30 April 2015

Monyet Ampang

Baru la sempat nak up entry monyet ni ha..
Ahad lepas bawak Zhafran gi tengok monyet kat Bukit Indah tu. Kat situ memang femes dengan tempat bagi monyet makan. Tapi kitorang datang tak bawak pulak makanan. So tengok dari dalam kereta jela. Nak bukak tingkap tak berani pulak. Kang abis diterkamnya I. Acaner?
Sambil2 tu ambil gambar monyet. Aku tak tau la monyet kat situ je atau aku yang baru tau dan perasan yang bontot monyet merah. Memang eh? Ke monyet kat situ kena liwat? Ke period? Kakakakaka..Mampus aku kalau dah besar Zhafran tanya kenapa bontot monyet merah? Nak jawab ape? Semulajadi eh?

Leka jugak tengok gelagat monyet. Ada yang kendong anak .Omey2 kecik je. Kurus pun ada. Rasa nak lempang sebab comel sangat. Dulu masa duk hostel kat teknik, belakang aspuri tu hutan. Memang banyak monyet. Pastu buas. Suka kejar orang. Panjat tingkap bilik curi makanan. Pernah la merasa kena kejar sebab bawak bungkusan makanan. Air tebu je padahal. Ko dah kenapa monyet? Heh. 

Ok. Sebab mood nak balik dan bercuti panjang, aku letak pic menengok monyet jelah untuk tatapan korang. 



Kereta ni owner dia bagi makan Pastu monyet panjat2 keta dia.

Ralit sangat dia.

Cuba tengok bontot merah tu

Cantikkan view? Bawah tu lake Kelab Darul Ehsan Ampang


Dah. tu je. Happy holidays!

-peace-

RESEPI : Sambal Ikan Bilis + Kicap Sedap Gilerrr

Assalammualaikum,

Tak jawab dosa. Jawab gatal. Ekekekeke. Style ngurat ala rempit dulu2 kan? Sekarang style ngurat apa? Ada wechat? FB? Twitter? Eh, ye ke? Hahaha..Apa2 jelah Jemah. Bab melencong nombor 1.

Ni nak cerita pasal menu Selasa malam lepas. Malam tu kan hujan lama. Pastu MIL tak masak. Dia suruh beli lauk je. Nasik je dah masak. Disebabkan hujan, malas nak keluar plus tak lapar sangat (sebab petang tu makan sandwich O'Brien)..So decide ngan husband nak makan nasik ngan telur goreng & kicap je. Punyalah malas Ya Rabbi. Tetiba teringat sambal kicap ikan bilis feveret laki bini tu. Setel je mandi, solat semua, terus berkuntau kat dapur. Potong bawang, potong cili, siang ikan bilis. Dan tadaaa! Da siap. Senang sangat weh.. Ko masak sambil balas whatsapp pun tadek hal la. Ekekekeke..



Taraa! Ni lah dia Sambal Ikan Bilis Kicap Cili Padi. Haaa...Ko mampu bagi nama lauk dengan memasukkan semua bahan sebagai tajuk? 


Makan pulak dengan telur goreng. Ya Allah. Tolong la. Apsal sedap sangat ni. Takpe eh puji masakan sendiri. Sebab memang sedap. Hahahaha.

Nak resepi ke? Takpe. Korang taknak pun aku share jugak. Benda sedap kena share kan. Biar korang pun meleleh ailio.

Bahan-Bahan

Ikan bilis
Cili padi (3-5 biji..ikut tahap pedas korang nak)
Bawang (hiris)
Kicap (better yg manis sebab ikan bilis kan dah masin)

Cara-cara

1. Goreng ikan bilis sampai garing sikit
Siap. Angkat dulu.
2. Tumis bawang dan cili sampai layu
3. Masukkan kicap
4. Dah agak2 sekata, masukkan ikan bilis tadi dan kacau sekejap je. Siap!

Paham eh?



