24 December 2014

Banjir oh Banjir

Disember.

Sinonim dengan musim hujan. Bila hujan non-stop, banjir pulak. Itulah yang berlaku saban tahun especially di Pantai Timur. Walaupun banjir ni dah jadi perkara biasa bagi penduduk sana, tapi tahun ni situation die worst dari sebelum ni. Ada tempat yang tak pernah banjir tetiba banjir. Jalan runtuh, laluan keluar masuk ditutup. Di Taman Negara, paras air dah melebihi rekod banjir tahun 1971. Kampung atau bandar, dah jadi macam sungai belaka. Air semua paras bumbung dah. Teruk bukan?

Di media sosial pulak dibanjiri dengan gambar2 tempat yang banjir. Info itu ini. Haaa.. yang ni nak kena tegur sikit. Sebelum share tu, pastikan pic tu pic yang latest. Info banjir terkini. Kang ada yang nak jadi CNN sangat sampai ter'share' pic banjir tahun lepas atau luar negara punya. Yang ni la yang memburukkan keadaan sebenarnya. Share kat group whatsapp, forward, forward dan forward. Yang sakit hati ialah orang yang ada sedara mara di kawasan banjir atau mangsa banjir tu sendiri sebab share info tak betul. Apa yang diorang perlukan ialah bantuan dari segi makanan terutamanya dan keperluan untuk anak2 kecik. 

Time ni dah tak penting dah ahli parti apa, politician parti mana, yang penting bantuan sampai ke tempat sepatutnya. Datang menjenguk diorang di pusat pemindahan. Bantuan dari NGO dan hasil sumbangan orang ramai juga diperlukan. Ringan2 la tangan menghulur bantuan walaupun sedikit. 
Sambil tu berdoa semoga semua dipermudahkan dan selamat. Yang ada anak2 tu, ingatlah. Ni bukan pesta air atau taman tema air. Awasi anak anda! Dengar arahan pihak berkuasa jika perlu berpindah. Keselamatan lagi penting dari harta benda. Insya Allah, air akan surut dalam minggu ni juga. Mudah2an

Ada hikmah di setiap dugaan yang Allah beri.
Bersabarlah....

No comments: