil merak kayangan tu. Keh keh..Husband hakak suka nasik goreng thai dia. Sedap uolls! Tak sempat snap pic dah ngap. So sesapa yang nak merasa western sedap2 disarankan ke sini ok? 

Zhafran dan babah

Tata!

XOXOXO


26 November 2014

Pengalaman Czer (Part 3)

Hi..

Lepas dah confirm untuk proceed czer, doctor pun datang bawak surat untuk me and husband sign.
Dia bagi serba sedikit info pasal risiko pe jadah semua. Masa tu hakak dah tak peduli. Yang penting 'selamatkan babyku'! Gittew.. Then tukar baju semula untuk operate, tukar katil lain la and ntah apa lagi nurse2 tu buat dekat aku, husband kena tunggu luar kejap.

Ok, Ni saat2 menyedihkan, Hakak ditolak keluar dari labour room menuju ke OT. Time tu husband ada tunggu kat kerusi tepi tu sempat kitorang gelak2 (cover sedih sebenarnya) sambil lambai2. Touching siot masa tu. Macam nak pi berperang! Yang kelakarnya masa dah sampai depan OT tu hakak rasa nak lari. Kah kah. Macam takut lak kena operate. Serius. Then bila dah dibawa ke dalam, sorang doc pakar ni terangkan pasal epidural yang diorang nak bagi aku ni. Sedar tak sedar hakak dah kena cucuk. Huhuhu..Dan bermulalah sesi membelah perutku itu......

Kiri kanan hakak ada nurse jaga. Masa tu memang hakak sedar and tau apa yg berlaku. Nampak muka sebijik2 dalam tu. Just bawah je yang kebas. Tapi terasa gak la pisau tu lalu2 kat perut bak angin2 sepoi bahasa je halusnya. Fuhh..Actually czer ni kejap je. Pukul 11.45 diorang start membelah perut, pukul 12.06am keluar la anak hakak. Masa tu dengar dia punya tangisan, hadoiii sedih hakak. Tapi boleh control nangis lagi. Nurse letak dia kat pipi hakak. Lagi la touching hoi!. Masa tu doctor nak jahit apa dah tak peduli. Dah siap semua hakak and baby dibawak keluar. Alhamdulillah dua2 selamat. Dalam setengah jam macam tu dah balik wad. Husband naik wad dlm pukul 1 pagi camtu. terpancar kegembiraan di wajahnya. Aduhai..Masa tu baby kat bilik untuk monitor. Husband pegi tengok untuk azankan. Sob sob. Alhamdulillah. Jumaat ni genap setahun usia anak. Dan setahun juga la usia luka di perut ni. Kui kui. Gitulah kisahnya pengalaman czer ku..


-TAMAT-

Tata!

XOXOXO

25 November 2014

Pengalaman Czer (Part 2)

Hallu..

Alkisah lepas sampai je HKL, terus pegi registration kat ground floor Hospital Bersalin. Cerita la serba sedikit apa yang jadi sampai muncul kat hospital tu. Around 15 minit nurse tu attend hakak before masuk bilik rawatan So far, hakak bernasib baik sebab dapat nurse yang ok. Tak friendly tapi tak la kerek. Selalu orang komplen pasal spital gomen kan? Alhamdulillah nasib hakak baik.

Bila da masuk bilik rawatan, doctor suruh baring kat katil. Dia cek semua tekanan apa jadah, cek air ketuban. And YES. Memang dah sikit. Dan bermulalah sesi menyeramkan bagi hakak, CEK BUKAAN! Sakit woiiii!!! Bayangkan la ko belum sakit nak bersalin. Tak terbukak pun lagi tetiba doctor bukakkan ko punya tuttt...Mengerang kesakitan la hakak time tu. Macam nak bersalin dah ghupenye. Keluar je bilik tu macam nak pitam. Sampai husband belikan air milo. Keh keh keh. Lembik betul seorang Nurul Azima ni. Oh ya, doctor kata hakak dah kena admit. Urghh..OK.

Dah setel document semua hakak pun dibawa la ke wad bersalin tingkat 1. Naik wilcha lagi ko! Macam parah benor. Sampai wad, hakak tukar baju spital kaler pink tu. Then tunggu diorang kemas katil. Maka bermulalah detik2 penantian. Pas husband n MIL balik untuk ambik barang, hakak call mak and kakak ipar bagitau diorang. Tergezut mak hakak tau dah masuk wad. Tengah baring2 tu datang la segala nurse and doctor check hakak. Ambik darah bagai. Salah sorang doctor tu bini si Aysraf Muslim, Dr Dayana, (sambil ambik darah boleh otp dgn laki die. Grrr!!) Then nurse buat CTg utk check jantung baby. And agak mengejutkan bila doctor bagitau jantung kejap ok kejap tak. OK. Akak da start nervous nak nangis semua ada. Datang pulak segala doctor pakar. Diorang bagi option untuk dibedah sebab nak selamatkan baby. But diorang will try the best untuk bagi bersalin normal.

Lalu hakak pun diinduce. Sakit lagi! #Pitam kali kedua. Dalam 4.30, waktu melawat datang la mak abah n family husband. Semua da nervous tengok hakak nak2 tau mungkin kena operate. Hakak sebagai ibu mithali daerah Gombak 2014, merelakan dibedah ke apa demi nak selamatkan baby. Biarlah hakak berkorban. Gitteww..