-peace-



27 April 2015

Portuguese Egg Tart di Cake Sense

Assalammualaikum,

Makan lagi. Yes, I'm a BIG EATER! Gituu..Pagi tadi nak gi keja dah siap2 pasang niat kat rumah nak singgah Cake Sense KLCC tu. Nak beli Portuguese Egg Tart. Minggu lepas nak beli tapi tak lalu KLCC. Hari ni nak balas dendam. Hahaha..Ikutkan nak beli sampai seploh. Amboi over..Haha..

Tolonglah..Apesal sedap sangat egg tart Cake Sense ni? Aku ada je try beli kat 7-Eleven. Tapi tak sedap. Kat Cake Sense ni, Ya Allah..Pejam2 mata sebab sedap sangat. Hari2 beli pun tak muak kot. Keh keh..Dah start minat egg tart Cake Sense ni sejak sebelum kawin lagi kot. Lama dah. And sampai sekarang rasa dia still sama. Nak tunggu aku belajar buat sendiri? Krik krik krik...

Beli je la senang. Nanti Zhafran kacau kalau nak buat sendiri. (alasan!) Hahahahaha..
Meh sini aku belanja gambar sikit..



Sedap kan nampak? Fuhhhh...

-peace-


Weekend di Ampang

Assalammualaikum,

Selamat pagi Isnin! Minggu ni kena semangat sikit sebab Jumaat dan Isnin depan kan cuti? Yeayy!

Ok. Ni cerita weekend kitorang. Hari tu ajak Fikri tido rumah Kak Tasha kat Bukit Indah, Ampang tu. Selama kawin tak pernah tido situ lagi. So decide nak pegi Sabtu malam hari tu. Kitorang gerak lepas Maghrib. Siang tu ada kenduri kat seberang rumah. Sedap pulak lauk dia wehh..Ayam masak merah dia memang ikut taste I la weyhh..Teringat2. Sampai buat muka selamba tambah nasik. Kah! Sapa suruh sedap kan??

Kitorang sampai Ampang dah dekat Isyak camtu. Singgah jap tapau roti canai sedap  kat area Bukit Indah tu. Kak Tasha dah inform dia masak ayam roasted, salad, wedges dengan hot dog besar tu. Tapi sebab kitorang laki bini lapar sangat tetiba teringat roti canai tu. Pe lagi. Beli la sampai 10 keping. Boleh simpan untuk breakfast. Hahahaha..Sampai2 je terus makan. Memasing dah lapar. Duk lepak2..Borak2..Main dengan Zhafran. Tido dalam pukul 12 camtu. Best pulak duk situ. Tidur malam sejuk je. Bukit kan..Huhuhu..Nyaman je.

Pagi esok bangun2 je terus panaskan roti canai. Bagi Zhafran breakfast sekali. Pastu ajak Kak Tasha gi tempat bagi monyet makan kat Bukit Indah tu. Saje nak bawak Zhafran. Yang tu nanti up entry lain beserta gambar encik2 monyet tersebut. Dalam 15 minit kitorang duk tengok monyet tu, pastu nak pegi Uda Ocean. Beli barang2 kedai mak. Sambil2 tu duk usha2 rumah kat Ampang tu. Plan nak beli rumah kan. Kena start cari dan beli sekarang. Harga rumah makin mahal..Hmmm..Sekarang tengah survey tempat yang sesuai. Moga dipermudahkan. Ameen..
Kat Uda Ocean tu, sempat gak belikan Zhafran buku Jawi dan jigsaw puzzle untuk education.(Ada harapan umi dia yang main). Haha..Pastu kitorang pusing2 Ampang jap dan on the way balik singgah tapau nasik. Sampai rumah dah nak pukul 1. Lepak2 jap. Pastu makan. Dalam kul 3 camtu kitorang gerak balik Sentul. Sampai Sentul teringin nak minum coconut shake sedap kat Taman Dato Senu. Beli sekali pisang goreng, Minum petang la kononnya..
Sampai Sentul nak dekat Asar dah. Ok. Tu je cerita weekend kami. Dah.

-peace-

22 April 2015

Syukur

Assalammualaikum,

Alhamdulillah. Bertemu lagi kita pada 22hb. Yakni hari gaji!!! 
Kah Kah..

