15 January 2015

Gastroenteritis

Seminggu tak update blog. Tetiba muncul dengan tajuk yang very the medic sangat khenn?? Ko dah kenapa? Hahaha..

Jumaat malam yang lepas, dak Zhafran muntah2. Mula2 sikit je. Ingatkan banyak sangat menyusu. Asyik bergayut je kat ummi dia ni haa..Tak lama lepas tu, muntah lagi. Kali ni keluar segala isi nasik yang dia makan petang tu. Dalam 5 ke 10 minit lepas tu muntah lagik. Aiyoo..demam kah? Tak panas plak. Terus la kitorang bawak pegi klinik. Mula2 muntah tu dia menangis jugak. Maybe sebab sakit nak keluarkan isi perut tu. Lepas2 tu dia tak nangis dah. Sampai klinik, ada few patient lagi menunggu. Hmm..Lambat pulak. Nasib baik Zhafran tak menangis. Muntah pun last dalam kereta. Bila dah jumpa doctor, doctor cek perut dia, cek dada semua, katanya angin banyak. Kembung. Kahak pun ada jugak. Erkk? Tu je ke. Kitorang pun iyakan je lah. Dia just bagi ubat kahak, muntah dan angin. On the way balik dalam kereta tu Zhafran muntah sikit. Tak nangis pun. Terus tertido! Eh? Gitu plak?? Boleh lak terus tido pas muntah. Ngantuk sangat gamaknya. Pas bagi dia makan ubat kat umah, dia sambung tidur. Dan..muntah lagi dan lagi..Keluar semua ubat dia. Huwaa..Kenapakah anakku?? Sebab dia mengantuk dia tertidur jugak la..Tapi kena standby segala tuala or napkin kat situ sebab bila dia terjaga dia akan muntah. Dalam kul 4pagi camtu terasa badan dia panas. Ah sudah. Pegila ambik tuala basahkan pulak. Kejut husband bangun dan bungkus la badan Zhafran dengan towel basah. Nasib dia tak meragam. Siap tengok Youtube lagi! Kul 4pagi!

Sampai la keesokan harinya Zhafran muntah sikit je. Sekali dua camtu. Panas badan ada sikit. Dia ok je main tapi taknak makan pulak. Makan je habis muntah. Mujur nak susu. Takpela anak. Janji isi perut. Hmm.. :( Petang tu balik ke rumah mak kat Bangi. Sampai sana Zhafran dah ok. Makan pun ok. Cuma dia banyak buang air besar pulak. Cair2. Kerap jugak. So far dia nampak sihat. Ok la. Main pun ok. Aktif je.

Ahad petang tu, balik ke Sentul semula. Tetiba si ummi ni terasa lapar yang amat. Padahal baru makan kul 4. Takkan kul 6 dah lapar. Maybe Zhafran banyak BF dalam kereta kot. Sampai dah nak Maghrib tu terasa lapar yang beriya sampai loya. Makan la roti sekeping. Lepas tu...Jeng jeng jeng!
Bermulalah episod Umi muntah2..Haiyakkkkk..Husband pi beli nasik goreng kat kedai depan pas Maghrib. Umi makan sesuap muntah lagi. Minum air oren muntah lagi. Sah berjangkit Zhafran. Hahaha..menyampai ke tengah malam tu ada lah 10x muntah sampai takda isi. Keracunan makanan ke apa? Husband pun loya tapi tak muntah. Dia duk buang air besar pulak. Mujur MIL ada tolong tengokkan Zhafran. Umi ni dah melepek dah. Takleh nak makan pun. Mesti muntah. Sampai la sudahnya semua tido kat hall depan je. Senang kot2 umi nak muntah terus ke dapur. Kui kui..
Ada jugak ingat pregnant tapi takkan la muntah sebab pregnant gini sekali teruk ye dak? Maklumlah..pregnant first tak pernah muntah. Kekekeke..Esoknya pegi klinik doctor cakap food posioning. Perut tu ada cramp sikit and macam memulas. Huk huk..Apa la aku makan ari tu..Terus rasa slim mlim i ni ha..Tinggal tulang ala Victoria dah. Eh? Hahaha..