Penantian itu satu penyeksaan. Dah induce, still tak bukak. Baru 1.5cm sampai ke petang. Pastu induce lagi. Tunggu sejam jadi 3cm plak.. Pukul 8 tu nurse bagitau doctor pakar suruh masuk labour room pukul 9! Hah?? 3cm?? Labour room?? Nak paksa bersalin ke ape? Husband pun terus la tunggu. Tak balik dah lepas waktu melawat habis tu. Masing2 dah diam kat katil wad. Menunggu pukul 9. tak tau apa nak cakap dah. Redha je. Dan pukul 9, hakak sekali lagi naik wilcha pegi labour room. Husband belum boleh masuk sebab diorang nak setup apa yang patut. Sekali lagi (3x la jadinya) diinduce. Terus rasa ada contraction. Ye betul. Contraction ialah sakit yang paling sakit. Hampir sejam menahan still tak bukak. Hakak dah sakit sangat sampai nurse panggil jugak husband masuk. Doctor pakar bersilih ganti masuk tengok condition hakak. Hakak dah mintak topeng gas untuk tahan sakit. Dalam mamai2 tu sempat mintak maaf kat husband. Sambil tu dengar doctor cakap no use to wait. Proceed to operate. Boom!

TBC untuk lagi dramatik.

Tata!

XOXOXO

REVIEW : RSMY Best Cheese Naan

Halluu..

Cheese bedebah! Siapa yang tak suka makan cheese kan? Sedap tu nak2 bila cheese tu meleleh..Fuhhh! Heaven!

Malam minggu hari tu pegi makan dekat RSMY Best Cheese Naan dekat Danau Kota. Restoran ni memang dah femes dengan naan cheese leleh die yang memang kebaboom punye leleh! Nikmat die sampai takyah cicah kuah pun takpe. Asalnya restoran ni bukak dekat Jalan TAR area Hotel Lotus. Yang dekat situ pun dah 3 kali pegi. Takde order lain memang cheese nan tu je la. Beriani ke apa tak pandang punya. Hahahaha!

Baru2 ni diorang bukak francais (francais eh?) kat genting klang., Belakang Columbia Hospital. Sini map dia. Boleh la try sape2 penggemar cheese tu. Gerenti puas hati, Kalau nak order goreng2 sebelahnya ada NZ. Sebab RSMY ni takde goreng2. Selamat menjamu selera!



Tata!

XOXOXO!

21 November 2014

Pengalaman Czer (Part 1)

Hi..

Lagi seminggu Zhafran dah masuk setahun. Mulalah aku nak start throwback ni. He He..

26/11 - Hari last check up before due aku 1/12. Check up kat Klinik Mesra, Pinggiran Batu Caves dengan Dr Saifuddin. Masa check up tu doc kata air ketuban dah sikit. Err? Apakah maksud dan risikonya? Doc kate takut baby lemas. But as long die banyak moving then don't worry la. Aku pun ok. Rileks dulu. Everything went well hari tu. Balik klinik rasa nak makan cendol dan rojak anney kat Greenwood dekat dengan shell. Ok la. Ajak husband beli. Sampai malam baby still moving dengan aktifnya.

27/11 - Bangun pagi mcm biasa. Belum ada apa tanda pun. Hakak pun rileks je la tgk tv layan budak2 yang MIL jaga. Then dalam pukul 11 pagi tu buat exercise kaki sikit. Ikut video kat Youtube tu haa.. Senaman ibu mengandung kekdahnya. Tengah duk berexercise tu terasa something keluar macam air kencing tapi just menitik je. Hakak pun teruskan la exercise tu sebab pikir kalau gi toilet pun mesti setitik dua je. Buang karan je. Tetiba terasa nak kencing yang tak tahan sangat. Sambil berlari2 ke toilet (ok tipu. Jalan laju2 je) tetiba zasss (efek bagi dramatik) keluar sejenis cecair dengan banyaknya sampai basah seluar. Tak dan sampai toilet pun! Hakak pun menggelabah mak enon la. Tapi cuba tenangkan diri dan call mak & kakak ipar nak tanye ape bendanya tu. Air ketuban kaler ape? Macam2 soalan la. Pastu duduk bilik sorang2 tutup pintu cuba nak cover  kenervousan tu. Call husband bagitau. Masa tu  kat rumah ada pengasuh bebudak tu, adik ipar and abang ipar. Rupanya husband call pulak abang ipar tu mintak bawak ke hospital kalau saya sakit sementara tunggu dia sampai dari opis. Tapi masalahnya tak sakit pun. Cuma nervous sebab semalamnya doc dah bagitau pasal air ketuban yang sikit tu. Aku pun just relax pergi mandi and siapkan apa yang patut untuk gi hospital. Dalam pukul 12 macam tu husband sampai and terus gi HKL.

-TBC-

Tata!

XOXOXO

20 November 2014

Chocolate Lasagna

Lasagna! Memang hakak peminat tegar lasagna.

Baru2 ni terbaca pasal cekelat lasagna ni. Fuhhh...Sikit lagi meleleh ailiur ni!
Nak buat malas dan tak reti jadinya kita tanya la ye sape yang boleh buat.
Hakak sanggup beli i tell u!

Ni la ghupenye Chocolate Lasagna tu; 


Pic ni hakak google je sambil lap air liur. Heh.

Akak nak paksa tokey2 kek FB buat nanti. Jaga2!!

Muahahahaha..Dasar pencinta kek tapi pemalas nak buat. Boleh?

Tata!

XOXOXO