Gaji dah masuk dan syukur sebab bulan ni dapat increment. Banyak atau sikit biarlah rahsia. Yang penting bersyukur dan jangan lupa mak ayah.
Pastu dah janji ngan Fikri nak belanja Burgerbyte. Lama gila tak makan kat sana. Hehehe..

Dan yang penting........Barang Zhafran yang makin lama makin mahal tuuuu.. Itu yang penting sekali.!
Kita borong je banyak2! Hahaha..

Ok dah. Babai.

-peace-

20 April 2015

Family Gathering

Assalammualaikum,

Ni cerita Sabtu malam hari tu. Kan besday opah & Delisha. Sekali la ngan besday aku 9 April hari tu. So ayah Delisha (abang aku) decide nak celebrate kat rumah dia pulak. Dah dua tahun buat kat rumah mak. Abang ada order sate kat kawan dia, beli kek, kak ipar masak mi kari, kakak masak macaroni carbonara and aku buat desert, biskut tiramisu. Nak resepi? SINI. Kah kah. Sempat promote. Kbai.

Majlis start pas Isyak. Dimulakan dengan doa oleh abah. Dan makannnn!! Aku paling selera dengan sate. Tak leh tahan. Hahaha.. Tak de apa nak cerita sangat. Pic je banyak. Dalam pukul 11 lebih camtu masing2 pulang ke rumah. Hari Ahad semalam sambung kat rumah mak pulak. Mak masak mee goreng. Ada pak anjang. pak tam dengan pokde sekali. Pe lagi nak cerita? Tengok pic je la eh.

Anak bujang tersayang dan Delisha

3 Generasi-Maafkan la bontot yang melentik tu. Tak sempat nak adjust
Diorang ni baru pindah. Langsir pun tak pasang lagi. Haha

 Mereka berkongsi tarikh lahir

Nak jugakk...

Opah-Anak-Cucu



Dah. Tu je.

-Peace-



18 April 2015

Double Birthday

Assalammualaikum..

18 April 2012. Hari istimewa sebab tarikh inilah aku dapat anak buah yang pertama, Puteri Annur Delisha. Was so excited that time. Plus, sama dengan tarikh lahir mak, Puan Norhayati.. Opah Zhafran. 
Hari ni, Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambut tarikh istimewa ni. Ouhh, dramatik sikit mukadimah.

HAPPY BIRTHDAY MAK yang KE-59!

HAPPY BIRTHDAY DELISHA yang KE-3 tahun!

Malam ni ada celebrate dengan family. Buat makan2 sikit. Hehehehe..Tak sabar!


Delisha, 7 bulan


Delisha, 2 tahun

-peace-


15 April 2015

Zhafran,I Love You

Assalammualaikum,

Geram dak omey ni. Pandai buat gelak mengada. Ikut kak ros Upin Ipin tu. Hahaha..Rindu anak ni. Makin petah mulut. Dia je yang paham bahasa dia..Seronok tengok anak membesar. Time2 ni tengah best layan dia main. Layan bercakap. Eh semua lah! Cium pun still wangi lagi time ni. Masam2 pun sedapp...Cepat lah 5.45. Nak balikkkk....



p/s : Sindrom #MakMak dah datang.

-peace-

10 April 2015

Maryam Luthfia

Assalammualaikum..

Hari tu I ada share pasal adik Fikri baru dapat baby kan? Haa..Asalnya nama dia Junna Luthfia. Baru2 ni atas sebab2 tertentu nama tu terpaksa ditukar. Jadilah Maryam Luthfia. Tak kisahlah kan. Yelah, nama ni penting. Itu yang kita nak panggil hari-hari. Macam nama I. Azima. Yang berazam. Tapi nan hadooo azamnya. Makan je la azam I hari-hari.

Actually nak share pic Maryam ni. Hehehe..

Taraaa!




Dapnya tido. Tengok tu bedung moden. I dulu beli kain khas untuk bedung Zhafran. Eh tak. Mak yang belikan. I bagi duit je. Now dah ada moden punya. Senang. Tak terbukak2 dah.

Ok. Tu je.

-peace-

50% Diskaun di RSMY on Your Birthday

Assalammualaikum,

Semalam kan birthday I..3 hari sebelumnya dah bagitau Fikri nak dia belanja kat RSMY Best Cheese Naan tu. Lama dah teringin tapi tak pegi2. Last makan bulan berapa ntah. Tak ingat. Termasuk semalam kali keberapa pergi pun tak ingat. Nak dekat sepuluh kot termasuk kat Jalan TAR tu. Hahahaha..Nampak tak kesedapan dia camne? Lepas tu pulak teringat yang dekat RSMY kat Genting Klang tu ada diskaun 50% on your total bill kalau kita makan kat sana time birthday! Haaahh?? Gila weh. 50% yer! So apa lagi?? Zassss!!! Balik kerja terus ke sana. Fefeeling nak dating berdua je. Sorry Zhafran.Hehehehe..

Sampai sana orang tadek lagi. Baru bukak dalam pukul 5 kot. Kitorang sampai nak dekat pukul 6. So dah confirmkan pasal 50% diskaun tu, kitorang pun order la memacam. Eksyen kan..Lapar satu hal.
Sekali si Fikri order cheese nan 3 keping, aku nak ayam tandoori, mintak kuah dal. Memula nak beef keemma. Pastu tak jadi. Air mintak milo tabur. Fuhhh..Maveles!

Makanan pun cepat sampai.(kan tadek orang lagi)
Makan macam piranha jugak la. Lapar kan..Huhuhu..Kejap je kitorang kat sana. Dalam 6.30 dah balik. Meh sini I belanja pic bagi korang meleleh ailio tu. Sediakan tisu ek.

Oh ya total bill kitorang semalam dalam 36++. Ada GST. Kitorang just bayar RM18++ je. Enak bukan?

Ni bukti dia ye ada diskaun. (atas tu password wifi)

Dah hilang satu slice kena ngap

Slurppp

Nanges please

Yang kitorang order. Nampak tak milo tabur tu??

Happy birthday yang keTIGA....
BELAS.....

Awww..Tak tinggal tau everytime birthday I. Thanks yang.



Ok. Tu je kisah birthday i. Sila telan ailio tengok cheese tu.

-peace-


Reminder!

Assalammualaikum...




-peace-

9 April 2015

Kemang Indah Kondominium,Port Dickson

Assalammualaikum,

Baru sempat nak update kisah gi Port Dickson haritu. Cerita dia camni. Kitorang gerak hari Jumaat malam. Aku and Fikri half-day hari tu. Petang tu gerak ke Ampang amik Kak Tasha and abg Fareez. Then terus gerak ke PD. Kalau dah namanya Jumaat dan baru lepas hujan, maka apa yang jadi adik2?? Ye. Jammed! Tapi abg Fareez ni ntah celah bedah mana jalan dia ikut so kitorang dapat la keluar dari kesesakan tu.  Tapi puas jugak la nak menyampai ke Sungai Besi tu sebab tak biasa dengan jalan yang Fareez ikut tu. Dalam pas Maghrib camtu baru sampai Bangi kot. Fuhh..Then kitorang berhenti makan kat RnR Seremban sebab semua dah lapar menggila. Makan kat KFC sebab bajet food court leceh and ramai sebab banyak kereta parking situ. Sekali KFC pun beratur panjang. Sabar2. Lapar ni. Tabah je. Zup zap zup zap makan dalam pukul 9 lebih kitorang gerak. Dalam pukul 10 sampai la kitorang ke apartment tu. Tak jauh pun dari Pantai Teluk Kemang. Sampai je rest kejap pastu semua tidur. Takde pape nak buat pun..

