22 April 2015

Syukur

Assalammualaikum,

Alhamdulillah. Bertemu lagi kita pada 22hb. Yakni hari gaji!!! 
Kah Kah..

Gaji dah masuk dan syukur sebab bulan ni dapat increment. Banyak atau sikit biarlah rahsia. Yang penting bersyukur dan jangan lupa mak ayah.
Pastu dah janji ngan Fikri nak belanja Burgerbyte. Lama gila tak makan kat sana. Hehehe..

Dan yang penting........Barang Zhafran yang makin lama makin mahal tuuuu.. Itu yang penting sekali.!
Kita borong je banyak2! Hahaha..

Ok dah. Babai.

-peace-

20 April 2015

Family Gathering

Assalammualaikum,

Ni cerita Sabtu malam hari tu. Kan besday opah & Delisha. Sekali la ngan besday aku 9 April hari tu. So ayah Delisha (abang aku) decide nak celebrate kat rumah dia pulak. Dah dua tahun buat kat rumah mak. Abang ada order sate kat kawan dia, beli kek, kak ipar masak mi kari, kakak masak macaroni carbonara and aku buat desert, biskut tiramisu. Nak resepi? SINI. Kah kah. Sempat promote. Kbai.

Majlis start pas Isyak. Dimulakan dengan doa oleh abah. Dan makannnn!! Aku paling selera dengan sate. Tak leh tahan. Hahaha.. Tak de apa nak cerita sangat. Pic je banyak. Dalam pukul 11 lebih camtu masing2 pulang ke rumah. Hari Ahad semalam sambung kat rumah mak pulak. Mak masak mee goreng. Ada pak anjang. pak tam dengan pokde sekali. Pe lagi nak cerita? Tengok pic je la eh.

Anak bujang tersayang dan Delisha

3 Generasi-Maafkan la bontot yang melentik tu. Tak sempat nak adjust
Diorang ni baru pindah. Langsir pun tak pasang lagi. Haha

 Mereka berkongsi tarikh lahir

Nak jugakk...

Opah-Anak-Cucu



Dah. Tu je.

-Peace-



18 April 2015

Double Birthday

Assalammualaikum..

18 April 2012. Hari istimewa sebab tarikh inilah aku dapat anak buah yang pertama, Puteri Annur Delisha. Was so excited that time. Plus, sama dengan tarikh lahir mak, Puan Norhayati.. Opah Zhafran. 
Hari ni, Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambut tarikh istimewa ni. Ouhh, dramatik sikit mukadimah.

HAPPY BIRTHDAY MAK yang KE-59!

HAPPY BIRTHDAY DELISHA yang KE-3 tahun!

Malam ni ada celebrate dengan family. Buat makan2 sikit. Hehehehe..Tak sabar!


Delisha, 7 bulan


Delisha, 2 tahun

-peace-


15 April 2015

Zhafran,I Love You

Assalammualaikum,

Geram dak omey ni. Pandai buat gelak mengada. Ikut kak ros Upin Ipin tu. Hahaha..Rindu anak ni. Makin petah mulut. Dia je yang paham bahasa dia..Seronok tengok anak membesar. Time2 ni tengah best layan dia main. Layan bercakap. Eh semua lah! Cium pun still wangi lagi time ni. Masam2 pun sedapp...Cepat lah 5.45. Nak balikkkk....



p/s : Sindrom #MakMak dah datang.

-peace-

10 April 2015

Maryam Luthfia

Assalammualaikum..

Hari tu I ada share pasal adik Fikri baru dapat baby kan? Haa..Asalnya nama dia Junna Luthfia. Baru2 ni atas sebab2 tertentu nama tu terpaksa ditukar. Jadilah Maryam Luthfia. Tak kisahlah kan. Yelah, nama ni penting. Itu yang kita nak panggil hari-hari. Macam nama I. Azima. Yang berazam. Tapi nan hadooo azamnya. Makan je la azam I hari-hari.

Actually nak share pic Maryam ni. Hehehe..

Taraaa!




Dapnya tido. Tengok tu bedung moden. I dulu beli kain khas untuk bedung Zhafran. Eh tak. Mak yang belikan. I bagi duit je. Now dah ada moden punya. Senang. Tak terbukak2 dah.

Ok. Tu je.

-peace-

50% Diskaun di RSMY on Your Birthday

Assalammualaikum,

Semalam kan birthday I..3 hari sebelumnya dah bagitau Fikri nak dia belanja kat RSMY Best Cheese Naan tu. Lama dah teringin tapi tak pegi2. Last makan bulan berapa ntah. Tak ingat. Termasuk semalam kali keberapa pergi pun tak ingat. Nak dekat sepuluh kot termasuk kat Jalan TAR tu. Hahahaha..Nampak tak kesedapan dia camne? Lepas tu pulak teringat yang dekat RSMY kat Genting Klang tu ada diskaun 50% on your total bill kalau kita makan kat sana time birthday! Haaahh?? Gila weh. 50% yer! So apa lagi?? Zassss!!! Balik kerja terus ke sana. Fefeeling nak dating berdua je. Sorry Zhafran.Hehehehe..

Sampai sana orang tadek lagi. Baru bukak dalam pukul 5 kot. Kitorang sampai nak dekat pukul 6. So dah confirmkan pasal 50% diskaun tu, kitorang pun order la memacam. Eksyen kan..Lapar satu hal.
Sekali si Fikri order cheese nan 3 keping, aku nak ayam tandoori, mintak kuah dal. Memula nak beef keemma. Pastu tak jadi. Air mintak milo tabur. Fuhhh..Maveles!

Makanan pun cepat sampai.(kan tadek orang lagi)
Makan macam piranha jugak la. Lapar kan..Huhuhu..Kejap je kitorang kat sana. Dalam 6.30 dah balik. Meh sini I belanja pic bagi korang meleleh ailio tu. Sediakan tisu ek.

Oh ya total bill kitorang semalam dalam 36++. Ada GST. Kitorang just bayar RM18++ je. Enak bukan?

Ni bukti dia ye ada diskaun. (atas tu password wifi)

Dah hilang satu slice kena ngap

Slurppp

Nanges please

Yang kitorang order. Nampak tak milo tabur tu??

Happy birthday yang keTIGA....
BELAS.....

Awww..Tak tinggal tau everytime birthday I. Thanks yang.



Ok. Tu je kisah birthday i. Sila telan ailio tengok cheese tu.

-peace-