Husband i ada la google pasal sakit kitorang anak beranak ni. Tu yang keluar tajuk berunsur medic tu. Kikiki..Meh la sini hakak tepek apa yang hakak google eh. So, kesimpulannya berjangkit2 la ni. Huhuhu..Alhamdulillah sekarang dah ok sikit memasing.


GASTROENTRITIS

Gastroenteritis merupakan penyakit akut di mana terdapat keradangan di perut dan usus. Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang dapat pulih dengan sendirinya. Banyak jenis organisma boleh menyebabkan gastroenteritis.  Pada lebih dari separuh kes-kes, organisma yang menjadi punca tidak dapat diketahui. Spesies Salmonella danCampylobacter merupakan punca yang paling lazim, tetapi pada kanak-kanak, ia biasanya diakibatkan oleh rotavirus.
Gastroenteritis ialah sejenis jangkitan, yang berlaku di semua pelusuk dunia. Gastroenteritis boleh berlaku pad masa-masa tertentu, iaitu semasa musim tertentu atau pada golongan umur tertentu. Sebagai contoh, rotavirus di kalangan kanak-kanak berlaku secara lebih kerap di negara-negara beriklim sederhana semasa musim sejuk. DI negara-negara tropika, terdapat sedikit perubahan bermusim.Gastroenteritis boleh juga menjadi sejenis wabak. Ini bermaksud, ramai yang akan mendapat penyakit ini untuk jangkamasa yang tertentu dan biasanya terdapat punca jangkitan yang sama seperti melalui makanan atau minuman. Jangkitan ini menular dari seorang ke seorang melalui pengendalian oleh seseorang yang tangannya dicemar oleh najis seseorang  yang ada jangkitan.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
Tanda-tanda dan gejala-gejala adalah berbeza-beza bergantung kepada punca dan keterukan penyakit.  Pada kebanyakan kes, gejala-gejala gastroenteritis adalah ringan dan dapat pulih dengan sendirinya. Masa mula tindak gejala-gejala adalah berlainan dari beberapa jam, misalannya dalam jangkitan Staphylococcus, sehingga 5 hari seperti dalam jangkitan Campylobacter, ataupun sehingga 3 minggu seperti dalam jangkitan Salmonella typhi. Pesakit mengalami satu atau lebih dari gejala-gejala berikut apabila terdapat  gastroenteritis iaitu : -
  • Sakit dan kekejangan pada abdomen
  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Najis berisipadu besar seperti dalam cirit-birit yang kecil.
  • Najis berair, tanpa darah atau nanah, seperti yang diakibatkan oleh toksin-ubat.
  • Darah dan lendir pada najis seperti dalam kes kerosakan mukus, contohnya  jangkitan Salmonella, Shigella and Campylobacter.
  • Demam, contohnya Salmonella typhi
  • Sakit kepala dan meningitis, contohnya Salmonella typhimurium dan beberapa spesies Shigella yang membebaskan neurotoksin (toksin yang bertindak ke atas saraf).
  • Dehidrasi dan kekurangan air.  Ini boleh terjadi dengan cepat pada kanak-kanak, apabila terdapat cirit-birit dan muntah. Pada kanak-kanak yang kecil, jika gastroenteritis tidak dikenalpasti dengan segera, ia boleh menjurus kepada rebah (pengsan dengan tiba-tiba) dan maut. Pada dehidrasi, terdapat kehilangan simpanan air serta kekurangan garam galian dan garam. 

Tanda-tanda dehidrasi

  • Kekurangan keanjalan kulit. Apabila dicubit, kulit masih tegap untuk seketika.
  • Mengantuk.
  • Keletihan dan kanak-kanak yang “lembik”.
  • Fontanel (tempat yang lembut pada bahagian atas kepala bayi) yang terbenam.
  • Mulut dan lidah yang sangat kering.
So, kalau ada tanda2 yang macam ni dan berlarutan teruslah jumpa doctor ye. Untuk info lanjut lagi, sila rujuk link di bawah.

No comments: