30 March 2015

Normal atau Caesar

Assalammualaikum..
Selain isu bersalin hospital kerajaan atau swasta, isu bersalin normal atau operate juga isu yang takkan habis sampai ko anak namblas. Kedua2 cara ada kelebihan dan kekurangan masing2. Ada pros and cons. Macam aku sendiri,ya,aku ialah caesarian mom. Atas sebab yang tak dapat dielakkan. Kalau ikutkan dah ada dalam labour room pun. Dan sempat merasa contraction. Tapi terpaksa ditolak ke OT untuk emergency operation. Bukan nak membebel pasal cara bersalin ye tuan puan. Nak ceritakan generally pandangan masyarakat sekeliling terhadap para ibu yang bersalin secara pembedahan ni. Selalu dipandang enteng kononnya menganggap mereka ni tak kuat la. Tak dapat rasa sakit la. Taknak tahan sakit contraction. Susah nak jaga la. Dan segala tok nenek kecaman lagi. Yang lebih extreme lagi bila ada yang kata kalau bersalin normal tu,kesakitan meneran tu menghapuskan dosa. Kalau caesar tak rasa sakit pape. (kepada yang berpikiran macam ni sila pergi meninggal mereput)

Tahukah kamu wahai umat manusia, kesakitan yang dialami oleh caesarian mom lagi teruk dari yang bersalin normal. Physically dan emotionally. Gittewww...


Takda siapa yang sanggup 7 lapisan perutnya dibelah dan menanggung pelbagai risiko..
Takda siapa yang sanggup menahan effect selepas hilang kesan bius dengan muntah berkali2 sampai nurse pun nak muntah bila muka sama je asyik mintak paper bag. (aku la tu)
Takda siapa yang suka duduk hospital sampai 2,3 hari bila dah bersalin..
Takda siapa yang suka bila batuk dan bersin,perut pun rasa sakit dan jahitan rasa nak terbukak.(sendiri terbayang je)
Takda siapa yang mampu tahan sakit di perut bila ketawa tengok performance Jozan.Nak tahan ketawa pun takleh gak sebab kelakar kot Jozan dulu2..(bersalin time musim MLM kann)
Takda siapa yang sanggup tengok kesan jahitan di perut yang scary dan risau kalau nurse cakap "jahitan puan terbukak,bernanah..etc" (aku lagi ni)



Bila perut sakit kesan jahit,jalan pun perlu pegang dan tahan perut tu. Macamkan perut nak jatuh la. Kalau selama ni jalan mcm halilintar, tetiba kau kena jalan slowly macam geisha kat Jepun. (yeke?) . Berpantang pun ikutkan kena lagi extra sebab banyak benda takleh makan,takut luka kat dalam belum baik. Belum bab nak menambah anak. Perlu bagi perut rehat at least 2 tahun. Memang ada je yang mengandung cepat walaupun baru setahun caesar. Ada yang 2nd baby normal. Ada yang caesar jugak. Risiko tetap ada. Dan aku ialah penakut dan taknak amik risiko tu. Selalu terbayang jahitan terbukak bila meneran (kalau dapat normal for next baby). Aku memang over bila bab bayang bukan2 ni. Bila tengok orang asyik pregnant je,mulalah rasa nak baby lagi. Tapi bila risiko (yang sebut tadi tu) terlintas kat kepala,terus rasa kbye. Tahun depan je la pregnant. Hahahaha..
Kesimpulannya,janganlah ingat yang bersalin secara pembedahan ni takda rasa sakit pape. Beza sakit normal dan caesar ialah normal sakit semasa bersalin dan caesar selepas bersalin. Memang susah nak jaga tapi kami semua tak mintak macam tu. Dah ditakdirkan. Apa yang kami tau baby selamat dilahirkan. Biarlah kami menanggung sakit tu. Isk isk..
*lap airmata*

Takda sapa pun yang mintak awal2 kat doctor nak bersalin secara pembedahan sebab malas nak sakit time contraction dan tunggu berjam2 untuk bukak sampai 8-10cm. (ke ada?) SeDIVA mana pun mesti nak normal gak.
Jadi,jagalah hati orang sikit bila berkata2. Mungkin anak pertama kau normal. Tetiba anak kedua kena caesar. Acaner tu?

-peace-

1 comment:

Dunia Mommy Comel said...

http://comot-pink.blogspot.com/2015/06/testimonial-reserve-kembalikan-awet.html

jemput singgah. new review bout beauty product.