Sabtu

Plan kami pagi tu ialah, pegi breakfast dan terus ke pantai. Kitorang makan roti canai and nasi lemak dekat restoran Asam Pedas Corner, bebetul opposite pantai Teluk Kemang tu. Siap makan terus ke pantai. Bagi Zhafran main pasir, main air laut. Time tu still early, dalam 10am camtu. Cuaca cun2 je dan orang tak ramai lagi. So best la. Kitorang lepak dalam sejam lebih je kot sampai matahari dah naik terik. Then balik apartment dulu. Rehat2 tapi Fikri and abg Fareez sambung mandi swimming pool pulak. So kitorang bertiga lepak atas je. Tengahari tu kitorang keluar lunch kat Cowboy restaurant. Kedai ni memang femes, ramai orang. Sedap dan simple je menu. Air pun dua jenis je. Takyah pening kepala eh nak pikir lama2. Cakap je berapa set nasik nak, air apa. Menu dia ayam bakar je. Dengan sos sedap gila dan sup. Siapa nak chicken wing amik sendiri kat depan2 tu, ada orang bakar. Siap makan, balik bilik solat dulu then tidurrr...Sampai kul 3 camtu semua bangun. Lapar lagi. Pffttt..Nilah dia kalau holiday. Makan memang perkara utama eh. So keluar la Fikri and abg Fareez gi carik kuih muih. Bawak Zhafran sekali.

Dalam pukul 5 camtu gi mandi swimming pool pulak. Sejam camtu je. (tak sampai kot?). Naik bilik, mandi, rehat2..Pastu terbaca update FB pasal helikopter terhempas. (Kena mengena apa??) Malam tu pegi makan (LAGI). Kat Mimi seafood, dekat dengan apartment. Kitorang order ayam masak black pepper, sayur kailan, telur bungkus, tomya, dan sotong goreng tepung. Sedap! Pas siap makan gi amik angin kat dataran Teluk Kemang. Dapatlah Zhafran naik kereta control tu kejap. Abis seploh ringgit babah dia bayar. Nasib nak naik. Walaupun muka ketat sebab cuak atau mematuhi peraturan jalanraya. (Sangattt). balik apartment lepak2 tengok tv, tengok berita pasal helikopter terhempas tu. Pastu aku, Zhafran dan Kak Tasha dah tidur..Mamat berdua tu ntah kul brape pagi ntah tido. 

Ahad

Nak balik dah. Pagi tu breakfast ala kadar, makan biskut. Bagi Zhafran makan. Kemas2 barang nak balik. Pastu Fikri bawak Zhafran mandi pool kejap. Sian tengok dia asyik tengok kat balkoni je orang mandi. Nak dekat pukul 10 kitorang checkout. Pastu eksyen memasing tahan perut boleh makan kat highway. Last2 semua nak makan roti canai kedai semalam tu. Heh. Siap makan balik laa...Tu je cerita dia. Seram tak? Kbye. Tengok la pic2 ni untuk tatapan kalian.

Lupa amik pic dalam rumah

Banana boat

My love

Pencakar kuning tu hilang ye. Tak dpt dikesan


Me and Kak Tasha

Cowboy restaurant



-peace-

Happy Birthday to ME!!

Assalammualaikum..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ni. Yes, it's 9th April and Im officially 30! Wohaaaa..Dah melangkah ke satu lagi fasa kehidupan. Cececeh. Skema ayat.

Sempena umur dah masuk 3 series ni, apa lagi yang aku harapkan selain daripada dapat menjadi anak,isteri dan ibu yang baik. Semoga dapat terus berbakti kepada mak abah, terus berusaha menjadi isteri solehah kepada Mohd Fikri, dan dapat menjadi umi yang terbaik untuk Muhammad Zhafran Putra. Asalkan dapat lihat diorang gembira, itu dah cukup bahagia bagi aku. Insya Allah.

Celebration? Tengok la camna. Last Tuesday officemate dah celebrate. Dengan husband and anak belum tau lagi. Hehehe..
Takda idea pulak nak menulis pepagi gini. Heh.
Entry PD tak up lagi ni. Biasalah. Pompuan. Cerita seminggu pun steady lagi baru nak up. Hahahaha..
Ok. Tu je nak cerita. Hadiah plisssssss!!

-peace-





6 April 2015

Teaser....PD

Hai..
Penat tak hilang lagi. Ari ni pun MC. Before proceed dengan cerita PD,kita layan dulu sekeping pic ni. Nama pun teaser..Haha..

3 April 2015

Di Ambang 30

Salam Jumaat.. :)

Amboi title. Sesuatu angattt. Ni nak habaq maii. Kurang dari seminggu, maka akan genaplah umur aku 30 tahun. Wuuuu..Dah nak say goodbye dah to alam 20'an. Nampak cam over kan? Sebab macam aku sorang je umur 30 dalam Malaysia ni kan?? Pedulik. Hahahaha..
Iolls memang teruja dengan angka 30. Sebab dari dulu lagi selalu duk pikir yang bila dah masuk umur 30, maka kita akan jadi WANITA. Gitteww..Selama ni cam gegirl or pompuan2 je like that..Hahahaha..Ntah pape.

Alhamdulillah. Sebelum usia masuk 30, aku dah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki. Sepanjang 2 tahun usia perkahwinan, macam2 perancangan kami laki bini untuk menstabilkan financial kami. Alhamdulillah, kereta pun dah beli tak lama lepas Zhafran lahir. Sekarang fokus dengan keperluan Zhafran dan usaha untuk memiliki rumah sendiri. Insya Allah akan memulakan house hunting secara serius tahun ni jugak. Moga dipermudahkan.

Wishlist peribadi pulak? Nak jugakkk khennnn..
(Jangan jeles please)
Sempena umur 30 dan bonus ,perancangan aku ialah nak tukar handphone. Hahahaha..Niat berkurun tak pernah tercapai. Kali ni husband pun dah advise, reward la something untuk diri sendiri. Asyik pikir keperluan orang je. Ermm.. :(
Nak wat camne. Ni lah dia sifat mak2.. *lap airmata*

Kali ni tekad nak beli! Pastu nak pergi holiday. Nak reward diri gak ni. Setakat ni itu jelah wishlist terpenting. Nanti la kalau ada pertambahan aku buat announcement.
Dah. Nak balik. Half-day ni. Malam kang gi PD.!!

Tatatataaaaaaaaa

-peace-


2 April 2015

Zhafran dan Topi

Assalammualaikum..

Tak sah kan takda cerita Zhafran? Hehehehe..tabah la..Zhafran ni paling tak suka pakai topi. Baru nak letak dia da elak2 kepala dia. Letak apa2 pun la. Tuala, kopiah semua dia baling je. I don't like! Gittew..

Ahad lepas pegi kenduri dekat area rumah. Tengahari. Panasnya ya ampunnn..Seterik2nya..Pegi jalan kaki je. Bawak payung, Pastu paksa Zhafran pakai topi. Mula2 taknak. Lama2 ummi paksa, pasrah jugak dia. Redha je tak tanggal2. Hehehehe..



Alaa omeyy omeyy..Kan molek gini,.Mmuahhh! Sayang Zhafran!
Ok. Sayang babah jugak! Korang sayang ummi tak ni? Ekekekeke..

-peace-

Baby Baru dan Holiday di PD

Assalammualaikum..

Ahad lepas bertambah lagi sorang ahli keluarga belah Fikri. Biras I, Yati, iaitu wife Fahmi (Amy),adik kepada Fikri (panjang tu nak explain) selamat melahirkan baby girl. Baby seberat 2.39kg itu selamat dilahirkan secara normal di HKL. (ayat macam berita). Maka sepasang dah la cucu mak & pak mertua aku. Hehehehe...

Baby girl tu diberi nama Junna Luthfia. Maksud dia cari la sendiri sebab aku pun tak tanya. Kekekekeke...Insya Allah bulan 8 ni kakak ipar (wife abang) pulak bersalin. Menjadikan cucu2 opah and atuk Gombak seramai 4 orang. Next baru my turn. Eh?

Jumaat malam ni nak pegi Port Dickson dengan kakak Fikri and husband dia. Kak Tasha & Abg Fareez. Diorang dapat complimentary stay dekat apartmen kat sana. So ajak la me and Fikri join sekali sebab apartment tu 2 bilik. Rugila pulakkan kalau tak pergi. Tak sabar nak mandi pool and pantai! Tapi period pulak...Pfffttt

Takpelah. Rendam kaki je lah pastu pakai spek hitam jenjalan tepi pantai. Kata diva. Gitteww..
Nanti i update entry short vacation tu pulak. Tak sabar ni!

-Peace-